Nov 16, 2010

Hari ke 16



Hari ke 16 pada bulan 11.

Selamat Hari Lahir!!

Terima kasih sebab ada untuk KAMI.

Terima kasih kerana melahirkan. Terima kasih kerana sudi menjaga orang dari sekecil tapak tangan sehingga sebesar gajah ini. Terima kasih sebab di kala malam waktu berehat dan tidur,mak sudi bangun sebab orang menangis lapar susu atau mungkin dah basah lampin. Terima kasih kerana sudi kunyah makanan untuk bagi orang rasa sebab asyik bising nak makanan yang serupa mak makan masa kecil dulu. Terima kasih mak sebab belikan orang pakaian yang cantik jenama Kiko dan Miki House masa kecil-kecil dulu walaupun lepas tu orang pergi kotorkan balik baju. Terima kasih mak sebab beli permainan kereta kuda warna merah lepas tu orang minta nak beli basikal pula.

Terima kasih mak sebab pukul,jentik,libas dengan hanger orang kecil-kecil dulu sebab degil dan melawan kata mak. Atau mungkin orang pernah buat mak berkecil hati sampai menangis? Dah bilang syurga bawah tapak kaki ibu tapi masih degil juga. Terima kasih mak sebab doakan orang walaupun orang banyak buat salah,mak tak pernah jemu doakan. Terima kasih mak sebab walaupun lepas mak pukul mak tetap akan buat susu dalam botol bagi orang minum. Terima kasih mak sebab mak jahit baju meksi dan baju kurung dengan mesin jahit walaupun mak penat tapi sebab orang paksa-paksa mak,mak buatkan juga.

Terima kasih mak sebab mak bagi sokongan,dorongan dan kata-kata nasihat walaupun keputusan peksa orang tak baik. Mak sudi goreng ayam sampai terpercik-percik minyak habis tangan mak berbekas. Terima kasih mak sebab bila mak buat kuih talam,mak mesti tinggalkan pulut sikit kat dalam piring lain. Mak dengan senangnya masak bubur nasi santan walaupun orang cakap dengan mak nak makan,mak cakap mak tanak buat,tapi rupanya petang tu dah siap pun mak hidang atas meja. Terima kasih mak sebab lepas mak balik kelas memasak,esoknya mak mesti tiru buat makanan yang mak belajar semalam.

Mak, terima kasih sebab mak selalu belikan orang macam-macam mak tak pernah lupa tiapkali mak keluar. Walaupun barang yang kecil,tapi orang pun sangat gembira. Kalau mak pergi Jalan TAR mak mesti beli selendang rm5 tu 3 helai. Kalau lima kali mak pergi dah berapa? Terima kasih mak beli kan bangles sebab mak kata orang mesti suka, memang suka pun. Terima kasih mak sebab beli bakul kain baru sebab yang lama dah habis patah tu walaupun orang baru cakap semalam,esoknya mak terus pegi beli baru. Terima kasih mak sebab bagi orang guna radio yang siap sekali dengan cd player ni walhal mak cakap radio yang lama tu bagi je mak guna. (tapi akhirnya mak tak dengar radio pun. Mak tak suka).

Terima kasih mak sebab mak kalau pergi cuti mana-mana,tak lupa beli hadiah untuk anak-anak dia. Terima kasih mak sebab beli cokelat tiap kali mak beli barang dapur. Terima kasih mak sebab sudi bawa pergi makan nasi beriani selalu walaupun sepiring nasi dah berapa harga ni pula siap tambah-tambah lagi. Terima kasih mak sebab tiap kali mak pergi pasar malam hari Khamis mak tak lupa beli tauhu cedok gula merah dengan bertih jagung dua bungkus.

Terima kasih mak sebab jadi mak yang sporting dan cool. Terima kasih sebab mak suka buat kelakar. Mak pernah cakap macam ni ..'oh,ni la Kiki Gala yang glamor tu..' walhal sebenar gambar tunjuk Lady Gaga,mak memang suka tukar nama artis. Mak si lucu. Haha!

Mak,selamat hari lahir. Semoga mak sihat dan ceria-ceria selalu. Mak sila buka blog ni untuk baca luahan hati ni tau. Kamon mak,u can do it!!

SAYA SAYANG MAK SAYA. Sekian.