Nov 13, 2012
Adik (:
Hari ini 13 November 2012. Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran arwah kakak. Oh, hari ini hari deepavali juga. Jika beliau masih bernafas di dunia ini, sudah 32 tahun umur dia.
Kakak yang dipanggil Adik. Ya, dari kecil lagi aku panggil dia adik. Semua ahli keluarga pun panggil dia adik. Adik adalah kesayangan kami. Paling sayang. Paling istimewa.
Tahun ni tahun kedua menyambut ulangtahun kelahiran adik tanpa orangnya disini. Orangnya tiada, jasadnya tiada tapi kenangannya ada. Ada dan tak akan dilupakan sampai bila-bila, selamanya. Adik akan tetap hidup dalam diri kami sekeluarga walaupun adik dah tak ada di dunia ni. Pakaian beliau masih ada lagi, tak pernah dibuang dan tak terfikir untuk dibuang. Bau dia masih ada lagi dekat baju-baju dia. Bedak dia pun ada lagi, lotion dia pun ada lagi. Semua barang-barang dia ada lagi.
17 Mac 2011 adik pergi tinggalkan kami sekeluarga. Pemergian yang sangat tiba-tiba, sangat cepat dan tiada persediaan untuk melepaskan dia. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat, itu pasti. Masih segar lagi dalam ingatan aku macam mana keadaan hari-hari terakhir adik. Macam mana aku tak bersedia dan tak tahu adik nak diambil tuhan. Macam mana rasa pedihnya hati tengok adik sakit macam tu dan macam mana pilunya tengok adik terbaring tak bernyawa.
Adik dilahirkan tak cukup bulan. Menurut mak, adik sewaktu lahir sangat kecil. Tak sampai 2kg kalau aku tak silap. Masa tu adik jadi bahan uji kaji pihak hospital. Banyak wayar-wayar kat tubuh adik. Doktor kata perlu buat ini semua untuk kesihatan adik. Adik pun tinggal 3 bulan dekat hospital. Mak ulang alik dari rumah tengok adik naik teksi. Masa tu mana ada kereta. Mak datang dengan pakai stokin sebab berpantang. Lama-lama mak aku jadi geram sebab adik tak bagi keluar tapi masih dibuat uji kaji. Akhirnya mak aku tekad bawa adik balik rumah dan jaga sendiri sebab mak dah tak sanggup lihat adik banyak kena cucuk-cucuk dan berwayar-wayar.
Mak cakap masa besarkan adik adalah waktu sangat sukar dalam kehidupan dia. Tiap-tiap malam adik menangis..menangis..menangis. Mak sampai tak tahu nak buat apa. Adik minum susu pun ada cara dia sendiri sebab langit-langit dia terbelah, kalau bagi tanpa pengawasan akan keluar balik susu/makanan melalui hidung dia. Mak dan ayah sangat tabah jaga adik. Ujian mereka sangat berat. Tapi adik tak pernah membebankan mereka. Aku pasti itu sebab selepas je adik berumur 5,6 tahun macam tu, dah mudah nak jaga dia. Cuma waktu kecil agak payahlah. Itu aku yakin mana-mana bayi yang normal pun susah nak jaga masa kecil-kecil kan.
Beza kakak sulung aku ngn adik setahun, jadi masa kecil-kecil kakak yang banyak bantu mak. Kakak aku memang seorang kakak. Mak aku cakap umur 6 tahun kakak dah boleh lipat kain, buat susu adik semua. Dia memang seorang kakak yang bertanggungjawab, mungkin dia faham tanggungjawab dia sebagai anak yang sulung dan seorang kakak, jaga adik dan bantu mak. Bila tengok gambar-gambar mereka masa kecil, sangat seronok. Adik si tembam, comel je bergambar sambil minum susu. Kakak pula akan ada sebelah dia, main dengan dia ataupun baring-baring dengan dia.
Adik tak sempurna fizikal. Kaki dan tangan dia kecil dan kurus sahaja. Mak aku pakai kan dia gelang tangan dan kaki pun pakai saiz kanak-kanank punya. Kalau tak longgar dan tercabut. Walaupun dia tak sempurna fizikal tapi dia sangat cantik. Kulit dia putih yang mulus dan halus, hidung dia mancung, ada tahi lalat tepi hidung dia. Rambut dia lebat dan hitam. Kening dia lebat dan terbentuk. Bibir dia pink-pink dan nipis. Wajah dia sangat jelas dalam ingatan aku sampai sekarang. Kalau adik sempurna macam orang lain, mesti dia seorang yang rupawan.
Adik tak boleh bercakap, tak boleh melihat dan tak boleh mendengar. Tapi aku sangat yakin sebenarnya adik dapat mendengar dan melihat kami tapi adik buat-buat tak dengar dan tak nampak je. Sebab bila kami bercakap-cakap dengan adik, dia diam dan senyum, dia macam faham kami cakap apa. Aku pun suka je mengadu nasib kat adik. Kadang-kadang aku cakap dengan dia seolah-olah dia tu sihat macam orang biasa, walhal dia tak dengar pun, takpun dia tidur. Aku tetap suka bercakap dengan dia. Rasa beban terkurang apabila dah meluahkan apa aku rasa kat dia. Sebenarnya adiklah yang paling banyak tahu rahsia aku. Hehee.
Adik sangat mudah/senang dijaga. Pagi-pagi adik minum susu milo, dalam pukul 9.30 pagi adik makan nasi. Pukul 2 petang adik makan nasi lagi, maghrib adik minum susu dan malam adik makan nasi. Nasi adik adalah rebusan sayur sawi dan carrot, dikisar dengan nasi dan ikan bilis. Lepas tu adik makan sup juga. Itu sangat dia suka. Sampai keras-keras perut dia makan. Hihi. Kami selang seli kan juga dengan bagi dia makan roti susu dan buah betik. Kalau bulan puasa, selalu ambil bubur lambok untuk adik. Itupun dia suka juga.
Tapi sekarang sejak adik tak ada mak dah buang bekas simpan sayur adik, sayur sawi pun jarang beli. Beli bila nak masak dan makan saja. Tapi aku simpan botol susu adi dalam kabinet dapur. Aku selalu tengok botol susu hijau tu senyap-senyap. Kesian kat mak, dia tak boleh tengok barang-barang adik. Mak pun jarang naik kat atas ni kat bilik adik. Sebab mak akan menangis bila tengok barang-barang dia. Mak kata dah tak payah dia naik kat atas ni lagi, dulu dia naik sebab adik ada dia nak bagi adik makan, sekarang adik dah tak ada dia tak nak naik lagi. Kadang-kadang aku tengok bilik adik lampu menyala dan pintu tertutup sedikit. Bila aku intai aku tengok ayah aku nangis sambil peluk baju adik. Suasana macam tu buat aku sedih sangat-sangat. Sangat.
Adik selalu buat kelakar dengan kami adik beradik. Aku selalu bagi adik makan. Bila dah bagi dia makan, aku selalu peluk dia, lepas tu dia selalu tarik rambut aku dan tanak lepaskan. Sakit okay! Hehe. Aku akan menjerit panggil ayah atau mak leraikan. Masalahnya adik akan buat macam tu kat aku je. Kalau dengan kakak dia selalu tarik tangan kakak. Pun kakak menjerit sakit juga. Hehe. Dia kalau pegang orang sangat kuat tau, tak larat nak leraikan. Tapi bila mak yang bagi dia makan, dia macam tau-tau je, tak ada pun tarik tangan ke rambut mak ke. Dengan ayah pun sama. Ayah lembut je dengan adik. Adik ni.. mana aci!!
Lebih kurang 5 hari sebelum 17 Mac tu, adik demam panas. Selalu bila dia demam, ayah bagi dia ubat demam dia dah sihat 2, 3 hari tu. Ni dah 4 hari dia tak kebah-kebah lagi. Jadi aku cakap dengan mak adik demam tak baik-baik lagi ni macam mana. Mak suruh bawa adik kat bilik bawah. Senang mak aku nak pantau tak payah turun naik tangga tengok adik kan. Tapi mungkin naluri seorang ibu yang melahirkan anak tu sendiri, mak tak tergerak hati nak panggil doktor tapi mak spend masa dengan adik sahaja. Aku cakap mak rehat lah malam tidur dalam bilik biar aku tidur dengan adik tapi mak tak nak, dia nak jaga adik katanya. Sebelum adik dibawa turun kat bilik bawah malam sebelumnya, kakak aku bagi adik makan tapi adik tak mahu makan. Badan adik dah start panas-panas, kakak letak vaseline kat bibir adik yang kering. Lepas tu kakak kata cuba dengar adik sebut apa. Aku dengar adik sebut 'mak'.. memang ajaib sangat! Macam mana adik boleh bercakap? Adik kan tak mampu bercakap tapi dengan jelas kami dengar dia sebut 'mak'.. dua kali! Kakak pandang aku, aku pandang kakak, kami speechless. Kami tak panggil pula mak sebab masa tu dah pukul 11 lebih mak dah tidur. Taknak ganggu dia. Naurah (anak buah) baca surah-surah dia hafal dekat adik. Adik diam je. Adik macam faham.
Adik meninggal hari Khamis jam 11.47 pagi. Masa hari tu semua orang macam tak ada mood nak bekerja. Aku ada dirumah, kakak pun balik kajang cuti, Naurah tak sekolah, abang ipar balik dari outstation hari yang sama juga, Amir cuti sekolah tapi ayah aku seorang je yang pergi kerja. Masa pagi aku turun bawah tu, aku pergi bilik mak, adik ada disitu. Aku sangat terkejut tengok nafas adik yang separuh-separuh tu. Aku lari ke dapur beritahu mak. Mak lari ke bilik tengok adik. Tapi mak aku masih cool lagi dan suruh aku panggil Amir turun dukung adik letak kat bilik satu lagi. Jadi aku naik atas kejutkan Amir suruh dukung adik sekarang. Aku kejutkan kakak juga. Masa ni aku dah menangis-menangis dah. Aku suruh kakak bangun cepat tengok adik. Kakak terus melompat bangun pergi bawah. Tapi semua orang senyap masa tu.. air mata mengalir tapi masing-masing diam. Mak cakap kami pergi mandi bergilir-gilir dulu, tapi jangan tinggalkan adik seorang. Jadi masa mak mandi, aku dan kakak teman adik, lepas mak dah sudah kakak pula mandi. Lepas kakak baru aku pula nak mandi. Aku ingat tak sampai 5 minit aku dalam toilet, kakak ketuk pintu toilet, aku pun tanya kenapa. Dia cakap sambil terketar-ketar, 'adik dah tak ada..'. Ya Allah, aku macam nak rebah dalam toilet tu, kakak tarik dan kami pergi bawah sama-sama. Aku tengok adik dekat pangku mak, mak pegang wajah adik. Aku terus terkam adik. Mak dengan kakak dah tarik-tarik aku jangan menghimpit adik. Aku suruh mak bangunkan adik. Adik mungkin tidur je tu. Tapi mak suruh tengok nafas adik dah tak ada, rasa tangan dia dah sejuk.. Luluhnya hati aku, tak sampai 5 minit aku kat atas adik dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya... Masa tu juga ayah call, aku suruh ayah balik sekarang juga. Rupanya ayah dah nak sampai rumah dah, ayah masuk je terus tengok kami semua dengan adik. Ayah mula-mula tak nak percaya adik dah tak ada. Mak cakap lagi adik dah tak ada! Dah takda ayah!! Amir pula dah tumbuk2 almari dan menangis. Dia baru dukung adik tadi. Adik dah tak ada!! Kami memang sepruh gila masa tu.
Dalam keadaan macam tu, kami hubungi saudara mara, jirang tetangga. Tak lama kemudian datang jiran-jiran dan saudara mara. Adik dimandikan di tepi rumah. Masa buka kain yang menutup muka adik, tergamam kami sekeluarga tengok wajah adik yang tersenyum. Itu adalah senyuman adik yang sangat manis. Aku cakap kat mak, 'mak tengok adik senyum ni!'. Ustazah kata adik senyum sebab adik tak sabar nak berjumpa penciptaNya. Itu adalah yang terakhir sekali khidmat aku untuk adik, mandikan dia. Selama dia hidup, selalu mandi sama adik. Lepas tu aku akan cuci muka adik pakai pencuci muka aku. Sampai sekarang aku tak buang pencuci muka tu sebab tu kenangan antara aku dan adik. Selepas mandi, kami kafankan dia. Ustazah kata bubuh minyak mawar banyak-banyak dekat adik. Adik mesti wangi nak jumpa Allah. Adik mesti tak sabar nak jumpa Allah.
Wajah adik sangat comel apabila kain dah terbalut di kepala dia. Kan jadi macam pakai tudung kan. Sebab muka adik kan kecil, bila dia pakai tudung dia kelihatan macam seorang bayi yang sedang tidur. Waktu kami bersama adik sangat singkat. Selepas tu van jenazah datang dan bawa adik ke kubur. Amir dan abang ipar iringi adik. Sampai kubur ayah dah standby menggali tanah bersama, adik disemadikan. Kami tengok adik untuk terakhir kali sebelum kami terpisah di dunia ni..
Seminggu lebih juga kami tak makan. Tak rasa lapar pun. Paling kesian ayah yang tak dapat jumpa adik. Masa adik baru meninggal tu kain adik yang dicuci dan dijemur ayah, ayah menangis masa menjemurkan kain tu semua. Mak akan menangis bila melipat kain. Pernah ayah dah buat susu untuk adik, tapi mak cakap adik dah tak ada. Sedih sangat masa tu. Even sampai sekarang pun, rasa adik tetap ada. Kami selalunya bila balik rumah bagi salam akan cakap sekali 'adik..buat apa tu?'. Sampai sekarang pun akan tercakap benda yang sama lagi..
Seperti kata mak aku, orang dia dah tak ada, tapi kenangan dia ada. Jauh di mata dekat di hati.. Aku yakin adik sekarang pasti sedang berlari-lari di syurga, adik kan dah boleh jalan dan sempurna seperti orang lain. Adik mesti dah jadi pari-pari. Tapi aku selalu fikir adik ingat aku lagi tak? Adik lupakan aku tak? Adik rindu aku macam aku rindu kat adik tak? Adik sihat tak? Harap suatu hari nanti kami dapat bersama sekeluarga semula, dapat berjumpa kembali. Semoga kami tetap menjadi sebuah keluarga untuk di dunia ini dan juga di akhirat.
Al-Fatihah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat sedih,tetibe je air mata mengalir..
ReplyDeleteEermmm bestlh citer.. ni... rase nk nanges je...
ReplyDelete