Jul 6, 2013
Saya dah kahwin!
Assalamualaikum WBT
Apa khabar yang sedang membaca? harap semuanya sihat sejahtera. Yakin saja aku kan mengatakan 'yang sedang membaca'..ada ke yg membaca blog ni? ehe. Hari ni 5 Julai 2013. Aku sedang berada di pejabat. Sepatutnya aku sedang bekerja. Eh, memang sedang bekerja pun.. Tapi berehat sebentar sambil menulis blog yang sudah lama tidak mempunyai entry baru.. eceh. Oh, banyak harini banyak hendak diperkatakan dan ditulis. Eleh.. (:
Pertama sekali, aku sudah menjadi isteri orang..! Wiwit! tak sangka pula aku boleh berkahwin dan kadang - kadang tak terfikir pun nak kahwin tapi itulah dinamakan 'jodoh rahsia Tuhan' kan.. ewah.. (: aku dah selamat menikah pada 10 Mei 2013. Maksudnya lagi 5 hari genap 2 bulan kami menikah. yayy.. nak minta hadiah dari tuan suami lah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 bulan. hurrehh..!
Mungkin entry selanjutnya boleh aku ceritakan perjalanan sepanjang majlis kami tempoh hari. Terima kasih tidak terhingga pada ibu bapa, keluarga, saudara mara kedua-dua belah pihak dan sahabat handai kerana membantu kami menjayakan majlis walimatulurus ini.. hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik kalian (:
Sepanjang dua bulan perkahwinan aku ini, apa yang boleh dirumuskan ialah aku sangat bahagia..wink~.. hehe. seronok kahwin ni..ada 'kawan' yang sentiasa ada, boleh bercerita, boleh tolong-tolong, boleh gaduh-gaduh manja, tengok tv/wayang sama-sama, menyanyi sama-sama, makan sama-sama, buat dialog sama-sama, lipat baju sama-sama..alahai..~ banyak benda kami dah buat bersama dan banyak benda juga kami belum buat lagi sebenarnya.. hehe
Kami juga sempat pergi honeymoon ke Sabah selama 4 hari. Honeymoon kat sini yang pergi masuk hutan, panjang bukit, melintas jambatan gantung, rendam kaki kat sungai bagi ikan kelah gigit, pergi ladang lembu, ladang teh, tengok bunga refflesia tepi jalan tau.. heh. seronok sangat! terima kasih kepada tuan suami yang bawa aku pergi jalan makan angin ni. Beliau kata next time pergi Taman Negara pulak.. Yeehaaa!!! (lompat tinggi-tinggi)
p/s: Tuan suami kata malam ni dating makan kat Humble Chef.. hip..hip..hoorey! (:
Alah.. watermark ni mengacau je!
Subscribe to:
Posts (Atom)