Nov 13, 2012

Adik (:

Hari ini 13 November 2012. Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran arwah kakak. Oh, hari ini hari deepavali juga. Jika beliau masih bernafas di dunia ini, sudah 32 tahun umur dia. Kakak yang dipanggil Adik. Ya, dari kecil lagi aku panggil dia adik. Semua ahli keluarga pun panggil dia adik. Adik adalah kesayangan kami. Paling sayang. Paling istimewa. Tahun ni tahun kedua menyambut ulangtahun kelahiran adik tanpa orangnya disini. Orangnya tiada, jasadnya tiada tapi kenangannya ada. Ada dan tak akan dilupakan sampai bila-bila, selamanya. Adik akan tetap hidup dalam diri kami sekeluarga walaupun adik dah tak ada di dunia ni. Pakaian beliau masih ada lagi, tak pernah dibuang dan tak terfikir untuk dibuang. Bau dia masih ada lagi dekat baju-baju dia. Bedak dia pun ada lagi, lotion dia pun ada lagi. Semua barang-barang dia ada lagi. 17 Mac 2011 adik pergi tinggalkan kami sekeluarga. Pemergian yang sangat tiba-tiba, sangat cepat dan tiada persediaan untuk melepaskan dia. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat, itu pasti. Masih segar lagi dalam ingatan aku macam mana keadaan hari-hari terakhir adik. Macam mana aku tak bersedia dan tak tahu adik nak diambil tuhan. Macam mana rasa pedihnya hati tengok adik sakit macam tu dan macam mana pilunya tengok adik terbaring tak bernyawa. Adik dilahirkan tak cukup bulan. Menurut mak, adik sewaktu lahir sangat kecil. Tak sampai 2kg kalau aku tak silap. Masa tu adik jadi bahan uji kaji pihak hospital. Banyak wayar-wayar kat tubuh adik. Doktor kata perlu buat ini semua untuk kesihatan adik. Adik pun tinggal 3 bulan dekat hospital. Mak ulang alik dari rumah tengok adik naik teksi. Masa tu mana ada kereta. Mak datang dengan pakai stokin sebab berpantang. Lama-lama mak aku jadi geram sebab adik tak bagi keluar tapi masih dibuat uji kaji. Akhirnya mak aku tekad bawa adik balik rumah dan jaga sendiri sebab mak dah tak sanggup lihat adik banyak kena cucuk-cucuk dan berwayar-wayar. Mak cakap masa besarkan adik adalah waktu sangat sukar dalam kehidupan dia. Tiap-tiap malam adik menangis..menangis..menangis. Mak sampai tak tahu nak buat apa. Adik minum susu pun ada cara dia sendiri sebab langit-langit dia terbelah, kalau bagi tanpa pengawasan akan keluar balik susu/makanan melalui hidung dia. Mak dan ayah sangat tabah jaga adik. Ujian mereka sangat berat. Tapi adik tak pernah membebankan mereka. Aku pasti itu sebab selepas je adik berumur 5,6 tahun macam tu, dah mudah nak jaga dia. Cuma waktu kecil agak payahlah. Itu aku yakin mana-mana bayi yang normal pun susah nak jaga masa kecil-kecil kan. Beza kakak sulung aku ngn adik setahun, jadi masa kecil-kecil kakak yang banyak bantu mak. Kakak aku memang seorang kakak. Mak aku cakap umur 6 tahun kakak dah boleh lipat kain, buat susu adik semua. Dia memang seorang kakak yang bertanggungjawab, mungkin dia faham tanggungjawab dia sebagai anak yang sulung dan seorang kakak, jaga adik dan bantu mak. Bila tengok gambar-gambar mereka masa kecil, sangat seronok. Adik si tembam, comel je bergambar sambil minum susu. Kakak pula akan ada sebelah dia, main dengan dia ataupun baring-baring dengan dia. Adik tak sempurna fizikal. Kaki dan tangan dia kecil dan kurus sahaja. Mak aku pakai kan dia gelang tangan dan kaki pun pakai saiz kanak-kanank punya. Kalau tak longgar dan tercabut. Walaupun dia tak sempurna fizikal tapi dia sangat cantik. Kulit dia putih yang mulus dan halus, hidung dia mancung, ada tahi lalat tepi hidung dia. Rambut dia lebat dan hitam. Kening dia lebat dan terbentuk. Bibir dia pink-pink dan nipis. Wajah dia sangat jelas dalam ingatan aku sampai sekarang. Kalau adik sempurna macam orang lain, mesti dia seorang yang rupawan. Adik tak boleh bercakap, tak boleh melihat dan tak boleh mendengar. Tapi aku sangat yakin sebenarnya adik dapat mendengar dan melihat kami tapi adik buat-buat tak dengar dan tak nampak je. Sebab bila kami bercakap-cakap dengan adik, dia diam dan senyum, dia macam faham kami cakap apa. Aku pun suka je mengadu nasib kat adik. Kadang-kadang aku cakap dengan dia seolah-olah dia tu sihat macam orang biasa, walhal dia tak dengar pun, takpun dia tidur. Aku tetap suka bercakap dengan dia. Rasa beban terkurang apabila dah meluahkan apa aku rasa kat dia. Sebenarnya adiklah yang paling banyak tahu rahsia aku. Hehee. Adik sangat mudah/senang dijaga. Pagi-pagi adik minum susu milo, dalam pukul 9.30 pagi adik makan nasi. Pukul 2 petang adik makan nasi lagi, maghrib adik minum susu dan malam adik makan nasi. Nasi adik adalah rebusan sayur sawi dan carrot, dikisar dengan nasi dan ikan bilis. Lepas tu adik makan sup juga. Itu sangat dia suka. Sampai keras-keras perut dia makan. Hihi. Kami selang seli kan juga dengan bagi dia makan roti susu dan buah betik. Kalau bulan puasa, selalu ambil bubur lambok untuk adik. Itupun dia suka juga. Tapi sekarang sejak adik tak ada mak dah buang bekas simpan sayur adik, sayur sawi pun jarang beli. Beli bila nak masak dan makan saja. Tapi aku simpan botol susu adi dalam kabinet dapur. Aku selalu tengok botol susu hijau tu senyap-senyap. Kesian kat mak, dia tak boleh tengok barang-barang adik. Mak pun jarang naik kat atas ni kat bilik adik. Sebab mak akan menangis bila tengok barang-barang dia. Mak kata dah tak payah dia naik kat atas ni lagi, dulu dia naik sebab adik ada dia nak bagi adik makan, sekarang adik dah tak ada dia tak nak naik lagi. Kadang-kadang aku tengok bilik adik lampu menyala dan pintu tertutup sedikit. Bila aku intai aku tengok ayah aku nangis sambil peluk baju adik. Suasana macam tu buat aku sedih sangat-sangat. Sangat. Adik selalu buat kelakar dengan kami adik beradik. Aku selalu bagi adik makan. Bila dah bagi dia makan, aku selalu peluk dia, lepas tu dia selalu tarik rambut aku dan tanak lepaskan. Sakit okay! Hehe. Aku akan menjerit panggil ayah atau mak leraikan. Masalahnya adik akan buat macam tu kat aku je. Kalau dengan kakak dia selalu tarik tangan kakak. Pun kakak menjerit sakit juga. Hehe. Dia kalau pegang orang sangat kuat tau, tak larat nak leraikan. Tapi bila mak yang bagi dia makan, dia macam tau-tau je, tak ada pun tarik tangan ke rambut mak ke. Dengan ayah pun sama. Ayah lembut je dengan adik. Adik ni.. mana aci!! Lebih kurang 5 hari sebelum 17 Mac tu, adik demam panas. Selalu bila dia demam, ayah bagi dia ubat demam dia dah sihat 2, 3 hari tu. Ni dah 4 hari dia tak kebah-kebah lagi. Jadi aku cakap dengan mak adik demam tak baik-baik lagi ni macam mana. Mak suruh bawa adik kat bilik bawah. Senang mak aku nak pantau tak payah turun naik tangga tengok adik kan. Tapi mungkin naluri seorang ibu yang melahirkan anak tu sendiri, mak tak tergerak hati nak panggil doktor tapi mak spend masa dengan adik sahaja. Aku cakap mak rehat lah malam tidur dalam bilik biar aku tidur dengan adik tapi mak tak nak, dia nak jaga adik katanya. Sebelum adik dibawa turun kat bilik bawah malam sebelumnya, kakak aku bagi adik makan tapi adik tak mahu makan. Badan adik dah start panas-panas, kakak letak vaseline kat bibir adik yang kering. Lepas tu kakak kata cuba dengar adik sebut apa. Aku dengar adik sebut 'mak'.. memang ajaib sangat! Macam mana adik boleh bercakap? Adik kan tak mampu bercakap tapi dengan jelas kami dengar dia sebut 'mak'.. dua kali! Kakak pandang aku, aku pandang kakak, kami speechless. Kami tak panggil pula mak sebab masa tu dah pukul 11 lebih mak dah tidur. Taknak ganggu dia. Naurah (anak buah) baca surah-surah dia hafal dekat adik. Adik diam je. Adik macam faham. Adik meninggal hari Khamis jam 11.47 pagi. Masa hari tu semua orang macam tak ada mood nak bekerja. Aku ada dirumah, kakak pun balik kajang cuti, Naurah tak sekolah, abang ipar balik dari outstation hari yang sama juga, Amir cuti sekolah tapi ayah aku seorang je yang pergi kerja. Masa pagi aku turun bawah tu, aku pergi bilik mak, adik ada disitu. Aku sangat terkejut tengok nafas adik yang separuh-separuh tu. Aku lari ke dapur beritahu mak. Mak lari ke bilik tengok adik. Tapi mak aku masih cool lagi dan suruh aku panggil Amir turun dukung adik letak kat bilik satu lagi. Jadi aku naik atas kejutkan Amir suruh dukung adik sekarang. Aku kejutkan kakak juga. Masa ni aku dah menangis-menangis dah. Aku suruh kakak bangun cepat tengok adik. Kakak terus melompat bangun pergi bawah. Tapi semua orang senyap masa tu.. air mata mengalir tapi masing-masing diam. Mak cakap kami pergi mandi bergilir-gilir dulu, tapi jangan tinggalkan adik seorang. Jadi masa mak mandi, aku dan kakak teman adik, lepas mak dah sudah kakak pula mandi. Lepas kakak baru aku pula nak mandi. Aku ingat tak sampai 5 minit aku dalam toilet, kakak ketuk pintu toilet, aku pun tanya kenapa. Dia cakap sambil terketar-ketar, 'adik dah tak ada..'. Ya Allah, aku macam nak rebah dalam toilet tu, kakak tarik dan kami pergi bawah sama-sama. Aku tengok adik dekat pangku mak, mak pegang wajah adik. Aku terus terkam adik. Mak dengan kakak dah tarik-tarik aku jangan menghimpit adik. Aku suruh mak bangunkan adik. Adik mungkin tidur je tu. Tapi mak suruh tengok nafas adik dah tak ada, rasa tangan dia dah sejuk.. Luluhnya hati aku, tak sampai 5 minit aku kat atas adik dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya... Masa tu juga ayah call, aku suruh ayah balik sekarang juga. Rupanya ayah dah nak sampai rumah dah, ayah masuk je terus tengok kami semua dengan adik. Ayah mula-mula tak nak percaya adik dah tak ada. Mak cakap lagi adik dah tak ada! Dah takda ayah!! Amir pula dah tumbuk2 almari dan menangis. Dia baru dukung adik tadi. Adik dah tak ada!! Kami memang sepruh gila masa tu. Dalam keadaan macam tu, kami hubungi saudara mara, jirang tetangga. Tak lama kemudian datang jiran-jiran dan saudara mara. Adik dimandikan di tepi rumah. Masa buka kain yang menutup muka adik, tergamam kami sekeluarga tengok wajah adik yang tersenyum. Itu adalah senyuman adik yang sangat manis. Aku cakap kat mak, 'mak tengok adik senyum ni!'. Ustazah kata adik senyum sebab adik tak sabar nak berjumpa penciptaNya. Itu adalah yang terakhir sekali khidmat aku untuk adik, mandikan dia. Selama dia hidup, selalu mandi sama adik. Lepas tu aku akan cuci muka adik pakai pencuci muka aku. Sampai sekarang aku tak buang pencuci muka tu sebab tu kenangan antara aku dan adik. Selepas mandi, kami kafankan dia. Ustazah kata bubuh minyak mawar banyak-banyak dekat adik. Adik mesti wangi nak jumpa Allah. Adik mesti tak sabar nak jumpa Allah. Wajah adik sangat comel apabila kain dah terbalut di kepala dia. Kan jadi macam pakai tudung kan. Sebab muka adik kan kecil, bila dia pakai tudung dia kelihatan macam seorang bayi yang sedang tidur. Waktu kami bersama adik sangat singkat. Selepas tu van jenazah datang dan bawa adik ke kubur. Amir dan abang ipar iringi adik. Sampai kubur ayah dah standby menggali tanah bersama, adik disemadikan. Kami tengok adik untuk terakhir kali sebelum kami terpisah di dunia ni.. Seminggu lebih juga kami tak makan. Tak rasa lapar pun. Paling kesian ayah yang tak dapat jumpa adik. Masa adik baru meninggal tu kain adik yang dicuci dan dijemur ayah, ayah menangis masa menjemurkan kain tu semua. Mak akan menangis bila melipat kain. Pernah ayah dah buat susu untuk adik, tapi mak cakap adik dah tak ada. Sedih sangat masa tu. Even sampai sekarang pun, rasa adik tetap ada. Kami selalunya bila balik rumah bagi salam akan cakap sekali 'adik..buat apa tu?'. Sampai sekarang pun akan tercakap benda yang sama lagi.. Seperti kata mak aku, orang dia dah tak ada, tapi kenangan dia ada. Jauh di mata dekat di hati.. Aku yakin adik sekarang pasti sedang berlari-lari di syurga, adik kan dah boleh jalan dan sempurna seperti orang lain. Adik mesti dah jadi pari-pari. Tapi aku selalu fikir adik ingat aku lagi tak? Adik lupakan aku tak? Adik rindu aku macam aku rindu kat adik tak? Adik sihat tak? Harap suatu hari nanti kami dapat bersama sekeluarga semula, dapat berjumpa kembali. Semoga kami tetap menjadi sebuah keluarga untuk di dunia ini dan juga di akhirat. Al-Fatihah..

Sep 22, 2012

Upin Ipin - Lagu Pengembala dan Biri-Biri

* Saya gembala biri-biri Semua dijaga rapi-rapi Sudah dibawa makan Boleh berehat senang hati * Kami biri-biri si Jarjit Hari-hari makan rumput je Jalan bersama atas bukit Di pagi indahnya dunia * Saya kambing yang paling sihat Dia kata saya terlembik..mbekk Saya kambing yang paling cantik Saya suka.. saya sukaaa... ! ** Mari-mari dengar cerita kami Kisah Pengembala dan Biri-biri * Tolong... Tolongg..! Ada serigala disini! Tolong... Tolongg..! Selamatkan biri-biri! Serigala? Serigala? Mana? Mana? Mari kita tolonggg..! * Tolong...(jangan) Tolong..!(jangan).. Ada serigala disini! Tolong saya tolong... !! Serigala? Serigala? Mana? Mana? Mari kita tolonggg..! *Aaa..uuuwwww~ Akulah serigala yang lapar Aku mahu bighi-bighi Ngapp..ngapp.. Aaauww~ Hahaha! Hahaha! Hahaha! * Tolong... Tolong.. ! Ada serigala disini! Tolong... Tolong.. ! Habis biri-biri dimakan * Serigala? Serigala? Kami tak percaya lagi Dia selalu mainkan kami * Biri-biri saya dah hilang Habis dimakan serigala Kamu semualah tak ada datang Tinggal saya seorang saja * Itulah orang sudah kata Jangan biasa memperdaya Nanti orang dah tak percaya Bila terkena padan muka! ** Tamatlah sudah alkisah kami Terima kasih dan jumpa lagi (:

Aug 30, 2012

Zee Avi - Honey Bee




I am a honey bee,
Shut out from the coliney.
And they won't let me in,
So, I left the hive.
They took away all my stripes,
And broke off both my wings.

So I'll find another tree,
And make the wind my friend.
I'll just sing with the birds,
They'll tell me the secrets of the world.

But my other honey bee,
Is stuck where he doesn't wanna be.
But my darling honey bee,
I'll come save you even if it means,
I'd have to face the queen.

Ba da ba da da dum,
Ba ba ba da da da dum.


So, I'll come prepared,
My new friends say they will help me,
Get my loved one back.
They say it isn't right,
The bee's have control of your mind,
And I choose not to believe them.

So we'll meet in the darkness of the night,
And I promise I will be there on time.
We'll be guilded by my new friends the butterflys,
Bring us back to our own little hive.

Oh, my darling honey bee,
No longer stuck where he doesn't wanna be.
Oh, my darling honey bee,
I have saved you and now that you're with me,
We can make our honey.

Ba da da ba dum bum,
Ba da ba da da da dum.

(:

Aug 27, 2012

saya mahu menulis!

Saya rindu ingin menulis semula !!!


Jul 27, 2012

Jul 10, 2012

-

Macam mana kita nak dengari orang lain kalau kita menutup telinga sendiri?

Apr 25, 2012

Sabah bah!



Tarikh: 11 - 17 April 2012
Tempat: Sabah Negeri di Bawah Bayu
Ahli: Yana, Oja, Lala, Chucky, Aidasu

Pada 11-17 April yang lalu aku telah mengikuti rombongan one-year-planning ke Sabah bersama rakan-rakan. Hurreh! Tiket telah dibeli semasa jualan murah setahun yang lepas. Jadi kami memang mempunyai masa selama setahun lebih kurang untuk merangka perjalanan percutian ala-ala backpacker kami ni. Chewah! Disebabkan tiket kami murah dan dibeli secara berasingan, aku dan rakan-rakan naik flight masing-masing dan hanya bertemu di Airport Kota Kinabalu. Diingatkan ye, tempat pertemuan kami bukanlah seperti dialog macam ni, 'awak, jumpa di KL Central ye' ataupun 'awak, kutip kita kat Padang Jawa nanti tau' tapi ini Sabah ye.. Sabah. Terpisah laut dan kena naik belon baru sampai sana. Ini membuktikan kami memang gigih dan kuat sebab mampu pergi berasingan tanpa teman-meneman. Chewah lagi sekali!! :P

11 April 2012
Flight aku pada 11 April jam 6.05 petang. Kebetulan hari itu adalah cuti umum akibat pertabalan Agong Malaysia. Lebih kurang jam 4 petang, ayah, emak, kakak dan Naurah telah menghantar aku ke LCCT. Adik aku tak join sebab dia pergi main futsal. Tapi sebenarnya aku rasa dia sedih lah nak hantar aku ke LCCT. Yelah, dia kan tak jumpa aku seminggu nanti tu sebab dia jadi sedih. (ini tuduhan). Walaupun adik aku tak turut serta hantar aku (macam lah pergi jauh pun), tapi amanat yang dia bagi amat banyak. Rasanya amanat dia dan tuan ayah kalau dicatitkan berjela-jela. Antara amanat keluarga kepada aku dan kawan-kawan adalah:-

- jangan cakap dengan orang yang tak dikenali
- duduk dekat tempat yang ramai orang
- bergerak dalam kumpulan
- jangan lupa bawa ubat
- update diri selalu
- makan ikut masa nanti perut masuk angin
- jalan tu hati-hati pandang kiri-kanan
- jaga diri. take care!
- bla..bla.. bla

Banyak betul amanat kena dengar dan kena ikuti. Terima kasih sebab memberi nasihat dan ingatkan kita dan kawan-kawan. Setelah sampai di LCCT, emak dan aku pun check in beg. Lama pula nak beratur tu sebab orang ramai. Aku bawa 2 buah beg. Luggage dan hand luggage berisi penuh bekalan makanan. Yeah! Siap semua urusan dalam jam 5.20 petang. Naurah terus sedih sebab dia tak dapat naik flight macam aku. Kau tinggal budak! Hehe. Maka aku telah tinggalkan mereka dan masuk di ruangan menunggu seorang diri. Melambai mereka sehingga kabur dari pandangan mata. Sob~..

Maka aku pun meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Sebelum bergerak, aku telah memberitahu kawan-kawan aku yang di airport Senai (sebab mereka dari sana terus ke KK)supaya kita berkumpul di surau airport KK je nanti. Sebabnya kami dah tak boleh berkomunikasi lepas ni lagi dah. Perjalanan menaikki belon mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Pada waktu itu, aku telah melihat keajaiban dan kekuasaan Allah SWT. Memang dia pemilik langit dan bumi. Aku telah melihat dengan mata kepala aku sendiri momen-momen pertukaran siang kepada malam. Ya.. memang sungguh cantik pemandangan itu, rasa tak mahu mengelipkan mata kerana takut akan terlepas saat-saat indah macam tu. Langit yang pada mulanya terang yang kuat..terang.. kemudian terang perlahan-lahan.. terang.. terang yang samar.. sedikit gelap.. gelap.. dan pekatnya gelap.. Subhanallah Maha Suci Allah. Terima kasih sebab benarkan aku melihat nikmatMu yang satu itu ya Allah! (:
Awal-awal lagi aku telah web order nasi lemak Pak Nassier yang enak tu. Memang dah aim nak makan nasi lemak tu. Sedapnya! Alhamdulillah. Perut kenyang, hati pun girang. Lebih kurang 8.50 malam alhamdulillah aku telah selamat sampai. Hurreh!~ Tapi tak berapa nak hurreh sangat sebab kena tunggu 3 kawan-kawan yang lain yang dijangka tiba jam 10.10 malam. Memang aku mati kutu tak tahu nak buat apa. Airport dia pun kecil saja. Orang pun tak ramai. Setelah mengemaskini diri kepada keluarga dan kawan-kawan, aku pun bergerak ke check point iaitu surau. Solat sementara menunggu rakan taulan sampai. Dalam jam 10.20 macam itu, kawan-kawan aku pun sampai. Sedih!! Tergamam! Gembira! Kami terus terharu sebab berjaya jumpa disini. Macam ajaib je rasa. Baru 3-4 hari yang lepas berjumpa di Shah Alam, ni jumpa di Sabah pula. Fuiyohh! Kali ni, kami sama-sama menunggu seorang lagi rakan kami yang flight dia terpisah macam kes aku juga. Akhirnya beliau sampai lebih kurang jam 11.50 malam. Alhamdulillah.. akhirnya kami semua selamat berkumpul. Sabah, here we come! Eceh!!

Malam itu kami tidur di surau sahaja. Memang dah tau pun dekat surau dilarang tidur,makan dan membuat bising. Kami memang ikut arahan kedua dan ketiga itu tapi arahan yang pertama tu terpaksa kami langgar sebab memang dah masuk dalam list untuk tidur di surau sahaja sebab keesokkannya baru kami bergerak ke Kundasang. Jadi, pada malam kejadian tersebut, kami hampir dihalau pengawal yang meronda sebab tidur di dalam surau. Aku memang dah terjaga sebab dengar dia halau lelaki di bahagian surau untuk lelaki tu. Bila mereka masuk ruang solat wanita, ayat salah seorang pengawal tu macam ni, 'Macam mana nak kejutkan ni? Semua pun dah tidur'. Aku memang membatukan diri sebab matilah aku kalau bangun, mesti pengawal tu suruh kejut kawan-kawan yang lain dan keluar dari surau tu. Mana kami nak tidur? Kat luar tu ke? Kerusi pun tak banyak. Kena tidur dekat orang lalu-lalang ke? Tak sangguup! Alhamdulillah, kami selamat dan tak dihalau. Allah melindungi kami betul. Dia yang menggerakkan hati pengawal tu supaya tak berkeras nak halau kami sebab aku dengar bagaimana dia dah menghalau lelaki di ruang solat sebelah tu. Kejadian ini lebih kurang jam 2 pagi.

12 April 2012
Dalam 5.15 pagi kami pun bangun, terus bergosip tentang hal pengawal-nak-menghalau tu. Rupanya kawan-kawan aku pun sedar tapi mereka pun batukan diri. Good job girls! Kalau tak sia-sia je kita kena tidur bersepah kat luar tu. Fuhh~ Selepas kemas-kemaskan diri masing-masing dan solat Subuh, kami pun bergerak ke KFC untuk sarapan pagi. Sarapan kami adalah bekalan makanan mak aku. Kami hanya beli air panas sahaja. Aku tak tahu menahu pun apa yang dia bekalkan. Yang aku tau beg makanan dia dah sediakan tepi pintu masa nak hantar aku ke airport petang semalam tu. Mak dan kakak yang masak-masak untuk bekalan kami. Kata mak aku, takut anak-anak lapar jadi anak-anak harus makan. Beliau bekalkan rendang, sambal ikan bilis, roti, kek, biskut, kerepek, kekacang, jem, gula-gula, milo dan macam-macam lagi. Terima kasih mak!! Terima kasih kakak!! Kita sungguh terharu~. Jadi kami pun bersarapan dengan lahapnya sementara tunggu jam 7 pagi untuk jumpa bro penyewa kereta.

Bro penyewa kereta bernama Amir. Memang punctual orangnya. Jam 7 pagi dia dah sampai. Dia kata kereta Saga yang kami ingin sewa ada masalah sikit jadi dia bagi kami kereta
Persona. Alhamdulillah, senang je berurusan dengan si Amir tu. Amir pun nampak cemas je. Mesti dia segan-segan sebab ada 5 orang perempuan muda semasa sesi berurusan ni (tuduh). Eceh! Kalau tengok si Amir ni memang akan tuduh beliau kaki pukul lah melalui appearance dia yang kelihatan ganas. Pada kereta Persona tu pun ada sticker 'Mafia Official Car'. Apa ni, kami pinjam kereta dari mafia ke? Tapi kan, kat cermin belakang kereta tu ada sticker 'Jemaah Islam Malaysia' pula. Macam mana cerita ni? Hahaha!!

Sesi berurusan memakan masa lebih kurang 15 minit, selepas itu kami terus bergerak ke Kundasang. Yahuuu..!! Maka GPS dan peta mula dibuka. Oh ya, dua bulan sebelum kami ke Sabah, kami telah mengadakan perjumpaan untuk menghafal jalan-jalan ke Sabah. Yana telah membeli peta dan peta itu sangat detail. Segala jalan-jalan kecil pun ada maka kami dah tahu lah jalan mana untuk ke Kundasang nanti. Kami tak memerlukan khidmat pemandu pelancong. Semua kami cari sendiri dan lakukan sendiri. Kami bergerak ke Kundasang menggunakan khidmat bantuan GPS, peta dan signboard. Pada pagi Khamis tu, jalan di KK agak sibuk kerana orang ramai keluar bekerja. Ada sedikit kesesakan lalu lintas tapi tak seteruk di Kajang, Shah Alam mahupun di Kelumpo. Menurut tentatif kami, semasa perjalanan nanti kami akan melalui Rumah Terbalik yang terletak di tepi jalan. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan suasana hijau di kiri dan kanan. Terdapat banyak rumah-rumah di tepi jalan. Tengah kami syok-syok di dalam kereta berborak, kebetulan Yana si pemandu ternampak Rumah Terbalik di sebelah kiri jalan tetapi dah terlepas. Cekap betul mata dia! Dah la signboard Rumah Terbalik tu kecil saja, memang tak nampak. Maka, kami pun pusing balik dan singgah ke Rumah Terbalik. Yelah.. rumah tu memang terbalik. Aneh betul! Cuba tengok ni :-


Tak payah terbalik kan kepala tau. Rumah ni memang sedia maklum terbalik!

Lucu kan rumah ni? Tengok bunga tu, pun terbalik juga. Difahamkan, rumah terbalik seumpama ini terdapat sebanyak 10 buah sahaja di dunia termasuk di Malaysia. Rumah terbalik di Malaysia ini yang ke-5 dibina. Kos pembinaan dianggarkan lebih kurang RM 500K dan dibuka kepada umum pada Februari 2012. Memang baru lagi lah. Rumah ini terhad untuk dimasukki seramai 5 orang untuk satu-satu sesi. Jadi, memang molek lah untuk kami berlima. Menurut guide RT ni, sebelum masuk ke rumah tu, telah menjadi adat orang Sabah untuk mengetuk gong dulu di depan rumah. Memang depan rumah tu ada gong pun, jadi kami pun ketuk seorang 3x. Goongg.. goongg.. goongg..~ darab 3x seorang makanya 15x bunyi goongg..goongg..gooongg tu. Haha!! RT ni kononnya didiami oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan seorang anak lelaki. Mereka berketurunan Kadazan-Dusun iaitu sebuah etnik yang terbesar di Sabah. Sebelum masuk rumah, si guide tu suruh ketuk pintu 3x nanti pintu tu terbuka sendiri. Memang mula-mula agak seram juga, macam mana boleh terbuka sendiri ni, pintu auto ke? Pintu tu kayu aje. Setelah salah seorang dari kami ketuk pintu itu 3x, pintu pun terbuka. Sebaik melangkah masuk, rupanya di belakang pintu tu ada seorang guide lagi yang membuka pintu dari dalam. Ceh!! Bikin mistik saja. Heh. Oh ya, masuk ke dalam RT ni, pelawat tak dibenarkan menangkap gambar atau menyentuh apa-apa barang. Tapi nak sentuh apa pun, semua barang-barang dah terbalik kan, ada diatas kepala. Kiranya kami ini seumpama sedang berjalan di atas siling lah. Unik kan? Mula-mula adalah ruang tamu, ada tv, kerusi, meja, majalah, payung tapi semua berkeadaan terbalik. Dapat bayangkan tak? Dia macam ruang tamu rumah kita-kita ni, tapi cuba terbalikkan dan ianya terletak atas kepala kita. Rasa macam nak jatuh runtuh pun iya juga. Hehe. Yang paling dasyat, mesin jahit si ibu pun terbalik. Macam mana lah dia orang semua lekatkan eh? Kuat betul! Tapi kan, rumah ni tak ada langsir sebab ibu dia sedang jahit langsir tu. Langsir tu ada je dekat mesin jahit. Langsir pun terbalik juga! Seterusnya, kami ke bilik ibu bapa. Sila bayangkan katil, meja solek, almari ada diatas kepala anda, seram kan! Disini ada sebuah cermin besar di tengah-tengah ruang. Fungsi cermin itu ialah memantulkan imej katil dan semua-semua yang atas kepala kita tu. Makanya, akan nampak dari cermin tu sebuah bilik tidur yang normal. Maka, tak perlu lah kita terdongak-dongak tengok semua-semua yang kat atas tu. Dapat bayang tak?? Ni memang kagum tau! Kemudian, kami ke bilik anak lelaki mereka. Kali ini, bilik tu tiada cermin yang memantulkan imej. Katil, meja, kerusi, reket, majalah, baju semua digantung terbalik. Dam yang si anak main tu pun bersepah di atas kepala kita juga. Comel kan! Lagi membuatkan kami amazed, kami ke ruang tandas, sila bayangkan bagaimana rupa tandas terbalik ya. Siap dengan mesin basuh sekali terbalik. Aha! Bergerak ke ruang dapur, sinki, dapur, peti sejuk, tong sampah semua berkeadaan terbalik. Memanglah kan. Cumanya tiada tong gas di dapur tu. Runtuh barangkali kalau dilekatkan juga. Haha! Setelah tamat sesi tour dalam rumah itu, si guide memberikan satu soalan. Soalan dia, 'apakah benda yang tidak terbalik sedangkan rumah ini terbalik?'. Suspen kan soalan ni!

Lagi gambar-gambar menarik RT ini

sisi tepi RT



Ce tengok, basikal tu. Paling cool sekali baju yang disidai tu. Alahai~


Kuatnya kamu orang junjung kereta kancil tu oi!

Setelah tamat membeli cenderamata di RT ni, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya. Kali ini, kami akan ke Jambatan Tamparuli. Menurut guide di RT tadi, Jambatan Tamparuli dah tak berapa jauh dah dari situ. Ya, memang tak jauh pun sebab tak lama perjalanan kami dah sampai. Wow, selama ini hanya dengar nama Jambatan Tamparuli dan lagunya sahaja. Sekarang sudah lihat ianya di depan mata. Jambatan Tamparuli ialah sebuah jambatan gantung. Bawah adalah sungai. Panjang jambatan ini lebih kurang 150meter (google yang kata). Terdapat satu lagi jambatan di bawahnya. Jambatan untuk laluan kenderaan untuk ke seberang.


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi


Ni dia lagu Jambatan Tamparuli. Ce dengar. Best lagu ni.


Macam tak je nak berkasut tinggi jalan kat jambatan ni. Bergoyang-goyang!


Ini dia jambatan untuk laluan kenderaan tu.

Masa kami disini, bomba datang membersihkan kawasan akibat banjir semalamnya itu. Memang kami ada baca ramalan kaji cuaca yang mengatakan sepanjang minggu kami berada di KK dan Kundasang akan hujan pada petang hari. Kami pun dah siap-siap bawa baju hujan. Teliti kan kami? (:

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Kundasang adalah sebuah tempat yang sejuk. Sejuk dari Cameron Highlands. Masa kami ke sini, kami tak perasan langsung ada Gunung Kinabalu disebabkan kabus. Memang kami tak bajet langsung kami ni tinggal di kaki Gunung Kinabalu. Kami mula tersedar dan nampak sendiri Gunung Kinabalu pada keesokkan harinya. Akan diceritakan lanjut mengenai hal ini di perenggan seterusnya nanti!


Inilah Kundasang yang dikatakan!


Kami terus ke lokasi penempatan kami di Kiram Mesilou Village. Sungguh cantik tempat ni. Macam dalam cerita fairy tales. Terus rasa diri macam Alice in Wonderland! Tempat tinggal kami dinamakan cabin. Cabin yang sedia ada semua cantik-cantik belaka. Geram menengoknya. Okay, jom tengok kalau tak percaya.


Taraa..!! Alice in Wonderland kan!

Cabin kami terdapat 1 katil queen, 1 katil single, meja solek, kerusi dan tandas. Kipas tiada sebab disana sangat sejuk. Oh ya, almari tiada tau. Cabin tu tidaklah sebesar mana, mungkin sebab kami 5 orang jadi ruang sudah jadi terhad. Tapi itulah objektif kami- percutian budget. Keadaan bilik tu ada tangga untuk ke ruang atas yang menempatkan katil queen dan tandas. Lupa pula nak ambil gambar dalam cabin kami. Tapi aku suka cabin ada lagi satu tu. Memang comel. Comel sebab dia warna putih dan kecil saja. Lain kali kalau ada rejeki pergi sini lagi pasti aku nak duduk dalam cabin tu. Tak kira!


Inilah cabin kami. Cabin ni berkembar. Cabin kami disebelah kanan yang sebelah pintu lagi satu tu. Tak nampak kot.


Comel kan cabin ni? Kan? Kan?


Bahagian sisi cabin putih tu. Tolonglah kata cabin ini memang comel!

Sampai sahaja kami terus check-in, punggah-punggah barang dan makan bekalan tengah hari. Kami beli sahaja nasi putih dan sup ayam semasa perjalanan ke Kiram ini. Nak cari kedai makan pun susah juga kerana tak berapa pasti kedai itu halal ke tidak. Nampak seperti kedai makan orang kita-kita makan tetapi anjing berkeliaran aje di depan kedai. Kena cari betul-betul kedai makanan Islam. Difahamkan penduduk sana kebanyakkannya beragama bukan Islam.

Serusnya kami bergerak ke Kundasang War Memorial yang terletak di pekan Kundasang. Ini adalah kawasan peringatan untuk prajurit perang suatu ketika dahulu.






Alahai!~

Kemudian, kami ke Ladang Lembu (Desa Cattle). Kami tuduh tempat ini seperti di New Zealand walaupun masing-masing tak pernah pergi New Zealand. Tempat itu sungguh nyaman, hijau, segar, cantik dan menarik. Desa Cattle adalah ladang lembu dan tempat pemprosesan hasil tenusu. Maka, memang banyaklah lembu disitu. Lembu putih tompok-tompok hitam tu. Tempat itu macam dalam iklan Fernleaf tau. Disana, kami berpeluang melihat bagaimana proses memberi lembu-lembu makan. Sebenarnya, lembu sangat mendengar kata. Pekerja ladang bagi arahan kepada lembu-lembu tu untuk bergerak ke tempat makan dia macam faham je. Terus pergi tanpa bertolak-tolak. Bila pekerja ladang ketuk tempat makan dia yang ada penghadang tu, lembu tu terus keluarkan kepala seolah-olah macam faham pekerja tu panggil nama dia tadi. Leka juga tengok lembu-lembu ini makan. Ada 20 bekas makanan beserta penghadang jadi 20 ekor lembu akan diberi makan dalam satu-satu masa. Selepas lebih kurang 10 minit, giliran lembu-lembu lain pula. Lembu-lembu tadi keluar semula dan pergi makan rumput kot. Takpun balik rumah dia. Selepas itu, kami membeli susu kotak. Lazatnya!! Ada dua perasa, susu pure dan coklat. Memang sedap. Nyum.. nyumm..! Kami seterusnya menghirup udara segar ladang kononnya dengan berjalan di sekitar ladang. Ladang ini amat luas dan keluasan dia aku tak berapa pastilah berapa. Tapi memang saujana mata memandang. Sedang kami menghayati alam dan mengambil gambar, tiba-tiba kabus datang. Wow ! Kabus datang secara tiba-tiba dan pandangan pun jadi tak nampak. Paling dasyat, cakap pun keluar-keluar asap. Sejuk sangat! Pheww~ Tapi kabus tu tak lama, dia macam angin kot, lama-lama ditolak ke tempat lain. Sudah puas berjalan dan bergambar akhirnya kami pulang. Waktu baru pukul 5 petang, hari pun dah nak gelap. Oh ya di Sabah, dalam pukul 5.30 petang macam tu dah gelap. Maghrib dalam jam 6.30 petang. Tetapi pukul 5 pagi dah terang. Subuh dalam 4.50 pagi macam tu. Kami pun pulang ke Kiram untuk berehat. Aktiviti akan disambung lagi esok.




Mula-mula, ini dia bangunan Desa Cattle.


Rumah lembu yang beratap tu.


Lembu-lembu ada perhimpunan rasanya ni. Hehe.



Lembu tengah makan makanan dia yang tahu apa tu.



Tiba-tiba kabus datang.. lari..!!


Cool bukan gambar ni?


Teruja dah sampai New Zealand. Aha!

* Akan bersambung. Kbai! *

Apr 11, 2012

Gelang, cincin & baju kurung



Ini tangan Naurah ye. Kemain dia, umi (yakni pangilan Naurah kepada mak aku) telah menghadiahkan beliau seutas gelang seperti gambar diatas. Suka la tu (: Naurah dengan tamaknya lagi minta kat ibu beliau sebentuk cincin pula, nak sama macam ibu katanya. Disebabkan beliau dah memaksa/merengek nak juga cincin, terpaksa ibu dia belikan juga. Eh eh budak ni, kecil-kecil lagi ada hati nak jadi mami jarum ya!

Naurah balik dengan berlagak tunjuk kat aku gelang dan cincin baru dia. Katanya, dia dah kahwin sebab dah ada cincin, aku takda katanya lagi. Ewah.. berani ye budak langkah bendul aku! Beliau begitu teruja dengan cincin kecil beliau tu. Disebabkan cincin besar sedikit, terpaksa pakai di jari tengah walaupun dia marah tak sama dengan ibu dia yang pakai di jari manis. Budak ni betul-betul obses dengan ibu dia. Semua ibu dia buat, pakai dan apa sahajalah mahu ditirunya. Sampai letak cincin dalam pergelangan jam tangan pun dia tiru juga buat kat jam dia lepas tu letak sebelah jam ibu dia. Konon-konon samalah tu. Jeles sungguh aku.

Disebabkan Naurah suka sangat merajuk tanpa sebab kadang-kadang tu, ibu dan ayah dia serta umi telah mengugut untuk ambil balik gelang dan cincin dia kalau merajuk-merajuk lagi. Paling dia terkesan, kalau suka sangat merajuk tak boleh kahwin. Terus berperangai baik sebab takut tak dapat kahwin. Budak ni memang tak sabar betul nak kahwin. Asyik bagitahu dia nak kahwin je. Seram betul lah!

Tapi gelang dan cincin tu tak boleh pakai pergi sekolah lah. Tak sesuai malahan bahaya. Sekarang kena simpan dulu, hari raya nanti baru pakai ye budak!






Kali ni, giliran aku pula berlagak dengan Naurah. Puan mak telah menghadiahkan aku sepasang baju kurung pesak yang sangat traditional. (Traditional atau erti kata lain seperti orang tua-tua dan dahulukala. Mak dan kakak aku selalu cakap yang aku taste seperti orang tua, suka warna yang kelam, tak ceria dan lama-lama punya style. Tak kisah lah, aku tetap suka juga!) Terima kasih mak! Sayang mak sejuta (: Sesungguhnya mak aku sangat memahami, pemilihan warna dan corak yang tepat dengan citarasa aku. Walaupun sekali tengok macam kain pelikat je baju ni, tapi tak kain pelikat pun sebenarnya. Sebenarnya baju ini sangat cantik ya. Hehe! Tak sabar nak tunggu hari raya pula rasanya. Barulah boleh pakai baju baru. Hurreh! Cantik bukan baju ni? Sila kata cantik ya. Ini paksaan!

Mar 6, 2012

Kek ala-ala eskrem



Marilah kita makan eskrem nak? sebab eskrem sangat lazat/enak/sedap/menyelerakan jadi sangat suka eskrem. kali ini menu adalah kek ala-ala eskrem.

Buat kek eskrem ni sangat mudah. tutup mata pun boleh. tipulah tu kan tutup mata pun boleh. meraban nanti nak bubuh bahan-bahan. cet. kek eskrem enak ni nanti boleh lah dijamah di waktu petang hari-panas-panas-tu ataupun masa tengah menonton tv ke bersama keluarga. ataupun, kalau biasanya di hari jadi kita makan kek, apa kata buat kelainan dengan membuat kek eskrem pula. selain nampak up dan menarik, mesti orang yang makan nanti tuduh kita beli eskrem tu di Baskin Robin. chewah!

Barang-barang yang diperlukan pertama ialah biskut untuk base eskrem ni. tak kisahlah nak biskut cap apa, Marie ke Oreo ke, Mcvities ke, terpulang. dalam kes gambar diatas, aku guna oreo sebab adik aku paksa buat oreo. (tapi oreo sangat manis kan!) tumbuk-tumbuk si oreo ni hingga hancur, gaulkan bersama 2 sudu butter yang telah dicairkan dan ratakan di atas dulang. dalam kes diatas, aku lapikkan dengan plastik dahulu di loyang ini supaya mudah nak keluarkan eskrem ni nanti. kemudian, sila gaul dan padatkan hancuran oreo tadi di sekeliling loyang. berkenaan loyang tu, terpulang anda nak pakai loyang apa. nak empat segi, bulat, bujur, love atau apa-apa dulang yang ada di dapur anda lah.

barang kedua ialah eskrem. kedengaran tadi seumpama aku buat eskrem ni sendiri kan? idok le jawapannya yong oii. mana la reti nak buat eskrem sendiri. beli je sudah memadai. jadi untuk kes gambar diatas, aku beli eskrem cap Wall's Paddle Pop. konon-konon warna pelangi kan cantik, jadi pastinya eskrem tu pun nampak nyum-nyum gitu. sila beli satu tupperware eskrem tu tau. nanti biarkan cair sedikit eskrem tu dan selepas itu tuangkan di atas base biskut tadi. kasi sapu rata di semua bahagian. sila ratakan dengan cantik-cantik ok.

barang ketiga yang diperlukan adalah coklat cip/coklat rice/kekacang atau apa-apa lah kegemaran kamu. boleh jadi nak potong kecil-kecil buah-buahan ke, letak biskut love letter ke, letak biskut kecil-kecil yang gambar teddy bear tu ke, sumi ke, terpulang. seperti mana kes di atas, aku letak coklat cip dan juga badam. taburkan dengan suka hatinya di atas eskrem tu. selepas sudah siap menghias, sila simpan eskrem di dalam chiller. untuk mereka yang freezer sekali letak dengan bahan-bahan makan mentah seperti ikan,ayam,daging dan sebagainya, sila tutupkan eskrem dengan plastik agar bau hanyir bahan mentah tu tak terserap dek eskrem ini. jadi kesedapan dan keenakan eskrem paddle pop boleh terus sampai ke tekak anda.

mudah kan? kan kan? selamat membuat dan selamat makan eskrem ya!

Feb 29, 2012

29 Februari 2012

Hari ini 29 Februari 2012. Hari yang muncul sekali dalam 4 tahun.

Semoga kita dapat berjumpa lagi pada 4 tahun akan datang ye 29 Februari! (:

Feb 26, 2012

Cuci Mata

Marilah kita mencuci mata dengan melihat gambar-gambar menarik ini. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Takpalah, tak dapat pergi sendiri pun, tengok gambar, serupa juga dah luas pemandangannya. Ewah!


Ini sebuah masjid. Kot. Sebab nampak pemuda-pemuda pakai kopiah tu.


Sah! Ini adalah sebuah masjid sebab nampak bayya kat tengah-tengah tu seperti duduk tahiyat akhir je tu.


Ce teka ni apa. Ce teka!


Inilah Taj Mahal. Mahal na mahal kita. Eh, tetiba!


Masjid ni.


Ini tiles nak buat meja makan. Abang ipar cakap kalau aku pegang ni gerenti pecah. Hamboi.. kemain lagi si abang ipar ni ek!!


Tak silap ini adalah sebuah istana. Taj = Istana.


Macam kuil je. Tuduh je lah ni kuil.


Yalley... yalley... yalleyy... rumbaaa... ~ ( seram pulak tengok mata akak ni! ).


Kacak bayya ni setelah lilit-lilit kepala cenggitu. Ngeh~


Dah, tamat sudah sesi berjalan-jalan kita. Balik rumah tidur yok! Hehe.

Feb 24, 2012

Kad Kahwin 2

Seperti sebelum ini, entry ini bukanah nak show off kad kahwin aku, tapi kad kahwin orang lain ye. Kebelakangan ini, keluarga kami asyik menerima kad kahwin yang menarik aje. Geram juga tengok. Seolah-olah mereka ni sudah mencuri idea aku pula. Okay, ini gurauan. Hehe.

Kali ini Tuan Ayah yang teruja dengan kad kahwin ni. Beliau suruh tengok. Berkenan katanya. Kita pun berkenan lah ayah! Sungguh comel dan klasik. Sesuai sangat lah dengan jiwa tua aku ni. Cet.

Okay, bersedia ye tengok kad kahwin yang comel ni.

Jeng.. jeng.. jeng.. !


Comel bukan? kan? kan?

Itulah, memang kawasan kejiranan aku ni suka bagi kad yang molek-molek. Itu hari kad sekolah, ini surat, lepas ni kad gigi agaknya! Jom kita tengok lagi rupa kad kahwin ni apabila dibuka.



Lagi ada apa ye?



Oh, siap disertakan dengan peta negeri. Ini sungguh menakjubkan! Dekat peta negeri tu juga diletakkan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Disebabkan perantin ni orang Selangor, jadi tempat-tempat menarik di sekitar Selangor lah yang ditunjukkan. Kalau lah perantin tu dari Amerika, agaknya kena guna kertas A3 nak cetak peta negara Amerika. Amerika kan besar. Haihh.

Tu je setakat ni. Nanti aku dapat kad kahwin yang menarik lagi nanti boleh kasi tayang.

Nota: Aku ingat nak buat kad kahwin berbentuk poskad lah. Sila jangan tiru!

Feb 8, 2012

Kepala periuk pecah



Hmm.. ini bukan suatu topik yang baik untuk diceritakan. Tapi takpa, aku ceritakan juga sebab cerita ni melibatkan aku. Ya, sebab aku lah yang memecahkan kepala periuk puan emak tanpa sengaja. Diulangi tanpa sengaja ye.

Kejadian berlaku pada hari Isnin, iaitu kelmarin. Sampai sekarang aku tak beritahu emak aku lagi sebab.. sebab.. takut! Mesti mak aku akan mengamuk dan apabila beliau mengamuk, keadaan itu sangat dasyat. Sebab pertama dia akan mengamuk ialah itu adalah periuk kesayangan beliau. Periuk tanah liat yang sedap memasak dalam dia. Kedua sebab aku tak berhati-hati dan aku lah yang suka merosakan segala barang dia dalam rumah ni. Okay, yang ni aku cerita lebih lanjut dalam perenggan baru.

Dalam rumah ni, aku yang suka ranapkan segala barang-barang mak aku. Seperti kebiasaannya, aku tak sengaja. Ya, tangan aku selalu tak hati-hati, selalu shaking tak tentu fasal dan akibatnya, segala barang yang aku pegang/guna pada waktu itu akan ditimpa berbagai perkara. Seperti sebelum ni yang pernah diceritakan, aku dah bakarkan kain baju kurung mak aku. Ha.. yang ini aku betul-betul tak salah tau. Kain tu yang super sensitif. Baru letak no.2 dah terbakar. Kain tu licin sangat. Aku masih ingat lagi kejadian tu dan akibat yang aku dapat setelah mengaku. Baru-baru ni mak aku ada tunjukkan kain tersebut yang dah ditampal (dijahit semula) untuk cover kesan terbakar tu. Mak aku punya ayat lebih kurang macam ini, "Inilah kain yang kau dah bakarkan itu hari. Kesian mak kena pakai baju compang camping sebab anak dah bakarkan baju mak dia". Mak, minta maaf tau! Memang orang tak sengaja. Takan lah seorang anak dengan riang hati nak bakarkan baju mak dia masa menggosok kan. Kedua, sudah lah aku bakarkan kain mak aku, aku pecahkan iron pulak. Haishhh!! (tengah menampar diri). Yang ini pun aku rasa aku tak salah juga sebab.. sebab.. iron board tu yang ringan, habis terjatuh iron tu dan terus sumbing! Time ni memang takut sebab bunyi dentuman iron jatuh tu sungguh kuat, aku tak kisah lagi kalau iron tu pecah tapi aku lebih risau kalau tiles yang pecah. Nasib baik tak. Fuhh! Perkara tu dah terjadi lama tapi mak aku baru perasan baru-baru ni sebab dia pergi iron baju kat atas. Semua kejadian nak berlaku bertimpa-timpa pula. Mak aku cakap " Mak iron tadi kat atas, tengok iron tu dah pecah ye. Siapa punya kerja tu?". Aku dengan nada paling slow, "orang buat..". Mak aku, " kau lagi?! Apa lagi yang kau dah buat?? ". Aku, " mana ada lagi tu ajelah. Ter la mak. Ter.. Iron board tu ringan sangat. Tergolek iron tu jatuh. Nasib baik iron tu yang pecah sikit dari kena kaki orang kalau tak terbakar terus. ". Mak aku " kalau tak hati-hati tulah yang jadi. Kau ni buat kerja boleh tak hati-hati lebihhh sikit..bla..bla.." . Nasib baik kakak aku tolong aku dengan mengiyakan yang iron board tu ringan dan menyusahkan. Itu sebab iron tak stabil letak atas dia. Terima kasih kakak! Lagi-lagi kejadian, aku juga ada pecahkan tutup kaca mangkuk Pherex (tak reti eja) beliau. Sepatut penutup tu ada dua tapi sekarang tinggal satu walaupun ada dua mangkuk, mereka terpaksa berebut penutup. Haha! Setiap kali mak aku pegang mangkuk tu setiap kali tu jugalah dia ingatkan semua orang yang ada kat dapur masa itu yang aku lah pecahkan penutup tu. Tak perlu kot mak! Waa..!! Selain suka pecahkan penutup mangkuk dan periuk, aku juga pecahkan penimbang tepung mak aku. Tapi kisah pecahkan ni masa aku sekolah rendah la. Kes ni pun beliau akan ungkit setiap kali beliau nak buat kuih masa nak menimbang tepung. Walaupun dah ada mesin penimbang teknologi, mak aku ni nak juga buka cerita yang penimbang dia jahanam sebab aku buat. " Kau ingat tak yang kau pecahkan mak punya penimbang kaler oren tu? Hobi kau pecahkan barang kan? ". Mak aku cakap tu sambil senyum-senyum. Tak pasti pula aku tu senyum kambing, senyum sinis atau senyum simpul. (: <-- senyum macam ni lah.

Berbalik kepada kisah penutup periuk tanah liat tu, kejadian berlaku semasa aku nak panaskan lauk. Dalam periuk tu masak masak lemak cili api. Jadi aku nak panaskan lah lauk tu masa nak makan dengan kakak aku sebab mak aku tidur (nasib baik dia tidur masa ni). Masa aku buka periuk dan nak letak ke bawah, aku terlepas tanpa sengaja dan praapp.. pecah.. ! Dia terbelah dua bahagian tepi tu. Aku terus mengigil takut. " Kak.. nak buat macam mana ni??! " Kakak aku, " Takpa, makan dulu. Dah makan nanti baru fikir ". Aku pun terus makan walaupun hati tak senang, tahap kelaparan lebih menguasai keadaan masa itu. Sambil makan tu termenangis la juga akibat takut kalau mak aku tau. Aku juga fikirkan ayat-ayat yang patut aku cakap kat mak aku masa aku nak buat pengakuan nanti. Jadi, aku pun suruh kakak atau adik aku mengaku sebab mereka anak emas tapi sorang pun tanak tolong mengaku sebab kata diorang tak dapat habuan apa pun. Kejam kot!! Dapat pahala apa kalau membantu orang yang terdesak seperti aku ni. Aku memang anak buluh betunggg..!! :,(

Kakak aku bagi cadangan supaya gamkan aje periuk tu. Aku pun paksa adik aku pergi beli gam dekat kedai sekarang tu juga. Aku tak kira, kena gamkan kepala periuk tu sebelum mak aku bangun tidur. Sementara adik aku pergi beli gam aku pun berkira-kira dengan kakak aku apa lah nasib aku kalau mak aku tau aku lah pecahkan periuk tu. Aku rasa macam nak lari pergi mana-mana je sebab takut. Takpun aku tuduh je abang ipar yang buat. Mesti mak aku tak marah. Tapi tak logik pula sebab abang ipar balik kampung dia hantar opah. Arghh.. kusut! Dan dengan kadar kelajuan Yaya Boboiboy, adik aku pun balik bawa gam cap UHU. Okay, aku pun gamkan dengan penuh hati-hati. Nampaknya ia mau melekat tapi rupa dia comot sikit dan obvious lakaran pecah tu. Itu je aku mampu buat. Bak kata kakak aku, baik bagitahu mak aku lepas dah lekatkan kepala periuk tu. Sekurang-kurangnya tahap kemarahan puan emak berkurang 40%. Yelah, aku cuba.

Setelah berjaya lekatkan, aku rasa ada sedikit kelegaan. Tapi sikit je lah sebab ianya lebih molek dari tadi yang terbelah dua. Kakak dan adik aku membantu, tapi lebih banyak membantu menakutkan dan menggelakkan aku. Mereka cakap aku kalut dan kabut sangat dan sepatutnya aku chill je. Chill apa kejadahnya time-time macam ni! Aku yang pecahkan haruslah aku paling takut sekali kan. Tengah aku basuh pinggan sambil sedih-sedih tu, tiba-tiba dengar bunyi selipar mak aku. Bunyi selipar ni menunjukkan yang mak aku tengah datang ke arah dapur lah. Bunyi selipar ni memang kami kenal sangat dan aku yakin mak aku dah bangun tidur dan terus pergi ke dapur untuk spotcek kot. Kakak aku pula dah bisik-bisik dari meja makan sambil buat gaya ' mak datang.. mak datang..! ' kat aku. Aku pun kabut tak tau nak buat apa dan menyorok kat tepi peti ais. Bila aku fikirkan balik, aku pun tak pasti kenapa aku perlu menyorok dekat peti ais. Sebab orang yang bersembunyi ni nampak sangat dia yang bersalah. Tapi memang betul aku yang bersalah kan. Aku pun intai sikit dari tepi sebab keadaan macam sepi je takda bunyi jadi aku musykil sebab kalau mak aku datang dapur mesti dia menyapa siapa-siapa yang ada kat dapur masa tu. Rupanya bila aku intip nampak kakak sedang gelak golek-golek dengan adik aku sebab rupanya adik aku yang pakai selipar mak aku tu untuk menakutkan aku lah kononya!! Hantu punya budakkk....!!!! Aku kat tepi tu dah geletar kepala lutut kot! Tak kelakar la buat macam tu masa keadaan tertekan ni. Aku pun dengan tak semena-mena terus bergolek kat lantai dan menangis. Aku pun tak faham kenapa nak menangis. Mungkin sebab aku betul-betul takut agaknya. Aku memang rasa nak angkat peti ais dan hempaskan kat adik aku je masa tu! Tak guna punya budak! Berani main-mainkan aku ye!

Diorang gelak-gelak dan aku sikit pun tak pandang sebab aku naik hangin, naik hantu, naik tocang,naik sheh, naik minyak dan semua naik la!! Orang tengah gundah gulana berani-berani bergurau dengan cara macam tu. Ingat sweet ke? Iskk! Akhirnya tuan punya selipar betul-betul datang. Semua orang tergamam. Aku paling tergamam sekali dan terus lari naik bilik. Takutt.. ! Aku dengar dari bilik dia orang ceria-ceria je borak. Mak aku tak perasaan kepala periuk tu sebab aku dah letak bahagian yang nampak retak tu kat belah yang kurang pencahayaan. Seperti kata kakak aku yang melegakan, " Gam je wei takpa. Periuk ni hitam, mak kan rabun jadi mak tak nampak! ". Ya juga. Mak aku rabun sebab tu sampai sekarang dia tak nampak kesan pecah tu. Ataupun dia dah perasan tapi dia tak tergerak hati nak bertanya ke. Hmm, entah la. Aku memang bersalah ni kat mak aku sebab dah masuk hari ke3 tapi aku tak bagitahu beliau lagi perihal penutup periuk. Nasib baik hari ni tak masak dalam periuk tu jadi aku rasa tak perlu la aku mengaku sekarang. Bila masa gunakan periuk tu nanti baru mengaku kot. Aku pun dah reka dialog masa hari pengakuan nanti. Harapan aku sekarang semoga mak aku tak marah, lembut hati dan senyuummm je masa aku mengaku nanti. (Tinggi kan cita-cita aku?). Aku ingat nanti nak bagi mak aku hadis yang anak buah aku selalu sebut bila ibu dia marah dia lah, " Jangan kamu marah bagi kamu syurga.. ". Mesti mak aku tak jadi marah dan terus bertambah-tambah sayang kat aku. Hikhikhik!

Nota: Sikit je kan pecah tu? Kan? Kan? Kan?

Feb 7, 2012

Kembar 3



Semalam, aku, kakak dan anak buah telah pergi ke Mekdi. Kesian Naurah cuti sekolah tak pergi mana pun, duduk rumah Atok je, takpun pergi rumah jiran sebelah ( Cik Pidah). Boring je budak tu. Pergi Mekdi pun jadi la kan.

Semalam juga aku telah tambah lagi permainan anak patung dia. Minggu ni beli Happy Meals dapat anak patung Alice in Wonderland. Anak buah dah ada 2 ekor, jadi aku dah tambah kan lagi sekor jadi dia ada 3 anak kembar! Hurreh !!

Naurah kata kat ibu dia 'ibu, muka dia 3 semua sama ibu'. Naurah teruja dengan 3 anak patung sama dia. Kemain suka dia. Kelakar kot dia rasa sebab ada 3 anak patung yang muka sama. Aku menyibuk dengan mengatakan mereka kembar tu sebab muka sama. Beliau terus tuduh yang dia sendiri adalah ibu kepada anak-anak kembar dia tu. Suka hati kau lah budak! Dia tanya aku lagi apa nama anak-anak kembar dia. Dia yang jadi ibu lepas tu suruh aku bagi nama pulak eh. Takpa, aku dah bagi nama anak-anak dia tu. Nama mereka Doralina, Doraliza dan Dorayaki. Comel kan nama-nama tu (:

Nota: Doralina, Doraliza, Dorayaki. Tepi kanan sekali tu Naurah sebab tu Puteli yang dah besar macam dia, katanya. Sekarang ni anak-anak patung tidur mata tutup. Kalau berdiri kan mata semua tu celik. Seram je.

Feb 2, 2012

Saya nak jadi penulis!!

Nekad - aku ingin jadi penulis. Eh, bukankah sekarang ni pun dah di kira menulis? Ya.. betul. Tapi aku nak jadi penulis, yang betul-betul penulis. Jadi, tolong jangan gelak kan aku.

Selamat menulis, penulis. Go go!

Jan 24, 2012

Cameron Highlands


Ini ladang teh tau.

Sabtu lepas (21/01/2012) aku dan rakan-rakan telah pergi ke Cameron Highlands. Padan muka kami sebab tersekat jem selama 8 jam sebelum sampai di sana. Argh. Pandang kiri kanan kereta sama je kat sebelah. Rasa macam nak buka tingkap borak-borak dengan kereta sebelah je. Takpalah, pengalaman ni. Sekurang-kurangnya setiap kali raya cina akan ingat peristiwa berdarah ni.

Kami sampai malam. Dah la malam, hujan pula tu. Sejukkkkkk~~ Kesejukan sampai rasa nak baling diri dalam unggun api je. Tapi tempat penginapan kami takda unggun api. Kaki walaupun pakai stokin tapi bila berjalan kat lantai tu macam pijak ais je rasa. Mungkin sebab hujan maka suhu bertambah-tambah sejuk. Kalau tak hujan takdalah rasa amat sejuk macam tu kot. Bila ke pasar malam terasa bahagia bila berdiri depan orang kipas jagung bakar. Panas la sikit. Eh, sedapnya makan jagung bakar butter lebih !! Yummeh yummeh yummeh!

Esoknya kami telah ke ladang teh dan kebun bunga walaupun aku tak suka bunga. Aku ada ambil 2 keping gambar bunga yang terpilih. Oh ya, selain jagung bakar yang enak, brokoli goreng pun enak juga. Strawberry salut coklat memang lazat dan pastinya yang paling sedap sekali ialah aiskrim strawberry!!



Warna bunga ni nampak manis jadi aku suka.







Eh, ini bunga ke? Ini macam loceng je bentuk dia. Aku pun tak pasti ni apa.



Suka tengok bunga ni. Dia kecil tapi nampak kuat. Walaupun dia tak besar dan gah macam bunga-bunga yang lain, dia akan tolong cantikkan bunga yang lain bila letak bunga ni dengan bunga besar yang lain. Rasanya bunga ni suka menolong bunga yang lain lah. Eh, apa aku merepek ni. Apa-apalah.




Nota: Tak ambil gambar banyak sebab konon-konon nak menghayati keindahan alam lah. Konon.

Jan 14, 2012

Ha Wau Ha Wau



Ini adalah 2 helai tiset kool. Ada warna putih dan hitam. Katanya yang hitam tu salah buat. Apa yang salahnya pun tak tahulah. Menarik je. Terima kasih!









Sebenarnya part yang paling kool dekat tiset ni adalah tulisan jawi berkenaan. Ha wau ha wau, HUHU maksudnya. Maksudnya ini adalah tiset kumpulan. Hurreh!











Ingatkan tiset ni ada tulisan ha wau ha wau je rupanya disertakan sekali dengan gambar akak ni. Akak pun akaklah. Layankan aje.





Siapa-siapa nak tiset wajah sendiri angkat tangan!

Jan 13, 2012

Buku Baru



Hari yang ke 13 dalam bulan pertama di tahun baru. Rasanya sempat lagi aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kamu. Ya, kamulah yang sedang membaca ini! Semoga tahun ni lebih membawa makna, lebih produktif, lebih bersemangat, lebih kuat, lebih hangat dari biasa dan lebih segala-galanya dari tahun lepas. Eceh! :D

Topik pada pagi ini ialah tentang buku baru. Sebenarnya buku ni taklah berapa baru, cuma lambat dihebahkan menjadi entry je. Apa-pun aku dah khatam buku ni. Buku yang sangat menarik! Terima kasih sejuta kepada sahabat Seroja dan Lala kerana membelikan buku ni. Bertuah ada kawan yang pergi bercuti ni, bila pergi tak lupa belikan hadiah. Ewah! Mari selidik sikit tentang buku ni.

Puisi Perempuan
Perempuan Puisi


Tajuk pun dah kool kan? Apatah lagi baca dalam dia, lagi kool. Haha. Sebenarnya banyak je perkataan jawa yang digunakan dan pastinya aku memang aku tak faham. Sebab buku ni dari Jogjakarta,Indonesia jadi bahasa yang digunakan sudah pastilah bahasa Indonesia. Aku juga amat malas nak google mencari maksud sebenar. Aku cuma faham sendiri je dan kaitakan dengan situasi ayat. Rasanya maksud yang disampaikan aku boleh agak. Agaknya lah.

Menarik tentang buku Jurnal Sajak ini ialah segala sajak dan puisi dari pemuisi-pemuisi perempuan. Seperti yang tertera di muka hadapan, Puisi perempuan Perempuan puisi makanya karya-karya dari golongan wanita. Hebat! Pemuisi dari negara barat dan juga dari Indonesia sendiri. Ada yang aku tahu pemuisi tersebut dan banyak juga aku tak tahu. Takpa, dengan bantuan buku ni, aku telah mengenalpasti beberapa nama pemuisi.

Puisi yang disajikan juga sangat apa ya, sangat realistik. Maksudnya, penggunaan ayat yang digunakan begitu dekat-perkataan sehari-harian. Penceritaan dalam puisi dan sajak sangat dekat dengan diri kita sendiri. Ya, yang ini aku pasti. Kerana segala yang kita buat sebenarnya, apabila diterjemahkan melalui kata-kata akan membentuk satu penceritaan yang menarik. Struktur ayat yang digunakan membuatkan aku berfikir yang luasnya maksud puisi dan sajak itu sendiri. Sebab boleh jadi ayat yang kita bina boleh menjadi maksud yang mudah difahami tanpa perlu kata apa-apa. Argh, aku semakin keliru dengan struktur ayat sendiri ni. Hehe.

Mungkin bagi sesetengah orang buku macam ni sangatlah membosakan. Ya, aku boleh faham sebab aku sudah jumpa dengan golongan tersebut. Contoh paling baik adalah aku. Dalam rumah ni aku je yang suka buku begini, orang lain semua tak ambil peduli. Oh, aku dan orang lain memang tak sama! Sudah pasti dalam kehidupan ini, apa yang kita suka tak semestinya orang lain suka. Apa yang orang lain tak suka mungkin boleh jadi kesukaan bagi kita. Hidup ni kelakar kan? (:

Disudut kiri bawah buku tertera 'Nomor 1 Tahun 2011'. Maksudnya buku ni best-seller la ni tahun lepas. Bertuah la aku sebab dah dapatkan buku ni. Yeay!

p/s: Teringin juga jadi si pemuisi seperti akak-akak ni semua. Suka betul berangan aku ni.