Sep 29, 2010

Oh,dunia!


Dunia?
Apa itu?
Apakah dunia itu dikira seumpama sihat tubuh badan?
bergembira bersama orang tersayang?
melancong di serata negara?
bercuti di atas kapal mewah?
memandu kereta paling mahal - Bugatti Veyron berwarna merah hitam?
makan buah ceri?
memakai jam tangan paling mewah di dunia - Joaillerie 101 Manchette ( yang akhirnya tidak mampu juga mengembalikan 'masa' lalu )?
berenang-renang di sekitar pulau yang termahal di dunia - Lisbon Island,Portugal?
minum segelas jus mangga yang fresh?
atau
tidur di katil besar yang empuk?

Dunia yang kadangkala ( atau sememangnya ) kejam bagi mereka. Ya,tidak dinafikan bahawa kita seolah-olah memaksa dunia mengikut arahan kita. Masa yang patut menunggu kita bukan kita yang mendahului masa. Dunia yang kita fikir mesti menjadi ini dan itu,yang mesti jadi mengikut perancangan sehingga kita lupa bahawa yang menentukan semuanya bukan kita. Kita bongkak.

Oh,ternyata dunia itu suatu persinggahan yang nyata,tanpa sedar kita mahu teruskan kehidupan seperti ini - selamanya. Sebab kita berada di zon selesa bahawa kita yakin akan begini selamanya. Semestinya tidak,sebab kita selalu alpa (atau kita buat-buat lupa) yang kita memang tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab kita akan mengeluh apabila ditimpa kesusahan/masalah/halangan/dugaan tetapi tak terfikir pula kita akan nikmat - nikmat yang telah Allah bagi pada kita. Aku dan kau bongkak!

Bila ditimpa satu ujian,mulalah kita menyalahkan ini dan itu. Kita mempersoalkannya lebih dari kita merenungkan hikmah. Ya,memang betul kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan dan memang betul juga yang kita boleh mengubah masa depan. Percayalah. Aku bercakap fasal aku. Atau kau juga mengaku seperti aku?

Memang betul orang tidak akan faham tentang dunia. Dunia ini bukan hanya ada aku, engkau dan para pementas dunia. Sebab aku tak pernah memaksa untuk kalian memahami dunia aku. Tapi sekurang-kurangnya kalian mesti faham yang cara aku, engkau dan pementas dunia itu berbeza. Kau menulis tangan kiri,aku pula menulis tangan kanan. Jika kau mengenyit mata kananmu,aku pula lebih cepat mengenyit mata melalui mata kiriku.


Apa kesinambungannya?
Apabila kau telah sampai ke puncak kenikmatan segalanya - duniawi, persiapkanlah diri untuk bertemu dengan puncak kesedihan dan kepedihan - melainkan mereka yang telah menyimpan bekalan.



La Tahzan!!
( terima kasih kerana membantu aku wahai buku ). (=