Hari-hari terakhir dalam bulan 6 pada tahun 2010..
Tanpa disangka-sangka kaki telah menuju ke belakang sekolah! Ya.. sekolah yang telah memberi banyak ilmu, kenangan,memori dan pengalaman yang sememangnya tak akan aku lupakan sampai mati. Terlalu banyak kenangan di sekolah yang telah melihat transformasi aku dari seorang kanak-kanak menjadi seorang remaja. Suatu frasa kehidupan manusia yang sangat indah - dilalui dengan kegembiraan dan hilai tawa. Amboi.
Rasa sebak pula bila melihat budak-budak keluar sekolah pada masa tu. Sebab itu lah jalan-jalan yang pernah aku lalui untuk ke sekolah. Melintasi titi longkang besar, lalu di depan kedai cenderamata, di hadapan pakcik-pakcik yang jual satay cucuk dan makanan cina yang aku pun tak berapa pasti nama makanan apa. Ianya seperti bergula yang diketuk-ketuk. Lupa pula apa namanya. Dalam iklan Coca Cola suatu ketika dahulu ada makanan ini. Semua masih sama. Tapi tak pasti la pula pakcik yang sama menjual lagi ke tidak.
Sepanjang 5 tahun belajar di sekolah menengah, aku merasakan banyak rebel tak tentu pasal penah aku lakukan. Kalau diingat-ingat balik,macam budak-budak je nak buat perangai macam tu (memang budak pun lagi masa tu kan). Hmm.. walaupun dulu ada sedikit tidak mendengar kata dan melawan (eh,bukan sikit tapi memang banyak ni), aku tetap berusaha menjadi 'budak baik' sampai sekarang. Tak goyah. (berlagak).
Baik. Mari mengimbau kenangan lalu,yok! (siapa yang tak mahu baca tak perlu teruskan pembacaan ya).
Tahun 1999
Memulakan persekolahan di sekolah yang sama jenis jantina memang mengujakan! Aku rasakan yang kami lebih free dan lebih rapat. Disebabkan kami sama jantina iaitu perempuan,makanya kami menyukai kebanyakan benda yang sama. Tak kira dari segi penyanyi pujaan,permainan sukan mahupun jenis pilihan makanan, rasanya perempuan lebih banyak kerenah. Haha. Aku pernah menarik diri dari menjadi pemain hoki. Barisan pemain hoki sekolah kami betul-betul handal ni,kejayaan sentiasa digapai. Cemerlang betul! Malu la kalau aku yang penyebab kekalahan perlawanan menyertai hoki kan. Jadi aku lepaskan semuanya dan beralih kepada sofball. Ya,permainan ini memang relaks. Kita hayun bola jauh-jauh dan biar mereka berlari-lari kutip. Kan seronok ni! Tetapi,ada tetapinya, aku sangat teruk dalam permainan bola jaring. Tiada kemaafan -_-
Oleh itu, disebabkan untuk menunjukkan aku boleh melakukan seperti orang lain, maka aku telah belajar bersungguh-sungguh untuk 3 tahun pertama persekolahan.(Lepas je masuk tahun ke-4 terus malas). Jadi untuk tahun-tahun ini,sikap aku di dalam kelas lebih senyap dan tak banyak bercakap. Perkara ini sangatlah tak disangka oleh mak aku. Sewaktu ambil report card mak aku telah bertanya kepada cikgu tingkatan,adakah aku suka bercakap sambil menggangu rakan-rakan sekelas? Tetapi apa yang mak aku dapat hanya berpinar-pinar kepala apabila diberitahu cikgu yang 'dia tak banyak bercakap,seorang pendiam'. Haha~ Mak,saya adalah seperti sumpah-sumpah,boleh jadi si becok dan pendiam pada waktu-waktu berlainan. Mak pun tahu tu kan.. ^^
Tahun 2002
Ini adalah di tingkatan 4. Wah.. ini adalah zaman 'permulaan' untuk lebih 'membuka mata' kepada dunia. YahoOoO~ Pada tahun ini,sudah pandai untuk berjalan-jalan ke pekan (pekan terletak dibelakang sekolah saja). Walaupun dulu selalu ke pekan,kekerapan sewaktu menengah atas sungguh tinggi. Jangan salahkan aku dulu, pusat tusyen terletak di dalam pekan,mahu tak mahu aku mesti ke pekan juga kan? (cari alasan). :P
Kelas aku pada waktu ini adalah sama rata. Maksudnya kaum Melayu,Cina dan India sama banyak. Jadi kami memang sangat rapat dan faham budaya masing-masing. Aku masih ingat lagi dulu aku selalu lepak dengan kawan-kawan cina sambil bergosip dan berborak tentang artis top cina ketika itu. Oh ya,jika kamu semua ingat,pada tahun tersebut Meteor Garden telah menjadi super hits drama! Aku masih ingat lagi aku membeli tisu yang bercetak muka F4/Flower Boy. Hahaha! Maaf,normal la semua remaja pun macam itu kan? Lagian, bila datang sekolah saja keesokan hari, adalah kawan-kawan aku bagi keratan cerita perihal artis T-pop (Taiwan pop). Memmang gila masa tu. ( Macam la sekarang dah insaf pun). Untuk itu,aku gigih belajar bahasa mandarin dan kantonis. Dengan harapan kalau ikut budak-budak cina ni ke konsert,boleh la faham apa yang artis cina itu katakan (memang banyak berangan). Tapi tak mengapalah,walaupun aku tak ke konsert,berbaloi juga belajar bahasa lain. Senang aku nak tahu siapa-siapa yang mengutuk aku dibelakang kan.
Untuk berlagak,aku juga seorang pengawas koperasi!(gelak ke? aku suka jadi pengawas koperasi apa!) Kami dibenarkan rehat awal(macam pengawas baju biru). Jadi aku selalu ambil kesempatan untuk simpan dan makan kek cokelat untuk jualan koperasi kepada kawan-kawan aku yang dah 'cop' dulu. Aku sangat suka bila mereka meneriakkan nama aku sewaktu hendak membeli kerana keadaan pada masa itu sungguh ribut,semua orang mahu kek cokelat bulat yang sedap itu! Bertolak-tolak dan bersesak-sesak di depan pintu koperasi yang kecil terletak dibawah tangga. Tidak kira pelajar junior mahupun senior,tak pasal-pasal kena tahu siapa nama petugas disebabkan kek cokelat bulat punya fasal! Hahaha~ Aku juga selalu membeli kerepek kentang. Tidak tahu mana cikgu aku dapat bekalan kerepek ini,tapi kerepek kentang betul-betul rangup ni! Aku selalu beli berbungkus-bungkus dibawa pulang ke rumah untuk dibuat sambal ikan bilis beserta kerepek kentang ini oleh mak aku! Terliur ya? Aku selalu bagi sedikit kepada Cikgu Roki iaitu merangkap cikgu Bahasa Malaysia dan Sejarah. Untuk informasi,pengawas koperasi tetap membayar harga kerepek sama ya dengan pembeli yang lain :D
Seperti satu sekolah dan bilik guru maklum,kelas aku adalah kelas bermasalah,paling bising dan tidak mendengar kata. Walaupun kelas kami bukan dalam senarai kelas tercorot,tetapi perangai murid-muridnya 100% tidah pernah dijumpai selama beratus-ratus tahun sekolah ini ditubuhkan. Agaknya sikap kami yang aktif dan hyper ini mengundang kemarahan guru-guru. Maaf,kalau kami tak bersikap begini sampai sekrang cikgu masih tak ingat kami kan? Kami hanya mahu menarik perhatian sahaja. (rakan aku dia punya adik yang masih bersekolah menceritakan kepada dia tentang hal kami melalui guru tingkatan! Betapa dasyatnya kami dahulu. Seumpama kisah sejarah silam di sekolah!)Disebabkan juga banyak muka-muka yang seperti Melayu (bila ayah dia Cina mak dia India ataupun mak dia India ayah dia Cina) kan muka dia seperti melayu kan,maka suasana persekolahan jadi macam-macam kaum dan etnik. 1 Malaysia. Mungkin.
Waktu dalam kelas dulu sangat seronok,boleh berbising sesuka hati tanpa mempedulikan pengawas atau ketua kelas sebab mereka pun bising juga. Maka akan ada hair salon dalam kelas, nail polish, make-up salon dan macam-macam lagi. Nasib baik tiada alatan musik dalam kelas,kalau tak mesti ramai yang dah jamming (rakan sekelas aku kebanyakan pandai main gitar,cemburunya!) Dulu aku selalu keluar ke tandas kononnya,walhal curi-curi ke dewan untuk bermain piano. Wah.. rasa nak ke sekolah pula esok bila teringat begini~
Penat pula taip panjang-panjang. Kalau nak dihitung, 100 buku log sekolah pun tak akan habis diceritakan tentang kenangan-kenangan dulu. Belum masuk hari kantin,acara rumah hantu,sukan sekolah,trip dan sebagainya. Kalau boleh dibukukan,pasti dah berjilid-jilid aku ceritakan!
Sekarang
*Kalau aku berani sapa budak-budak yang keluar dari sekolah tempoh hari,pasti aku akan bagitahu mereka supaya belajar rajin-rajin dan jangan ponteng sekolah. Sebab sekarang aku betul-betul mahu memakai pakaian seragam dan ke sekolah!
nota kaki: Tiada gambar sekolah. Jadi bayangkan saja seperti sekolah kamu juga ya ^,^