Apr 11, 2012

Gelang, cincin & baju kurung



Ini tangan Naurah ye. Kemain dia, umi (yakni pangilan Naurah kepada mak aku) telah menghadiahkan beliau seutas gelang seperti gambar diatas. Suka la tu (: Naurah dengan tamaknya lagi minta kat ibu beliau sebentuk cincin pula, nak sama macam ibu katanya. Disebabkan beliau dah memaksa/merengek nak juga cincin, terpaksa ibu dia belikan juga. Eh eh budak ni, kecil-kecil lagi ada hati nak jadi mami jarum ya!

Naurah balik dengan berlagak tunjuk kat aku gelang dan cincin baru dia. Katanya, dia dah kahwin sebab dah ada cincin, aku takda katanya lagi. Ewah.. berani ye budak langkah bendul aku! Beliau begitu teruja dengan cincin kecil beliau tu. Disebabkan cincin besar sedikit, terpaksa pakai di jari tengah walaupun dia marah tak sama dengan ibu dia yang pakai di jari manis. Budak ni betul-betul obses dengan ibu dia. Semua ibu dia buat, pakai dan apa sahajalah mahu ditirunya. Sampai letak cincin dalam pergelangan jam tangan pun dia tiru juga buat kat jam dia lepas tu letak sebelah jam ibu dia. Konon-konon samalah tu. Jeles sungguh aku.

Disebabkan Naurah suka sangat merajuk tanpa sebab kadang-kadang tu, ibu dan ayah dia serta umi telah mengugut untuk ambil balik gelang dan cincin dia kalau merajuk-merajuk lagi. Paling dia terkesan, kalau suka sangat merajuk tak boleh kahwin. Terus berperangai baik sebab takut tak dapat kahwin. Budak ni memang tak sabar betul nak kahwin. Asyik bagitahu dia nak kahwin je. Seram betul lah!

Tapi gelang dan cincin tu tak boleh pakai pergi sekolah lah. Tak sesuai malahan bahaya. Sekarang kena simpan dulu, hari raya nanti baru pakai ye budak!






Kali ni, giliran aku pula berlagak dengan Naurah. Puan mak telah menghadiahkan aku sepasang baju kurung pesak yang sangat traditional. (Traditional atau erti kata lain seperti orang tua-tua dan dahulukala. Mak dan kakak aku selalu cakap yang aku taste seperti orang tua, suka warna yang kelam, tak ceria dan lama-lama punya style. Tak kisah lah, aku tetap suka juga!) Terima kasih mak! Sayang mak sejuta (: Sesungguhnya mak aku sangat memahami, pemilihan warna dan corak yang tepat dengan citarasa aku. Walaupun sekali tengok macam kain pelikat je baju ni, tapi tak kain pelikat pun sebenarnya. Sebenarnya baju ini sangat cantik ya. Hehe! Tak sabar nak tunggu hari raya pula rasanya. Barulah boleh pakai baju baru. Hurreh! Cantik bukan baju ni? Sila kata cantik ya. Ini paksaan!