Apr 25, 2012

Sabah bah!



Tarikh: 11 - 17 April 2012
Tempat: Sabah Negeri di Bawah Bayu
Ahli: Yana, Oja, Lala, Chucky, Aidasu

Pada 11-17 April yang lalu aku telah mengikuti rombongan one-year-planning ke Sabah bersama rakan-rakan. Hurreh! Tiket telah dibeli semasa jualan murah setahun yang lepas. Jadi kami memang mempunyai masa selama setahun lebih kurang untuk merangka perjalanan percutian ala-ala backpacker kami ni. Chewah! Disebabkan tiket kami murah dan dibeli secara berasingan, aku dan rakan-rakan naik flight masing-masing dan hanya bertemu di Airport Kota Kinabalu. Diingatkan ye, tempat pertemuan kami bukanlah seperti dialog macam ni, 'awak, jumpa di KL Central ye' ataupun 'awak, kutip kita kat Padang Jawa nanti tau' tapi ini Sabah ye.. Sabah. Terpisah laut dan kena naik belon baru sampai sana. Ini membuktikan kami memang gigih dan kuat sebab mampu pergi berasingan tanpa teman-meneman. Chewah lagi sekali!! :P

11 April 2012
Flight aku pada 11 April jam 6.05 petang. Kebetulan hari itu adalah cuti umum akibat pertabalan Agong Malaysia. Lebih kurang jam 4 petang, ayah, emak, kakak dan Naurah telah menghantar aku ke LCCT. Adik aku tak join sebab dia pergi main futsal. Tapi sebenarnya aku rasa dia sedih lah nak hantar aku ke LCCT. Yelah, dia kan tak jumpa aku seminggu nanti tu sebab dia jadi sedih. (ini tuduhan). Walaupun adik aku tak turut serta hantar aku (macam lah pergi jauh pun), tapi amanat yang dia bagi amat banyak. Rasanya amanat dia dan tuan ayah kalau dicatitkan berjela-jela. Antara amanat keluarga kepada aku dan kawan-kawan adalah:-

- jangan cakap dengan orang yang tak dikenali
- duduk dekat tempat yang ramai orang
- bergerak dalam kumpulan
- jangan lupa bawa ubat
- update diri selalu
- makan ikut masa nanti perut masuk angin
- jalan tu hati-hati pandang kiri-kanan
- jaga diri. take care!
- bla..bla.. bla

Banyak betul amanat kena dengar dan kena ikuti. Terima kasih sebab memberi nasihat dan ingatkan kita dan kawan-kawan. Setelah sampai di LCCT, emak dan aku pun check in beg. Lama pula nak beratur tu sebab orang ramai. Aku bawa 2 buah beg. Luggage dan hand luggage berisi penuh bekalan makanan. Yeah! Siap semua urusan dalam jam 5.20 petang. Naurah terus sedih sebab dia tak dapat naik flight macam aku. Kau tinggal budak! Hehe. Maka aku telah tinggalkan mereka dan masuk di ruangan menunggu seorang diri. Melambai mereka sehingga kabur dari pandangan mata. Sob~..

Maka aku pun meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Sebelum bergerak, aku telah memberitahu kawan-kawan aku yang di airport Senai (sebab mereka dari sana terus ke KK)supaya kita berkumpul di surau airport KK je nanti. Sebabnya kami dah tak boleh berkomunikasi lepas ni lagi dah. Perjalanan menaikki belon mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Pada waktu itu, aku telah melihat keajaiban dan kekuasaan Allah SWT. Memang dia pemilik langit dan bumi. Aku telah melihat dengan mata kepala aku sendiri momen-momen pertukaran siang kepada malam. Ya.. memang sungguh cantik pemandangan itu, rasa tak mahu mengelipkan mata kerana takut akan terlepas saat-saat indah macam tu. Langit yang pada mulanya terang yang kuat..terang.. kemudian terang perlahan-lahan.. terang.. terang yang samar.. sedikit gelap.. gelap.. dan pekatnya gelap.. Subhanallah Maha Suci Allah. Terima kasih sebab benarkan aku melihat nikmatMu yang satu itu ya Allah! (:
Awal-awal lagi aku telah web order nasi lemak Pak Nassier yang enak tu. Memang dah aim nak makan nasi lemak tu. Sedapnya! Alhamdulillah. Perut kenyang, hati pun girang. Lebih kurang 8.50 malam alhamdulillah aku telah selamat sampai. Hurreh!~ Tapi tak berapa nak hurreh sangat sebab kena tunggu 3 kawan-kawan yang lain yang dijangka tiba jam 10.10 malam. Memang aku mati kutu tak tahu nak buat apa. Airport dia pun kecil saja. Orang pun tak ramai. Setelah mengemaskini diri kepada keluarga dan kawan-kawan, aku pun bergerak ke check point iaitu surau. Solat sementara menunggu rakan taulan sampai. Dalam jam 10.20 macam itu, kawan-kawan aku pun sampai. Sedih!! Tergamam! Gembira! Kami terus terharu sebab berjaya jumpa disini. Macam ajaib je rasa. Baru 3-4 hari yang lepas berjumpa di Shah Alam, ni jumpa di Sabah pula. Fuiyohh! Kali ni, kami sama-sama menunggu seorang lagi rakan kami yang flight dia terpisah macam kes aku juga. Akhirnya beliau sampai lebih kurang jam 11.50 malam. Alhamdulillah.. akhirnya kami semua selamat berkumpul. Sabah, here we come! Eceh!!

Malam itu kami tidur di surau sahaja. Memang dah tau pun dekat surau dilarang tidur,makan dan membuat bising. Kami memang ikut arahan kedua dan ketiga itu tapi arahan yang pertama tu terpaksa kami langgar sebab memang dah masuk dalam list untuk tidur di surau sahaja sebab keesokkannya baru kami bergerak ke Kundasang. Jadi, pada malam kejadian tersebut, kami hampir dihalau pengawal yang meronda sebab tidur di dalam surau. Aku memang dah terjaga sebab dengar dia halau lelaki di bahagian surau untuk lelaki tu. Bila mereka masuk ruang solat wanita, ayat salah seorang pengawal tu macam ni, 'Macam mana nak kejutkan ni? Semua pun dah tidur'. Aku memang membatukan diri sebab matilah aku kalau bangun, mesti pengawal tu suruh kejut kawan-kawan yang lain dan keluar dari surau tu. Mana kami nak tidur? Kat luar tu ke? Kerusi pun tak banyak. Kena tidur dekat orang lalu-lalang ke? Tak sangguup! Alhamdulillah, kami selamat dan tak dihalau. Allah melindungi kami betul. Dia yang menggerakkan hati pengawal tu supaya tak berkeras nak halau kami sebab aku dengar bagaimana dia dah menghalau lelaki di ruang solat sebelah tu. Kejadian ini lebih kurang jam 2 pagi.

12 April 2012
Dalam 5.15 pagi kami pun bangun, terus bergosip tentang hal pengawal-nak-menghalau tu. Rupanya kawan-kawan aku pun sedar tapi mereka pun batukan diri. Good job girls! Kalau tak sia-sia je kita kena tidur bersepah kat luar tu. Fuhh~ Selepas kemas-kemaskan diri masing-masing dan solat Subuh, kami pun bergerak ke KFC untuk sarapan pagi. Sarapan kami adalah bekalan makanan mak aku. Kami hanya beli air panas sahaja. Aku tak tahu menahu pun apa yang dia bekalkan. Yang aku tau beg makanan dia dah sediakan tepi pintu masa nak hantar aku ke airport petang semalam tu. Mak dan kakak yang masak-masak untuk bekalan kami. Kata mak aku, takut anak-anak lapar jadi anak-anak harus makan. Beliau bekalkan rendang, sambal ikan bilis, roti, kek, biskut, kerepek, kekacang, jem, gula-gula, milo dan macam-macam lagi. Terima kasih mak!! Terima kasih kakak!! Kita sungguh terharu~. Jadi kami pun bersarapan dengan lahapnya sementara tunggu jam 7 pagi untuk jumpa bro penyewa kereta.

Bro penyewa kereta bernama Amir. Memang punctual orangnya. Jam 7 pagi dia dah sampai. Dia kata kereta Saga yang kami ingin sewa ada masalah sikit jadi dia bagi kami kereta
Persona. Alhamdulillah, senang je berurusan dengan si Amir tu. Amir pun nampak cemas je. Mesti dia segan-segan sebab ada 5 orang perempuan muda semasa sesi berurusan ni (tuduh). Eceh! Kalau tengok si Amir ni memang akan tuduh beliau kaki pukul lah melalui appearance dia yang kelihatan ganas. Pada kereta Persona tu pun ada sticker 'Mafia Official Car'. Apa ni, kami pinjam kereta dari mafia ke? Tapi kan, kat cermin belakang kereta tu ada sticker 'Jemaah Islam Malaysia' pula. Macam mana cerita ni? Hahaha!!

Sesi berurusan memakan masa lebih kurang 15 minit, selepas itu kami terus bergerak ke Kundasang. Yahuuu..!! Maka GPS dan peta mula dibuka. Oh ya, dua bulan sebelum kami ke Sabah, kami telah mengadakan perjumpaan untuk menghafal jalan-jalan ke Sabah. Yana telah membeli peta dan peta itu sangat detail. Segala jalan-jalan kecil pun ada maka kami dah tahu lah jalan mana untuk ke Kundasang nanti. Kami tak memerlukan khidmat pemandu pelancong. Semua kami cari sendiri dan lakukan sendiri. Kami bergerak ke Kundasang menggunakan khidmat bantuan GPS, peta dan signboard. Pada pagi Khamis tu, jalan di KK agak sibuk kerana orang ramai keluar bekerja. Ada sedikit kesesakan lalu lintas tapi tak seteruk di Kajang, Shah Alam mahupun di Kelumpo. Menurut tentatif kami, semasa perjalanan nanti kami akan melalui Rumah Terbalik yang terletak di tepi jalan. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan suasana hijau di kiri dan kanan. Terdapat banyak rumah-rumah di tepi jalan. Tengah kami syok-syok di dalam kereta berborak, kebetulan Yana si pemandu ternampak Rumah Terbalik di sebelah kiri jalan tetapi dah terlepas. Cekap betul mata dia! Dah la signboard Rumah Terbalik tu kecil saja, memang tak nampak. Maka, kami pun pusing balik dan singgah ke Rumah Terbalik. Yelah.. rumah tu memang terbalik. Aneh betul! Cuba tengok ni :-


Tak payah terbalik kan kepala tau. Rumah ni memang sedia maklum terbalik!

Lucu kan rumah ni? Tengok bunga tu, pun terbalik juga. Difahamkan, rumah terbalik seumpama ini terdapat sebanyak 10 buah sahaja di dunia termasuk di Malaysia. Rumah terbalik di Malaysia ini yang ke-5 dibina. Kos pembinaan dianggarkan lebih kurang RM 500K dan dibuka kepada umum pada Februari 2012. Memang baru lagi lah. Rumah ini terhad untuk dimasukki seramai 5 orang untuk satu-satu sesi. Jadi, memang molek lah untuk kami berlima. Menurut guide RT ni, sebelum masuk ke rumah tu, telah menjadi adat orang Sabah untuk mengetuk gong dulu di depan rumah. Memang depan rumah tu ada gong pun, jadi kami pun ketuk seorang 3x. Goongg.. goongg.. goongg..~ darab 3x seorang makanya 15x bunyi goongg..goongg..gooongg tu. Haha!! RT ni kononnya didiami oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan seorang anak lelaki. Mereka berketurunan Kadazan-Dusun iaitu sebuah etnik yang terbesar di Sabah. Sebelum masuk rumah, si guide tu suruh ketuk pintu 3x nanti pintu tu terbuka sendiri. Memang mula-mula agak seram juga, macam mana boleh terbuka sendiri ni, pintu auto ke? Pintu tu kayu aje. Setelah salah seorang dari kami ketuk pintu itu 3x, pintu pun terbuka. Sebaik melangkah masuk, rupanya di belakang pintu tu ada seorang guide lagi yang membuka pintu dari dalam. Ceh!! Bikin mistik saja. Heh. Oh ya, masuk ke dalam RT ni, pelawat tak dibenarkan menangkap gambar atau menyentuh apa-apa barang. Tapi nak sentuh apa pun, semua barang-barang dah terbalik kan, ada diatas kepala. Kiranya kami ini seumpama sedang berjalan di atas siling lah. Unik kan? Mula-mula adalah ruang tamu, ada tv, kerusi, meja, majalah, payung tapi semua berkeadaan terbalik. Dapat bayangkan tak? Dia macam ruang tamu rumah kita-kita ni, tapi cuba terbalikkan dan ianya terletak atas kepala kita. Rasa macam nak jatuh runtuh pun iya juga. Hehe. Yang paling dasyat, mesin jahit si ibu pun terbalik. Macam mana lah dia orang semua lekatkan eh? Kuat betul! Tapi kan, rumah ni tak ada langsir sebab ibu dia sedang jahit langsir tu. Langsir tu ada je dekat mesin jahit. Langsir pun terbalik juga! Seterusnya, kami ke bilik ibu bapa. Sila bayangkan katil, meja solek, almari ada diatas kepala anda, seram kan! Disini ada sebuah cermin besar di tengah-tengah ruang. Fungsi cermin itu ialah memantulkan imej katil dan semua-semua yang atas kepala kita tu. Makanya, akan nampak dari cermin tu sebuah bilik tidur yang normal. Maka, tak perlu lah kita terdongak-dongak tengok semua-semua yang kat atas tu. Dapat bayang tak?? Ni memang kagum tau! Kemudian, kami ke bilik anak lelaki mereka. Kali ini, bilik tu tiada cermin yang memantulkan imej. Katil, meja, kerusi, reket, majalah, baju semua digantung terbalik. Dam yang si anak main tu pun bersepah di atas kepala kita juga. Comel kan! Lagi membuatkan kami amazed, kami ke ruang tandas, sila bayangkan bagaimana rupa tandas terbalik ya. Siap dengan mesin basuh sekali terbalik. Aha! Bergerak ke ruang dapur, sinki, dapur, peti sejuk, tong sampah semua berkeadaan terbalik. Memanglah kan. Cumanya tiada tong gas di dapur tu. Runtuh barangkali kalau dilekatkan juga. Haha! Setelah tamat sesi tour dalam rumah itu, si guide memberikan satu soalan. Soalan dia, 'apakah benda yang tidak terbalik sedangkan rumah ini terbalik?'. Suspen kan soalan ni!

Lagi gambar-gambar menarik RT ini

sisi tepi RT



Ce tengok, basikal tu. Paling cool sekali baju yang disidai tu. Alahai~


Kuatnya kamu orang junjung kereta kancil tu oi!

Setelah tamat membeli cenderamata di RT ni, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya. Kali ini, kami akan ke Jambatan Tamparuli. Menurut guide di RT tadi, Jambatan Tamparuli dah tak berapa jauh dah dari situ. Ya, memang tak jauh pun sebab tak lama perjalanan kami dah sampai. Wow, selama ini hanya dengar nama Jambatan Tamparuli dan lagunya sahaja. Sekarang sudah lihat ianya di depan mata. Jambatan Tamparuli ialah sebuah jambatan gantung. Bawah adalah sungai. Panjang jambatan ini lebih kurang 150meter (google yang kata). Terdapat satu lagi jambatan di bawahnya. Jambatan untuk laluan kenderaan untuk ke seberang.


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi


Ni dia lagu Jambatan Tamparuli. Ce dengar. Best lagu ni.


Macam tak je nak berkasut tinggi jalan kat jambatan ni. Bergoyang-goyang!


Ini dia jambatan untuk laluan kenderaan tu.

Masa kami disini, bomba datang membersihkan kawasan akibat banjir semalamnya itu. Memang kami ada baca ramalan kaji cuaca yang mengatakan sepanjang minggu kami berada di KK dan Kundasang akan hujan pada petang hari. Kami pun dah siap-siap bawa baju hujan. Teliti kan kami? (:

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Kundasang adalah sebuah tempat yang sejuk. Sejuk dari Cameron Highlands. Masa kami ke sini, kami tak perasan langsung ada Gunung Kinabalu disebabkan kabus. Memang kami tak bajet langsung kami ni tinggal di kaki Gunung Kinabalu. Kami mula tersedar dan nampak sendiri Gunung Kinabalu pada keesokkan harinya. Akan diceritakan lanjut mengenai hal ini di perenggan seterusnya nanti!


Inilah Kundasang yang dikatakan!


Kami terus ke lokasi penempatan kami di Kiram Mesilou Village. Sungguh cantik tempat ni. Macam dalam cerita fairy tales. Terus rasa diri macam Alice in Wonderland! Tempat tinggal kami dinamakan cabin. Cabin yang sedia ada semua cantik-cantik belaka. Geram menengoknya. Okay, jom tengok kalau tak percaya.


Taraa..!! Alice in Wonderland kan!

Cabin kami terdapat 1 katil queen, 1 katil single, meja solek, kerusi dan tandas. Kipas tiada sebab disana sangat sejuk. Oh ya, almari tiada tau. Cabin tu tidaklah sebesar mana, mungkin sebab kami 5 orang jadi ruang sudah jadi terhad. Tapi itulah objektif kami- percutian budget. Keadaan bilik tu ada tangga untuk ke ruang atas yang menempatkan katil queen dan tandas. Lupa pula nak ambil gambar dalam cabin kami. Tapi aku suka cabin ada lagi satu tu. Memang comel. Comel sebab dia warna putih dan kecil saja. Lain kali kalau ada rejeki pergi sini lagi pasti aku nak duduk dalam cabin tu. Tak kira!


Inilah cabin kami. Cabin ni berkembar. Cabin kami disebelah kanan yang sebelah pintu lagi satu tu. Tak nampak kot.


Comel kan cabin ni? Kan? Kan?


Bahagian sisi cabin putih tu. Tolonglah kata cabin ini memang comel!

Sampai sahaja kami terus check-in, punggah-punggah barang dan makan bekalan tengah hari. Kami beli sahaja nasi putih dan sup ayam semasa perjalanan ke Kiram ini. Nak cari kedai makan pun susah juga kerana tak berapa pasti kedai itu halal ke tidak. Nampak seperti kedai makan orang kita-kita makan tetapi anjing berkeliaran aje di depan kedai. Kena cari betul-betul kedai makanan Islam. Difahamkan penduduk sana kebanyakkannya beragama bukan Islam.

Serusnya kami bergerak ke Kundasang War Memorial yang terletak di pekan Kundasang. Ini adalah kawasan peringatan untuk prajurit perang suatu ketika dahulu.






Alahai!~

Kemudian, kami ke Ladang Lembu (Desa Cattle). Kami tuduh tempat ini seperti di New Zealand walaupun masing-masing tak pernah pergi New Zealand. Tempat itu sungguh nyaman, hijau, segar, cantik dan menarik. Desa Cattle adalah ladang lembu dan tempat pemprosesan hasil tenusu. Maka, memang banyaklah lembu disitu. Lembu putih tompok-tompok hitam tu. Tempat itu macam dalam iklan Fernleaf tau. Disana, kami berpeluang melihat bagaimana proses memberi lembu-lembu makan. Sebenarnya, lembu sangat mendengar kata. Pekerja ladang bagi arahan kepada lembu-lembu tu untuk bergerak ke tempat makan dia macam faham je. Terus pergi tanpa bertolak-tolak. Bila pekerja ladang ketuk tempat makan dia yang ada penghadang tu, lembu tu terus keluarkan kepala seolah-olah macam faham pekerja tu panggil nama dia tadi. Leka juga tengok lembu-lembu ini makan. Ada 20 bekas makanan beserta penghadang jadi 20 ekor lembu akan diberi makan dalam satu-satu masa. Selepas lebih kurang 10 minit, giliran lembu-lembu lain pula. Lembu-lembu tadi keluar semula dan pergi makan rumput kot. Takpun balik rumah dia. Selepas itu, kami membeli susu kotak. Lazatnya!! Ada dua perasa, susu pure dan coklat. Memang sedap. Nyum.. nyumm..! Kami seterusnya menghirup udara segar ladang kononnya dengan berjalan di sekitar ladang. Ladang ini amat luas dan keluasan dia aku tak berapa pastilah berapa. Tapi memang saujana mata memandang. Sedang kami menghayati alam dan mengambil gambar, tiba-tiba kabus datang. Wow ! Kabus datang secara tiba-tiba dan pandangan pun jadi tak nampak. Paling dasyat, cakap pun keluar-keluar asap. Sejuk sangat! Pheww~ Tapi kabus tu tak lama, dia macam angin kot, lama-lama ditolak ke tempat lain. Sudah puas berjalan dan bergambar akhirnya kami pulang. Waktu baru pukul 5 petang, hari pun dah nak gelap. Oh ya di Sabah, dalam pukul 5.30 petang macam tu dah gelap. Maghrib dalam jam 6.30 petang. Tetapi pukul 5 pagi dah terang. Subuh dalam 4.50 pagi macam tu. Kami pun pulang ke Kiram untuk berehat. Aktiviti akan disambung lagi esok.




Mula-mula, ini dia bangunan Desa Cattle.


Rumah lembu yang beratap tu.


Lembu-lembu ada perhimpunan rasanya ni. Hehe.



Lembu tengah makan makanan dia yang tahu apa tu.



Tiba-tiba kabus datang.. lari..!!


Cool bukan gambar ni?


Teruja dah sampai New Zealand. Aha!

* Akan bersambung. Kbai! *