Apr 17, 2013

Hai!

Lamanya sudah tak menulis! Antara penyumbang mengapa sudah lama tak menulis adalah: 1. Talian internet (broadband) dah dipotong. Alasan: Kena potongkan sebab aku balik rumah dah lambat, pastu terus letih dan mengantuk, pastu penat pastu terus tetidur. Hujung minggu masa pun terhad. Jadi tak relevan lagi untuk teruskan guna broadband tu. Takpun setiap hari tengok internet kt ofis saja. Jadi membazir untuk teruskan penggunaan. Paling penting tak membazir wang nak membayar kepada perkara yang aku tak gunakan. 2. Kekangan masa Ini kisah benar. Masa sangat limit bagi aku. Balik keja dah petang campur tak ada internet. Ya, itu alasannya. Munasabah kan? 3. Nak kahwin. Konon sebab nak kahwin, banyak benda nak buat jadi tak berkesempatan nak update blog. Konon! Eh.. sy nak kawin lah.. yeayy..yeayy.. kahwin!! Nota: Semalam hari jadi saya. Saya dapat bunga yang dihantar oleh penghantar bunga. Kiriman dari Encik Tunang. Oh..sweet nya beliau kerana sudi mengirim bunga di hari jadi sy. Tak sangka sy berpeluang mendapat jambangan bunga di ofis. Terasa ada kebenarannya cerita-cerita drama di kaca tv itu. Wiwit!! (: