Jan 26, 2010

Sepetang berhujan


Hujan - ada yang lebat, ada yang renyai, ada juga yang datang dengan guruh dan kilat sekali

Sewaktu kecil, aku disogokkan dengan cerita kononnya hujan terjadi disebabkan awan menangis lalu tertumpahlah hujan. tidak pula aku bertanya lanjut mengapa awan menangis. bagi kanak-kanak sebesar aku ketika itu, jawapan yang diberikan sudah cukup memuaskan hati.

tapi biarlah aku tetap berfikir sebegitu walaupun sudah besar seperti sekarang ini


Ada yang suka kehadirannya, tidak kurang pula yang kurang senang dengan kehadirannya. mungkin ya, tapi hanya pada awalnya tetapi ada nikmat menanti dipenghujungnya
alasan yang selalu diberikan seperti tidak membawa payung ketika hujan, leceh, kerja terbantut dan sebagainya. terlalu banyak sangat complaint selagi mereka yang bergelar manusia yang tidak pernah kenal erti berpuas hati.

Cuba perhatikan, hujan sebenarnya memberi banyak ruang dan peluang untuk kita untuk banyak perkara. Ruang untuk kita mencipta alasan untuk bermalas-malasan (betul bukan?) dan juga peluang seperti melihat pelangi selepas hujan. itupun jika kita bernasib baik lah
Muthu Jual Kacang Hijau Balik India Utara
m-merah, j-jingga, k-kuning, h-hijau, b-biru, i-indigo, u-ungu adalah turutan warna pelangi yang aku pelajari sewaktu sekolah rendah dan tetap diingat sehingga ke hari ini. terima kasih cikgu! selepas ni rakan-rakan, sila warnakan pelangi mengikut urutan ya! :D

-sambung balik-

jika kita benci pada hujan yang turun pada waktu yang bukan kita harapkan, ketahuilah oleh kau bahawa berapa banyak pula mereka-mereka yang mengharapkan hujan di tanah mereka.
air yang mereka sangat dambakan,
tekak sangat dahaga,
air untuk tanaman,
untuk binatang peliharaan,
untuk pengairan,
untuk kumbahan
dan banyak lagi yang kau pun tahu. jadi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. kerana mereka-mereka itu sangat mencemburui apa yang kita ada

nota kaki: Gambar yang dilampirkan bukanlah ditangkap ketika hujan. tetapi adalah gambar sebuah jambatan yang sangat penting dimana menghubungkan dua tempat yang digunakan oleh jutaan manusia pada saban hari.

Jan 24, 2010

barang baru


Baru-baru ni aku telah ke plaza Low Yat untuk mendapatkan beberapa barang yang aku inginkan. Barang-barang yang terlibat adalah seperti web cam dan mp3 - ini adalah barang target.

biarlah sekarang zaman ipod ataupun apa-apa yang aku pun tak tahu nak menyebutnya apatah lagi menulisnya, biarlah aku mendapatkan mp3 yang bagi aku dh cukup hebat la ni. cari punya cari akhirnya berjumpa dengan sebuah stall yang menjual mp3 yang didambakan. dengan sokongan seorang rakan yang bagi aku tidak syak lagi untuk ke tempat sebegini di lain masa iaitu Salu, aku pun beli. yahuuu~ aku menjerit di dalam hati pada masa tu sebab dah dapat apa yang dihajati. kang jerit kuat-kuat dikhuatiri dikatakan cuba mendapatkan perhatian pula di tempat awam. aku sebenarnya dah teruja dengan barang ni. tak sabar rasanya nak masuk kan lagu dan mendengar mp3 ni. yelah, aku memang si pengguna kenderaan awam. dari aku dengar perbualan orang lain baik aku dengar lagu-lagu. ewah! wah,ni baru mp3 aku dah teruja,kalau ipod atau apa-apa yang canggih lagi, mesti aku dah pengsan keterujaan! maklumlah, aku sangat tertinggal dalam dunia IT ni. aku memang tak tahu gadget ni semua. hanya mendapatkan info melalui mendengar perbualan orang lain ataupun membaca melalui majalah atau surat khabar saja. tak sangka walaupun dah zaman 2010 ni, orang macam aku iaitu aku ni masih wujud. aku masih lagi ditakuk lama. aku akan pertingkatkan ilmu pada masa-masa akan datang (terus buat azam baru) :D

oh ya, web cam pun dapat juga. rasa tak sabar nak pasang dan menggunakannya. tapi aku tetap bersabar masa tu. takut dikatakan gapah pula. aku cuba buat-buat cool walaupun aku memang tak cool orangnya kerana aku hampir jatuh memegang papan iklan yang disangkakan berat,rupanya sungguh ringan. apabila aku meletakkan beban tangan ke papan iklan tersebut, papan iklan sudah bergoyang dan nak jatuh. nasib baik aku dapat kawal mengimbang badan pada saat-saat genting itu. memang nasib baik. aku tak pasti sama ada ada orang yang lain ternampak aksi kelam-kabut itu, kalau nampak pun aku peduli apa. aku tak berjumpa pun dengan mereka selepas ni. (sebenarnya malu pada waktu kejadian). ='(

selepas tamat sesi membeli-belah, kami pun pulang. aku turun di tengah jalan untuk menyeberang ke monorail (waktu ni jalan jem).
aku pun dengan gapahnya turun dari kereta. yelah,kereta belakang seolah-olah mendesak ingin cepat. aku bajet sume barang-barang aku dah bawa sama. bila je pintu kereta ditutup aku terus lari ke seberang jalan. aku kena cepat. motor lalu tanpa diduga. tiba-tiba Salu bunyikan hon. Pin..Pinn~ Pin!! aku pun pandang dan babai kepada Salu, rupanya salah. Salu menunjukkan barang-barang yang aku beli tadi tertinggal dalam keretanya. apa maksud semua ni???! nak kejar Salu pula dah meneruskan perjalanan kehadapan. lampu isyarat pula dah hijau. memang menguji! aku tak tahu nak buat apa tapi babai je Salu ni. iskkk.. iskk.. ini adalah kali kedua aku tertinggal barang macam ni. kali pertama lagi sadis. kejadian berlaku di komuter. aku berlari dan lompat ke dalam tren. pintu dah berbunyi-bunyi dan tutup. Salu pula ketuk-ketuk pintu tren tunjukkan barang aku yang tertinggal dekat dia. ini cerita hindustan ke?? adoi ai! ini salah siapa sebenarnya? kalau lain kali jadi macam ni, kali ketiga begini, aku akan ikat je barang-barang yang dibeli di baju supaya tak ada tertinggal-tinggal lagi. chait!

tapi yang pasti aku dah dapat balik semua barang-barang ni. yeehhaa!!~. tiada siapa yang dapat memisahkan kami lagi. (over pulak). walaupun kejadian ni pada awalnya agak sedih, tapi bila duduk dan direnung-renungkan tu, kelakar la pulak! sekurang-kurangnya ada benda nak digelakkan time-time boring macam ni. lagian,boleh dijadikan bahan untuk ditulis disini. (=

nota kaki: Gambar yang disertakan adalah contoh mereka yang mangsa teknologi. headphone ni adalah top-10 hot gadjet untuk tahun 2009. nak!

Jan 12, 2010

KAKI



huh..
dari muda sampai ke tua
penat berjalan-jalan disana sini
penat mencari yang tak juga ditemui
penat melangkah mencari-cari
cari :
kadang-kadang ada
kadang-kadang tak ada
penat lagi..

kalau tapak kaki ini boleh bercakap
pasti aku sudah pengsan
sebab kaki akan cakap yang dia SUDAH PENAT
membawa berat beban tuan dia
yang sedikit pun tak peduli dengan keadaan kaki
yang jauh dihujung terletak
dibawah menjejak bumi

tapak yang tak haus pada dasarnya
yang tak terkikis pada zahirnya
tapi membengkak di dalamnya
tapi mengikis dalam-dalam kedasarnya
kerana jalan-jalan yang telah dilalui
tak pasti sama ada
betul atau salah
kerana kaki tidak bersandar pada dirinya
untuk membuat keputusan
akan tetapi kaki yang paling merasa akibatnya
kerana kaki yang memikul beban itu

Dec 8, 2009

jawab sendiri


kalau orang lain benci kat kau?
tak apa sebab aku tetap suka kat kau.
kalau orang lain rasa kau ni melecehkan?
aku rasa aku senang dengan kau.
kalau orang lain rasa sedih disebabkan kau?
tak apa sebab aku rasa kau buat benda yang betul.
kalau orang lain tak nak bersama kau?
aku ada untuk temankan kau.
kalau orang lain benci kewujudan kau?
kata kat mereka kau adalah juara.
kalau orang lain rasa kau menjengkelkan?
biarlah sebab itu memang sikap kau.
kalau orang lain rasa kau penyebab semuanya?
kata kat mereka bila semua ni bermula.
kalau orang lain rasa kau adalah penamat semuanya?
kau boleh kata dengan bangganya kau buat sesuatu yang bagus.
kalau orang lain betul-betul sakit disebabkan kau?
maksudnya kau sudah bagi pengajaran kat mereka.
kalau semuanya tak henti-henti?
kau kena datang dengan konklusi.
kalau orang lain tak berharap kat kau lagi?
aku ada untuk berharap bersama kau.
kalau orang lain tak perasan dengan adanya kau?
tak apa sebab aku rasa yang kau ada.
kalau orang lain tanya siapa kau sebenarnya?
aku suruh mereka fikir sendiri - sebab aku pun dah pening ni.. hehe :P

Nov 17, 2009

play-pause-back-play


kalau la hidup ni boleh play-pause-play-back-play balik
kan senang. MEMANG SENANG!
hidup pastinya jadi lebih menarik,
gempak,
teruja,
ceria,
bewarna-warni,
bergelak ketawa,
hati senang,
mudah,
jiwa yang tenang,
jadi lebih ringan tulang,
mesra (=

jadi tak akan ada hari-hari yang boleh membuatkan antara kita
menangis,
benci,
marah,
meluat,
sakit hati,
takut,
resah,
pendam rasa,
menggigil,
terketar-ketar/shaking

mana mungkin. kita mana mungkin dapat semua-semua yang diinginkan.
mana ada perkara yang semudah macam tu,
kalau ada aku pun nak!
kalau ada yang indah-indah tu semua dalam drama korea aje.. hahaha (=

tapi sebenarnya hidup ini sangat hebat. sukati la kita nak jadi macam manapun.
hidup kau,kau lukis la macam mana pun kau suka.
sebab tu kita kena hargai
masa-masa hidup kita. (pandai pulak aku bagi ucapan ni :p)
setiap antara kita ada cerita yang lain-lain.
jadi ada beragam-ragam dan macam-macam perkara. tu sebab Tuhan jadikan kita manusia,
untuk saling kenal-kenal,berkawan-kawan dan berkongsi pengalaman.

macam tu juga rasanya antara aku dan kau.. hehe :p

Nov 12, 2009

tujuan yang TAK pasti


Khamis:11/12/2009 Hmm.. macam mana nak mulakan ni? tak mampu nak menaburkan kata-kata. tapi nak taip juga. Begini, biar aku jelaskan satu persatu. Aku dalam percubaan membuat blog. sebabnya hanya satu, orang lain ada,aku pun nak. apa la aku ni, sudah menjadi mangsa dalam permainan ni. tujuan aku juga adalah untuk meluahkan rasa. blog ni tiada apa-apa tujuan/goal. lebih kepada penulisan tentang sendiri, aku yang merepek-repek ingin menaip entah apa-apa yang aku lihat,nampak,rasai,alami,ingati dan keinginan itu sendiri. Biar aku tambah lagi, kan aku dah cakap. aku nak taip apa-apa aja. :D semalam aku keluar bersama 2 orang rakan yang lain. aku diajak untuk mencuba makan sushi. kami ke sushi king. aku memang teruja dengan makanan ni sebab aku suka tengok cerita-cerita jepun . tapi untuk makan sushi, aku tak pasti. aku cakap kat mereka. kami masuk, lalu duduk. aku teruja nak ambil hidangan pinggan-pinggan yang comel di atas benda yang bergerak-gerak tu. maaf, pemberitahuan:ini adalah PERTAMA KALI aku ke restoran sedemikian. memang jakun. aku dengan yakin order tamago,nasi kepal yang ada telur dadar atas dia . aku tak boleh ambil sendiri sebab tamago tak ada atas benda yang bergera-gerak tu. bila dah sampai aku makan la, iskk.. memang tak syak lagi aku tak boleh makan. aku disuruh cicah dengan wasabi. sejenis makanan yang pedas digaulkan bersama shoyu iaitu kicap. rasa dia bukan pedas bagi aku tapi pelik. macam rasa daun pudina pun ada jugak, entah, aku sendiri pun tak berapa nak pasti rasa apa tu. maaf la semua pelakon jepun yang aku minati:aku boleh kawin dengan kamu tapi kamu sudi tak makan gulai nangka? sebab aku tak boleh makan makanan kamu. tapi aku akan cuba lagi makan makanan mereka. alah bisa tegal biasa. aku memang akan ingat sampai bila-bila. akhirnya aku pulang dengan kelaparan. aku memang dirundung nasib yang tak berapa nak menggembirakan semalam. aku nak makan nasi bersama sambal ayam masakan ibunda tercinta. alangkah sedihnya, aku tengok di dapur sambal ayam dah habis. kecewa memang kecewa. baik aku menghayati makan tamago patutnya tadi. jangan menyesal atas perbuatan sendiri



Nov 11, 2009

kertas kosong

huyoo! adakah ini benar - benar dah jadi blog? *wink