Dec 30, 2010

Se kawin



26 Disember 2010 (Ahad)
Batang Kali,Selangor.
Nama: Serin/Se

Se dah selamat bernikah! Hebat sekali!


Disember 25,2010
Se dah selamat bernikah. Tahniah diucapkan! Dalam geng,Se lah peserta pertama yang berjaya mengalahkan 7 orang yang lain dalam acara berkahwin. (geng ada 8 orang ahli). Mula-mula mengetahui Se nak bernikah,tak sangka pula Se nak langsungkan tahun ni juga. Ingatkan tahun depan. Itulah,perkara baik seperti membina masjid ni memang elok disegera. Jalannya pun mudah aje. Cewah! Jadi kami sebagai kawan-kawan baik ni berpakat untuk membantu beliau dalam membuat persiapan terakhir. Bukan tak tanya Se sebelum ni,beliau kata semua yang besar dah diurusakan,tinggal yang kecil-kecil je nak buat. Jadi kami pun berpakat untuk datang pada hari Sabtu.

Petang sabtu


Sampai je di kediaman Se,5 orang rakan yang lain dah sedia menunggu aku dan lala(salah seorang ahli kumpulan). Se pun ada. Eh,mestilah Se ada,kan tu rumah dia. Ceh! Se kelihatan berseri. Mesti Se berseri sebab nak kahwin kan. Kan. Kan. Se berseri macam kuih seri ayu. Tapi,masa aku baru duduk tu ada adengan kurang best sikit, Oja(salah seorang ahli) berbisik kepada aku. Dialog beliau lebih kurang macam ni. '..Da,siapa kahwin last memang malang weh. Takda sapa nak datang tolong! Semua orang dah kahwin. Buat sendiri!..' Aku terus naik hantu dengan Oja, aku reply '.. Jadi ko nak kata aku la yang last kahwin tu kan jah?!!..' Oja terus tepis kata-kata aku tapi aku tak peduli. Jaga kau Jah! Nanti aku show off kat ko bila kahwin nanti. Haha!! Nak dipendekan cerita,kami pun minum petang dulu sebelum memulakan tugas. Selesai minum petang dan bergosip, kami pun memulakan kerja. Kerja ada dua:-
1) Lap daun pisang depan,belakang dan dipotong kecil-kecil nak buat balut tapai
2) Cucuk bungga manggar

Aku pilih lap daun pisang sebab aku yakin aku mampu lap daun tersebut dengan laju. Amboi! Tapi kan,daun pisang amatlah banyak. Selambak! Bertimbun! Lap-lap,potong-potong masih tak habis juga! Sampai Maghrib juga lah dok mengelap. Sesudah yang demikian,kami pun solat Maghrib (saja nak cerita kat sini bersolat supaya nampak lebih alim) dan memulakan aktiviti seterusnya. Ada tiga aktiviti iaitu :-
1) Hias bilik pengantin
2) Bungkus tapai
3) Pakaikan inai kat pengantin

Aku dengan tak syak lagi pilih bungkus tapai. Walaupun tak pernah umur membungkus tapai,makan tapai pun bila pergi kenduri orang kahwin (tu pun tapai dalam bekas) aku yakinkan diri juga nak membuatnya. Sebab aku amatlah tak tahu macam mana nak menghias bilik pengantin. Bagi je dekat orang yang lebih kreatif dan berbunga-bunga. Nak memakaikan inai pula,kang comot-comot jari pengantin. Satu hal nanti. So takpayah,bungkus je tapai! Jadi setelah diadili secara saksama,akhirnya 3 orang hias bilik pengantin,3 orang bungkus tapai dan seorang pakaikan inai kat pengantin. Photographer siapa-siapa yang bawa kamera boleh curi-curi tulang sekejap pergi ambil gambar. Maka bermulalah edisi membungkus tapai yang amat banyak. Sungguh!

Tapai oh tapai


Tapai ni rupa je kecil tapi leceh! Kakak ipar Se,Kak Min punya mak (faham kan?) yang ajar macam mana nak membungkus tapai. Makcik ni pro dalam membikin tapai dan kuih-kuih traditional. Datuk-datuk,orang ramai hatta Sultan pun menempah kat Mak Kak Min. Mak Kak Min dengan tabah mengajar kami membungkus tapai. Langkah-langkahnya:-
1) Cari daun pisang yang dah dipotong satu besar satu kecil. Tepek kan yang kecil di atas yang besar.
2) Bubuh 1 sudu tapai. Agak-agak,jangan banyak sangat nanti mulut daun pisang tak boleh tutup.
3) Kepitkan kanan dan kiri daun pisang ke tengah. Kelepetkan ke depan dan stapler (afdal 1x stapler,dah 2 3 4 kali nanti buruk tapai,bukan takat buruk boleh mengakibatkan rabak kulit pisang).
4) Okay siap!

Okay,ada 3 balang besar menanti untuk disettle kan! Korek punya korek tapai,tak habis-habis pun! Sementara geng yang tengah hias bilik pengantin pun tak siap-siap lagi. Lepas dah bungkus tapai tu kena gunting pula hujung daun tu baru lah nampak cantik dan berdisiplin. ARGH! Memang sengsara tapi akhirnya berjaya juga siapkan. Pengajaran dalam kes ni,molek lah kalau sang tapai diletakkan dalam container kecil supaya tak berair-air. Tapi nak bungkus dengan daun pisang pun tak jadi masalah. Barulah nampak traditional sikit. (walhal lepas ni tanak terlibat dalam acara bungkus tapai dengan daun pisang lagi).

Aku pun tak sempat nak menyiasat geng hias bilik buat apa,tapi mereka pun penat lelah lepas siapkan semua. Jadi lepas dah siap mereka pun tolong bungkus tapai. Jadi kami semua bau tapai. Haha,nasiblah! Cerita ni takda la sadis sangat,ada je kami break makan malam sambil rehat-rehatkan tulang belukang. Ececeh. Lepas siap tapai,hias bilik pengantin dan menginai pengantin,sekarang ni masa untuk masukkan bungga telur pula dalam goodies bag. Okay,kerja ni kena buat lewat sebab pihak lelaki hantar lewat telur rebus. Nasib baik dah ikat kan telur dekat bungga paha tu kalau tak,kalau tak.. takmau fikir!!(mestilah tak tidur malam kena ikatkan barang satu persatu telur dekat bunga tersebut,T-I-D-A-K!). Nasib hanya perlu masukkan dalam beg je. Taklah susah mana pun. Sambil tutup mata tidur pun boleh buat. Lagi,kami ada beli tau kek untuk Se. Konon-konon, sebelum dia kahwin malam tu macam ada pesta kecil la. Tapi tak sempat sebab dah tengah malam. Takda makna la kan nak berpesta ria pula!

Jadi kami pun balik ke rumah yang Se sediakan untuk aktiviti mengcas tenaga. Esoknya pagi-pagi kena siap ni sebab Se nikah jam 9.30 pagi di masjid.

Disember 26,2010

Se selamat bernikah.

Okay,kami semua terus menuju ke masjid. Tengok pengantin lelaki pun dah sampai,Tok kadi pun dah ready,sekarang ni tinggal edisi akad nikah pula. Sesi membaca taklik dimulakan. Antara dengar dan tak tak dengar sebab mengantuk. Maaflah,tak sengaja. Nasib baik tak buat perangai tidur dalam masjid. Tup tup dah di ijabkabulkan,Alhamdulillah(tadah tangan sekarang). Sedih bercampur gembira. Sedih sebab sendiri tak kahwin lagi (tipu je) sedih sebab Se dah ada keluarga sendiri dan gembira sebab Se dah ada keluarga sendiri. Erkk.. ehm.. tskk..tskk. ;(

Mari pulang ke rumah Se pula sebelum ke dewan saksi persandingan beliau dan pasangan. Ewah! Sekarang ni kami semua minum pagi sebab sebelum pergi masjid tadi kami sempat menelan tapi tak kunyah makanan. Dalam jam 12 tengah hari kami bergerak ke lokasi dewan. Kawan-kawan sekuliah pun dah sampai. Pengantin biar je dulu sebab deme tak habis mekap lagi. Pandailah deme pergi nanti. Sampai dewan,serang lagi makan. Sambil menyerang makanan tunggu pengantin tiba. Oh,pengantin dah sampai! Nampak Se dan pasangan melangkah masuk ke dewan. Cantik dan hebat! Tapi tiba-tiba tersedih pula. Macam tak percaya je kawan yang dulu basuh kain,pergi dewan makan,pergi meronggeng bersama dah kahwin. Lepas ni.. ah!..tanak fikir lepas ni Se boleh bergembira macam kami dulu lagi ke tak sama-sama. ;(
Lagi satu,tak fasal-fasal aku pergi merenjis pengantin! Tak pernah hidup buat ni. Sebab tak tahu baling beras putih ke.. kuning ke.., aku baling-baling je kat wajah pengantin! Rasakan! Entah-entah masuk dalam mata pengantin, ayok! Haha! Takpa,ni la gunanya pengapit. Bersih-bersihkan pengantin. Selepas tamat kami merenjis-renjis dipilis,kami pun berangkat pulang sambil membawa ingatan bersama Se. Ececeh. Diucapkan kepada Se dan pasangan,semoga kekal hingga akhir hayat. Apa-apa,call me!

* 7 orang lagi baki ni, Go!


Kawan-kawan saya semua sangat cantik!

Harimau Malaya!



TERIMA KASIH DAN MALAYSIA BOLEH!

29 Disember 2010, skuad kebangsaan bola sepak negara telah menamatkan kemarau selama 14 tahun dengan menjulang Piala Suzuki. Julang! Julang! Oh Yeah!!

Ok,sekalung dan berkalung-kalung tahniah kepada Encik Coach,semua yang terlibat dan pastinya abang-abang harimau kita kerana bermati-matian untuk memenangi piala ini. Kami sebagai rakyat Malaysia amatlah meluap-luap kegembiraan dengan kejayaan ni!

Encik penjaga gawang, kamu memang mantap! Petr Cecs pun boleh tergugat ni! Kamu mempunyai tangan yang kuat. Kamu mesti selalu melompat ya? Lompatan kamu tinggi sekali.

Encik - encik penyerang kita memang penuh skill. Macam mana eh buat bola lalu kat celah pastu sepak kiri - kanan - kiri - kanan tanpa dilolos oleh pihak lawan? Lepas tu bila kat corner boleh je capai bola tak keluar dari garisan. Ajaib! Dasar pemain handalan!!

Encik kapten dan angkatan saya ucapkan tahniah! Semoga kita boleh terserempak kat mana-mana selepas ni lepas tu tangkap gambar bersama. Boleh la letak gambar-yang-akan-membuat-sign-peace-bersama di blog. Tentu menarik! Haha!

Keseluruhan,kamu semua memang hero Malaya! Semoga kejayaan yang cemerlang akan bertimpa-timpa pada tahun depan. Malaysia boleh!

* Sedih sebab skuad memang muda-muda belia. Aiseh.

Nov 16, 2010

Hari ke 16



Hari ke 16 pada bulan 11.

Selamat Hari Lahir!!

Terima kasih sebab ada untuk KAMI.

Terima kasih kerana melahirkan. Terima kasih kerana sudi menjaga orang dari sekecil tapak tangan sehingga sebesar gajah ini. Terima kasih sebab di kala malam waktu berehat dan tidur,mak sudi bangun sebab orang menangis lapar susu atau mungkin dah basah lampin. Terima kasih kerana sudi kunyah makanan untuk bagi orang rasa sebab asyik bising nak makanan yang serupa mak makan masa kecil dulu. Terima kasih mak sebab belikan orang pakaian yang cantik jenama Kiko dan Miki House masa kecil-kecil dulu walaupun lepas tu orang pergi kotorkan balik baju. Terima kasih mak sebab beli permainan kereta kuda warna merah lepas tu orang minta nak beli basikal pula.

Terima kasih mak sebab pukul,jentik,libas dengan hanger orang kecil-kecil dulu sebab degil dan melawan kata mak. Atau mungkin orang pernah buat mak berkecil hati sampai menangis? Dah bilang syurga bawah tapak kaki ibu tapi masih degil juga. Terima kasih mak sebab doakan orang walaupun orang banyak buat salah,mak tak pernah jemu doakan. Terima kasih mak sebab walaupun lepas mak pukul mak tetap akan buat susu dalam botol bagi orang minum. Terima kasih mak sebab mak jahit baju meksi dan baju kurung dengan mesin jahit walaupun mak penat tapi sebab orang paksa-paksa mak,mak buatkan juga.

Terima kasih mak sebab mak bagi sokongan,dorongan dan kata-kata nasihat walaupun keputusan peksa orang tak baik. Mak sudi goreng ayam sampai terpercik-percik minyak habis tangan mak berbekas. Terima kasih mak sebab bila mak buat kuih talam,mak mesti tinggalkan pulut sikit kat dalam piring lain. Mak dengan senangnya masak bubur nasi santan walaupun orang cakap dengan mak nak makan,mak cakap mak tanak buat,tapi rupanya petang tu dah siap pun mak hidang atas meja. Terima kasih mak sebab lepas mak balik kelas memasak,esoknya mak mesti tiru buat makanan yang mak belajar semalam.

Mak, terima kasih sebab mak selalu belikan orang macam-macam mak tak pernah lupa tiapkali mak keluar. Walaupun barang yang kecil,tapi orang pun sangat gembira. Kalau mak pergi Jalan TAR mak mesti beli selendang rm5 tu 3 helai. Kalau lima kali mak pergi dah berapa? Terima kasih mak beli kan bangles sebab mak kata orang mesti suka, memang suka pun. Terima kasih mak sebab beli bakul kain baru sebab yang lama dah habis patah tu walaupun orang baru cakap semalam,esoknya mak terus pegi beli baru. Terima kasih mak sebab bagi orang guna radio yang siap sekali dengan cd player ni walhal mak cakap radio yang lama tu bagi je mak guna. (tapi akhirnya mak tak dengar radio pun. Mak tak suka).

Terima kasih mak sebab mak kalau pergi cuti mana-mana,tak lupa beli hadiah untuk anak-anak dia. Terima kasih mak sebab beli cokelat tiap kali mak beli barang dapur. Terima kasih mak sebab sudi bawa pergi makan nasi beriani selalu walaupun sepiring nasi dah berapa harga ni pula siap tambah-tambah lagi. Terima kasih mak sebab tiap kali mak pergi pasar malam hari Khamis mak tak lupa beli tauhu cedok gula merah dengan bertih jagung dua bungkus.

Terima kasih mak sebab jadi mak yang sporting dan cool. Terima kasih sebab mak suka buat kelakar. Mak pernah cakap macam ni ..'oh,ni la Kiki Gala yang glamor tu..' walhal sebenar gambar tunjuk Lady Gaga,mak memang suka tukar nama artis. Mak si lucu. Haha!

Mak,selamat hari lahir. Semoga mak sihat dan ceria-ceria selalu. Mak sila buka blog ni untuk baca luahan hati ni tau. Kamon mak,u can do it!!

SAYA SAYANG MAK SAYA. Sekian.

Nov 8, 2010

Geng jahat

Hari ke 5 pada bulan ke 11,aku telah selamat pergi ke panggung. Pangguang apa? Panggung wayang jawapannya. Setelah berlama-lama tidak menonton cerita terbaru,aku telah menanam hasrat/keinginan/target untuk menonton filem Takers apabila munculnya iklan-tak-sampai-30 saat kot di kaca tv membuatkan lagi perasaan melonjok-lonjak-kena-pergi-tengok ni. Kalau aku hendak ke panggung biasanya (rasa selesa guna perkataan panggung dari wayang) aku akan pilih untuk menonton sama ada cerita aksi/tumpah darah/lawan-lawan/kejar-mengejar/tembak-menembak ataupun cerita seram dari Thai. Itu pilihan aku la. Abaikan.

Oh,tiket dibeli untuk sesi tontonan pada pukul 4petang. Molek la tu. Kata aku.
Aku tersilap besar la. Terbeli popcorn dan air versi large. Besar ni! Akibat gapah,langsung terbeli besar punya. Cet! Mulut bekas popcorn tu sangat lebar. Bila tengok taburan bertih-bertih jagung yang banyak,terus pening mengira macam mana nak habiskan ni. Cuba kalau taburan-taburan tu duit syiling 50 sen ke.. sedap la sikit. Takpa,dengan adanya bantuan kawan aku,kami pasti boleh habiskan. Berusaha!

Ok,mulanya di sini.
Ya,sini la!

Aku malas nak tipu sesiapa. Selain alasan cerita aksi-mesti-kena-pergi-tengok kononya,aku ada agenda lain sebenarnya. Sebab utama dia mesti la nak tengok para perlakon. Hehe.
pertama ada T.I a.k.a Ghost (:
kedua ada Paul Walker a.k.a John [:
ketiga Anakin Skywalker pun ada. Hayden Christensen a.k.a A.J :D
(mau tak mereng-mereng kejap kan. Eh,melampau pula aku ni!)
Keempat dan sampai ke berapa sekalipun, pandai-pandaila perlakon lain bahagikan sendiri kedudukan. Haha!

Biar aku cerita sikit, geng rompak mula-mula ada 5 orang,lepas tu kawan depa ada keluar dari penjara nak join balik geng. Jadilah 6 orang. Untuk nampak ganas lagi,kawan yang sorang ni ada agenda sendiri untuk balas dendam. Asalnya dia geng tu tapi dia sorang tertangkap polis masa aktiviti merompak beberapa tahun sudah langsung kena jail. Malang la nasib dia ni. Dah la kena masuk penjara,girlfriend pula berkencan dengan rakan satu geng tu. Mahu dia tak terbakar. Geng ni geng elite,(bukan kumpulan elite lagu trauma tu). Depa ni pakai suit,dickie bow,fedora,necktie,baju mahal,baju iron licin dan kasut pun kasut mahal. Hebat bukan?? Tepuk! Tepuk!

Malas nak baca ke? Tak kira,mesti teruskan baca juga! A.j mati awal. ARGH! Kenapa tuan pengarah matikan si a.j ni cepat?? Sepatutnya hero kalau sudah darah-darah pun,luka-luka,patah kaki ke tangan ke mesti juga kena hidup akhirnya. Kenapa tuan pengarah buat kami macam ni?? Kami sengsara tau tak dapat tengok a.j! T_T
Sebagai tanda penghormatan, kawan geng dia letak fedora atas dia masa dia mati tu. Mungkin fedora tu umpama kembar dia kot.

Sekian. Kesimpulannya cerita yang best dan lucu disamping membekalkan wajah-wajah-sebagai-umpan-untuk-ke-panggung wayang-dan contoh mangsa ialah aku. (akhirnya guna panggung wayang juga!)

Tahniah,aku dah selamat cuci mata! Haha!

Nota: Takda gambar. Mungkin boleh pergi ke panggung sendiri untuk menonton. Lagi satu,aku bukan PR Takers ni tau walaupun aku bagi banyak info. Bwekk!

Oct 31, 2010

Cuci Mata!

Masa cuci mata!
Jom berjalan-jalan di sekitar Mesir. Kalau Mesir mesti teringat piramid,kan? Lepas tu akan teringat Firaun,unta,padang pasir,tarian gelek,sungai Nil,roti(eh,tiba-tiba). Telah menjadi impian,harapan,igauan dan angan-angan aku untuk ke sana. Ewah. Selalu tengok gambar piramid paling aku ingat kat buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang bewarna coklat tu. Yang cover ada empat gambar(kalau tak silap) salah satu ada gambar Masjid Shah Alam. Dulu,aku pun tak sangka dapat tengok masjid tu secara langsung. Ini baru dalam Selangor dah teruja. Takpa,mari mengumpul wang demi untuk melihat sendiri keajaiban dunia itu dengan mata sendiri. Mesti kaget lalu terduduk bila sudah di hadapan mata. Bayangkan aja dah tau ni.


Mungkin ini sebuah masjid.


Lorong-lorong yang menghubungkan.



Ini sebilah pedang.


Ini kapal terbang tentera.



Haa.. ini mesti sebuah muzium.


Ini beberapa buah kereta kebal.


Ini.. meriam. Yeke?


Ini tugu Ibrahim Pasha si panglima perang.(sila google untuk maklumat lanjut)



Ini tempat penempatan penduduk setempat.



Patutlah,National Military Museum rupanya. Baru terperasan. Haha.



Ini masjid yang didalamnya terdapat makam Saidatina Aisyah.



Ini bukit yang buat jadi bangunan komersil. (harap betul)



Pokok-pokok ni tinggi eh?



Hari dah malam. Mari pulang!


Nota: Terima kasih daun keladi kepada Anz(nama timangan) kerana gambar-gambar dan maklumat diatas. Tak dapat jejak sendiri tengok gambar pun jadi la. Lepas ni sila tangkap gambar Sungai Nil pula ya. Syukran! [=

Oct 24, 2010

14000


Malam semalam aku minum Coffee Mix 3 in 1. Itu pun sebab aku terjumpa dalam himpunan makanan dapat hamper hari raya. Tanpa disangka-sangka minuman berkafin tersebut menyebabkan aku berjaga malam. Bukanlah niat aku untuk berjaga malam seperti burung pungguk yang menunggu bulan itu. Akhirnya setelah sampai tahap kebosanan yang maksimum,aku pun mula menggodek telefon bimbit untuk tengok apa yang menarik (macamlah hp canggih pun) Jan.. jan.. jan..~

Aku pun buka bahagian EasyAccess. Tengok apa yang menarik dalam dia. Oh,ada KLSE Info,Fun,Forex dan macam-macam lagi. Malas pula nak cek dan taip apa lagi dalam tu. Jadi aku pun memilih untuk siasat ke bahagian Fun. Tapi sebelum tu mari cek duit ada berapa dulu. Nanti beringgit-ringgit kena charge pula. Oh,ada baki RM22.77(nak juga bagitahu) ok,mari hantar sms. (aku mengumam sendirian).

Aku pun ke bahagian Fun dan pilih Today's Word. Dang!~~ (bunyi sms). Todoy's Word is 'There can be no education without leisure & without leisure education is worthless' by Sarah Josepha Hale. Siapa akak ni pun aku tak tahu,tapi yang baik tu boleh direnung-renungkan bukan? Jadi,aku cek semula baki wang. Oh,15 sen rupanya satu sms. Wang pun macam banyak je lagi,mata pun tak mengantuk lagi, mari berjoli lagi! (aku teruja seorang diri).

Aku tetap memilih Fun lagi tapi kali ini aku ke bahagian Biorhythm. Aku pun memasukan tarikh lahir,sebenar aku rasa menyampah juga nak buat semua ni,mcm poyo dan mengada-ngada pula tapi aku buang perasaan menyampah tu. Di ingatkan disini bahawa aku mengajak kalian semua supaya tidak percaya bulat-bulat semua ini,setakat untuk bersuka tu dan menjadi guideline untuk menjadi lebih baik okay kot. Betul tak?
Dang!~ (bunyi sms):

Personal Physical = 44%
Emotional = 88%
Intellectual = 98%
Intuitional = 59%


Aku pun mula menganalis sms terbabit. Aku sedar mesin je yang buat semua ini. Sukati pilih yang mana dan hantar kepada sesiapa yang sms. Tapi aku saja je buat,kan aku dah bilang tadi aku nak berjoli dengan sms mana yang aku suka. Teruskan ya. Pertama,fizikal diri - 44%. Hampeh betul,separuh pun tak sampai,tak lulus! Aku terus takut,fizikal ni dipertimbangkan melalui kekuatan fizikal ke,pembawakan diri ke,pakaian ke apa ke? Aku pun tak pasti. Kalau pasal kekuatan fizikal,aku pun bukanlah si lemah pun. Aku saja je beraksi lemah dihadapan kawan-kawan supaya mereka nampak kuat walhal aku seorang pelumba lari diwaktu zaman persekolahan. haha! (ini pun dikira ke?). Kalau pembawakan diri mungkin aku perlu lebih senyum kot. Yalah,ada orang cakap aku ni garang la,bengis la,menyampah betul. Tak kenal maka tak tahu ya! (nada amaran). Nak buat macam mana,kelebihan aku adalah dahi yang berkerut kira ada la juga kebihan tu kan. Iskk. Tak kisah la kang aku senyum senyum tak tentu pasal dituduh mendapatkan publisiti murahan pula. Orang memang macam-macam!

Seterusnya yang kedua,emosi 88%. Ya,tepat la ni,aku seorang yang beremosi. Emosi aku selalu tak stabil. Walaupun aku selalu suruh orang fikir positif,tapi sebenarnya aku selalu fikir negatif - kenapa orang tak suka walhal aku dah buat yang terbaik,kenapa aku itu dan kenapa aku ini,haishh.. macam-macam lah. Tapi dalam beremosi aku tu,aku cuba meletakkan akal dihadapan emosi. Supaya aku lebih realistik dan relevan. Harap-harapnya tindakan aku selama ni selari dengan kenyataan yang dihadapi. Aikk,positif nampak kak??

Ok,seterusnya Intellectual apa ya dalam bahasa? Aku terus bangga dapat 98%. Lagi sikit nak full mark ni. Memang meletup,A+ bintang bintang! Haha. Aku rasa yang ni macam adakah aku seorang sophisticated ke tak kot (tuduh). Nantilah ni jawab masa aku dah berkeja nanti.

Terakhir,gerak hati 59%. Selama ini aku memang yakin dengan gerak hati aku. Aku rasa percentage ni wajar diterbalikkan jadi 95%! Aku rasa yang lain anggota badan boleh menipu,tapi hati dan mata tak boleh menipu. Chewah! Walau apa pun aku tetap yakin dengan hati sebab kalau kita was-was susah la kan. Jadi aku selalu minta pendapat hati dulu sebelum minta otak buat keputusan (erkk?). Lagi apa ya,takda kot.

Oh lagi! Semalam aku ada beli sebuah majalah barat yang pelik. Sebenarnya aku tertarik dengan cover dia yang cool. Memang cool! Manusia memang kreatif ya? Lagi,majalah tu dilelong dengan harga RM5 sebab majalah tahun sudah,jadi aku beli sajalah nak tengok isi dalam dia sebab majalah tu berplastik. Balik bila selak majalah terbabit,aku terus seram! Banyak gambar-gambar yang pelik,maksud kat sini gambar tu jarang ditengok dalam kehidupan normal manusia. Eh,apa aku merepek ni? Macam gambar apa je pula. Jangan gementar ya semua, gambar-gambar dimaksudkan adalah definasi pada sisi seorang visual-art. Jadi dah tentu-tentu posisi,solekan,pakaian,peralatan,cara,persekitaran dia berbeza. Sesuatu yang baru untuk aku lihat dan teroka. Patutlah pun,majalah tu bernama Dazed & Confused. Memang confused & yet I'm amazed! =]

Nota: 14000 ni bukan nombor ekor ya saudara. Jangan jampi ya!

Sep 29, 2010

Oh,dunia!


Dunia?
Apa itu?
Apakah dunia itu dikira seumpama sihat tubuh badan?
bergembira bersama orang tersayang?
melancong di serata negara?
bercuti di atas kapal mewah?
memandu kereta paling mahal - Bugatti Veyron berwarna merah hitam?
makan buah ceri?
memakai jam tangan paling mewah di dunia - Joaillerie 101 Manchette ( yang akhirnya tidak mampu juga mengembalikan 'masa' lalu )?
berenang-renang di sekitar pulau yang termahal di dunia - Lisbon Island,Portugal?
minum segelas jus mangga yang fresh?
atau
tidur di katil besar yang empuk?

Dunia yang kadangkala ( atau sememangnya ) kejam bagi mereka. Ya,tidak dinafikan bahawa kita seolah-olah memaksa dunia mengikut arahan kita. Masa yang patut menunggu kita bukan kita yang mendahului masa. Dunia yang kita fikir mesti menjadi ini dan itu,yang mesti jadi mengikut perancangan sehingga kita lupa bahawa yang menentukan semuanya bukan kita. Kita bongkak.

Oh,ternyata dunia itu suatu persinggahan yang nyata,tanpa sedar kita mahu teruskan kehidupan seperti ini - selamanya. Sebab kita berada di zon selesa bahawa kita yakin akan begini selamanya. Semestinya tidak,sebab kita selalu alpa (atau kita buat-buat lupa) yang kita memang tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab kita akan mengeluh apabila ditimpa kesusahan/masalah/halangan/dugaan tetapi tak terfikir pula kita akan nikmat - nikmat yang telah Allah bagi pada kita. Aku dan kau bongkak!

Bila ditimpa satu ujian,mulalah kita menyalahkan ini dan itu. Kita mempersoalkannya lebih dari kita merenungkan hikmah. Ya,memang betul kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan dan memang betul juga yang kita boleh mengubah masa depan. Percayalah. Aku bercakap fasal aku. Atau kau juga mengaku seperti aku?

Memang betul orang tidak akan faham tentang dunia. Dunia ini bukan hanya ada aku, engkau dan para pementas dunia. Sebab aku tak pernah memaksa untuk kalian memahami dunia aku. Tapi sekurang-kurangnya kalian mesti faham yang cara aku, engkau dan pementas dunia itu berbeza. Kau menulis tangan kiri,aku pula menulis tangan kanan. Jika kau mengenyit mata kananmu,aku pula lebih cepat mengenyit mata melalui mata kiriku.


Apa kesinambungannya?
Apabila kau telah sampai ke puncak kenikmatan segalanya - duniawi, persiapkanlah diri untuk bertemu dengan puncak kesedihan dan kepedihan - melainkan mereka yang telah menyimpan bekalan.



La Tahzan!!
( terima kasih kerana membantu aku wahai buku ). (=