Kali ini aku nak bercerita tentang PLKN. Sebenarnya 2,3 hari lepas aku tengah mengemas laci,terserempak dengan surat PLKN yang aku pos kat rumah masa kat kem dulu. Masa tu aku kat kem,tapi aku pos surat kat rumah untuk keluarga. Kira surat macam memberi khabar la. Macam kad raya tu,tapi ni bukan la kad raya sebab bukan waktu raya pun ini. Walaupun surat tu dah komot,comot,dengan tulisan yang dah kembang akibat tumpah air atas dia, tambah lagi dah berlipat selama bertahun-tahun aku simpan juga. Punya la sentimental value. Haruslah,aku pernah jadi askar,kamu pernah ke?? (bangga diri) Haha!
Semua berlaku 6 tahun lepas, tahun 2004. (Iskk,umur ni laju pula peningkatannya ya! Hmmph!) Masih segar bugar dalam ingatan aku. Macam baru semalam aja menjalani khidmat tersebut. Amboi. Masa mula-mula dapat tahu aku kena join, aku guna cara canggih iaitu hantar sms no.kad pengenalan lepas tu nanti dapat jawapan terpilih ke tak. Seperti yang diharap-harapkan,akhirnya aku dapat ke Kem Kuala Berang. Kuala Berang ni kat mana? Aku membebel seorang diri sebab marah tak tahu lokasi kem tersebut. Negeri mana ni? Berang dengan diri sendiri akhirnya aku tanya mak aku mana tempat ini. Oh,Terengganu rupanya. Yehaa.. makang ikang la kita sokmo! :D
Disebabkan aku batch pertama,pusingan kedua,(dia ada 3 pusingan tau/intake)aku adalah antara terawal yang menyertai khidmat ini. Kawan-kawan rapat aku ada seorang je dapat, tapi dia pergi dulu. Kem pun lain. Jadi bermula lah kehidupan di luar rumah aku selepas tak pernah-pernah tinggalkan rumah. Maklumlah,aku kan bersekolah harian,jadi pengalaman duduk asrama tu tiada la. Ini lah masanya. Tapi takpa,aku memang selalu yang teruja melampau ke atas sesuatu,tak sabar-sabar dan tak menyempat.
Seperti dimaklumkan dalam surat yang dipos,semua peserta yang terpilih area Selangor harus tunggu di Bukit Jalil jam 5 petang pada bulan Mac kalau tak silap,kalau silap pun aku peduli apa. Haha! Punya la tunggu,berpeluh-peluh dan bersesak-sesak (komplen) akhirnya bas hanya bertolak jam 11 malam! Memang tak kelakar! Dah satu dugaan pertama dapat. Ada masalah yang menyebabkan jadi kacau sikit waktu itu. Tapi takpa la,kerana keluarga sudi menunggu aku sampai naik bas,sampai edisi lambai-melambai tangan, aku dah cukup puas hati la tu. Oh ya,masa menunggu di stadium, aku mencari-cari juga kot-kot ada yang aku kenal ke turut pergi sama. Nah,ada seorang rakan sekolah aku pun dapat juga di kem yang sama! Cis,macam mana boleh tak tahu ni?? Walhal kami sekelas masa form 3 dulu. Eh,kawan aku ni lucu tau. Jap,aku buat perenggan baru khas untuk analisis dia ini ya. Hah,tak sabar la tu nak berkenalan dengan kawan aku ni kan??
Z, huruf pertama nama dia (sukati la kamu orang nak tuduh Zakiah ke, Zalia ke, Zee ke) tapi yang penting aku tak boleh mendedahkan identiti si polan. Huhu! Saja je bagi cerita ini menarik dan mendebarkan, eh,berdebar ke?? Tak kisah la. Mari sambung semula! Z ni seperti apa ya?? Haa.. pernah tak tengok cerita-cerita omputih kalau remaja dia masa kat high school akan ada seorang perempuan yang macam berpakain yang meriah,penuh aksesori,akan tulis dengan pensel yang ada bulu-bulu warna pink tu,fun eh,entah la macam mana aku nak gambarkan ini?? Harap huraian aku ni difahami ya. Bahasa utama Z adalah Inggeris, baru bahasa Melayu. Kan aku taip tadi, dia macam orang putih dalam filem/drama orang putih. Aku rasa dia dihasut oleh watak Kimberly dan Elizabeth dalam buku Sweetvalley la. (Buku ni kan famous sewaktu sekolah dulu) Masa jumpa Z di stadium, dia telah memakai boot bermotif ular sawa punya kulit,subang yang besar,jaket yang bersinar dan aksesori di 2 belah tangan. Macam tak kena saja kan pemakaian Z?? (ini bukan komplen ya,ini terkejut). Aku memang la teruja jumpa dia,dia mesti la lagi teruja jumpa aku (saja meng-upkan lg cerita). Dalam hati aku punya la bersyukur akhirnya ada juga orang yang aku kenal. Hubungan kami terputus bila dah naik form 4 aja sebabnya lain aliran walhal dari form 1 - 3 kami rakan sekelas dan rakan segosip. Dia suka bagi info artis barat kat aku. Z memang uptodate seperti MTV dan Channel V. Mulai detik itu,kami sepakat yang akan meredah hari-hari di hutan bersama-sama. Ayuh berusaha!
Dari dalam bas lagi Z sudah mendapat perhatian. Tapi bukan la aku. Sebab aku tak pakai boot bermotif ular sawa pun. Mesti lah aku kalah. Haha! Jadi disebabkan bas bergerak hampir tengah malam,makanya kami sampai di Terengganu sewaktu subuh setelah separuh jiwa aku pun ditinggalkan kepada keluarga. Amboi,pandai pula menyusun kata-kata ya! Kami berborak-borak dan memikirkan bersama apa la nasib kami agaknya disana ya. Oklah,diringkaskan,aku akhirnya tak sekhemah dengan Z,saja la tu Encik Jurulatih pisahkan kami. Aku dapat ahli-ahli khemah ada Melayu dan Cina. Disebabkan peserta kat sana kebanyakkan dari Klang,aku dengan Z je dari Kajang. Ini tidak adil! (protes aku dalam hati) jadi mereka macam ada group la. Tapi takpa,khemah kami dekat aja,lagipun saja aku nak bagi Z mengenali dunia luar. Yelah tu. Haha! Rakan sekhemah aku semua baik-baik,ringan tulang dan sekepala. Kami terus jadi akrab. Kalau nak tahu duduk di kem tu serba daif tau. Tempat tu dibina sebab ada PLKN ini aja.(sebelum ini hutan). Jadi kondisi sangat lemah. Duduk dalam khemah tentu-tentu lah panas,bila malam bukan main sejuk pula. Tidur atas strecher. Untuk meraih simpati dari cerita ini, bila hujan kan,mencurah-curah air masuk kat lantai. Kadang-kadang tu sampai banjir. Terkejut bila tersedar tiba-tiba macam tidur atas laut pula. Bila jadi begini, terpaksa menumpang teduh di tempat makan. Hiba tak??
Sebelum semua tu berlaku,semua pelatih dikehendaki berbaris ambil pakaian celoreng (warna biru,putih tu),baret,boot,selimut dan semua la yang berkenaan untuk tampungan hidup selama sebulan di hutan ini. Alahai, susah juga ya nak jadi askar.
Dari terkial-kial berkawad dulu,aku jadi semakin mahir ini! Bangga tau. Pasukan aku selalu menang bila ada acara pertandingan yang kecil-kecil. Z pula tak sama pasukan. Tapi setiap petang aku selalu pergi lepak khemah dia. Dalam beg tolak Z yang besar tu, bukan ada banyak baju pun,tapi banyak buku cerita,diari la,aksesori la,menarik bukan? Lagi nak menggambarkan Z seorang fashionista,Z masuk hutan pakai yang bulu-bulu yang lilit kat leher tu tau. Haa.. jangan mengata Z okay! She is my friend! (ugutan). Haha! Tapi walaupun Z begitu,dia sangat rajin tau, tak pernah komplen panas ke,penat ke,gembira je nak beraktiviti semua itu. Tu sebab semua orang suka Z. Rasanya susah nak jumpa orang macam ini kan. Dia memang betul-betul relax punya orang. Cayalah Z! U go girl!~
Makan 6 kali sehari. Memang jadi badak la duduk sana kan! Makan yang mewah. Makanan semua sedap-sedap. Walaupun lauk tengah hari dan malam tu 2 jenis saja,tapi memang sungguh enak ni. Tak pasti la sedap sebab :-
i) betul-betul makanan tu sedap ke?
ii) aku yang lapar ke?
iii) bro yang tuang lauk tu hensem ke? (Wei aku, tengok bro tu pun boleh jadi kenyang ke??) Haha!
Lepas tu ada kedai runcit lagi boleh membeli jajan buat makan sambil berbual-bual. Haa.. ada satu petang ini, tiba-tiba aktiviti habis awal sebab Encik Jurulatih cakap 'petang ini kamu boleh layan perasaan,aktiviti setakat ini'. Yahoo! Jadi aku dan geng khemah pergi beli aiskrim makan. Habis je makang (wah,cakap Ganu gitu) kan,aku tengok kat stick aiskrim tu tulis 'percuma satu lagi aiskrim apabila ditukarkan'. Wow! Rejeki! Terus aku redeem kat pakcik kedai runcit tu sambil tunjuk bahan bukti. Apa lagi,memang dapat 1 lagi aiskrim free. Ini kisah benar tau,kali ini habis makan, dekat stick tu tulis perkataan yang sama! Huyoo,apa kebaikan yang aku dah buat pagi tu pun aku tak tahu sampai jadi bertuah sebegitu rupa pada petang yang sungguh memori itu!! Lepas tu pergi redeem balik, pakcik tu wajah dah cuak,mesti dia berkira-kira bankrupt la macam ni kalau ada 10 customer macam aku. 'Pakcik jangan banyak bunyi,bagi saja aiskrim kat saya!' (konon ini la dialog aku nak cakap kat dia) tapi tak kan aku nak biadap dengan orang tua,aku kan askar. Jadi dapat la lagi satu aiskrim-percuma-bertuah. Jadi untuk tidak nampak aku ni penting diri,aku bagi kawan aku yang lain makan (walhal dah muak 2x makan aiskrim). Memang betul,nak hetric 3x bertuah memang tak la kan,jadi stick kali ini takda dapat free lagi. ( Atau mungkin bukan aku yang makan tu sebab tak dapat free lagi) Haha! Apa-apa pun peristiwa ini tak akan aku lupa la sampai bila-bila sebab benda bertuah macam ini memang selalu tak terjadi kat aku. Nombor bertuah pun jarang-jarang nak dapat.
* Sampai sini dahulu. Bersua kita di bab 2 ya!