Oct 14, 2013
Lumba Motor
Semalam yang hangat.
Ya, panas sangat sebab aku ke Litar Sepang tgk MotoGP. Tuan suami kata ini adalah acara tahunan. Aku dah pergi dari hari Sabtu tapi sampai dah pukul 3pm lebih akibat baru pulang dari kerja. Din cakap hari Sabtu lambat tak apa, kalau Ahad yang lambat tu dia akan tinggalkan aku je kat rumah. Uwaakk..!
Kat sana semalam tak hujan pulak, panas. Aku dah bawa baju hujan sebagai langkah berjaga-jaga. Warna pink aku punya, Din warna hijau. Macam tahun lepas hujan. Dah lah masa tu di alam pertunangan, kuyup juga lah baju aku masa tu walaupun berpayung. Yelah, takan aku nak peluk peluk pula ketika itu, rapat rapat jalan kan.. haram! huhu. Kalau sekarang ni tak apa lah, agak agak malas jalan kaki tu suruh Din dukungkan aje..kikiki...
Semalam yang menang motor color Oren. Aku sebarnya bukan lah kenal pun. Tau nama je lah sebab pernah tengok dalam tv dan keluar paper riders tu semua. Tapi aku kenal Valentino Rossi.. haaa.. minat tu! Dia seperti seorang abang yang sempoi! Niat semalam juga nak jerit jerit sokong Zulfahmi tapi apakah daya beliau tak beraksi berikutan kecederaan yang dialami. Takpe dik.. rehat elok2 ye, awak ada banyak masa lagi (:
Walaupun tak dapat jerit jerit sokong Zulfahmi, aku dah jerit jerit lambai tangan siap kat Hafizh Syahrin.. beliau kelihatan kacak semasa menunggang motor! (walhal tak nampak muka pun). Apa apa pun, hujung minggu aku menarik. Keluar dari awal pagi balik malam. Sampai mak aku cakap malam minggu tu.. 'ingat dah sesat jalan nak balik rumah dah'.. pandai mak bergurau ya!
Semalam aku ada tangkap gambar motor pelik wooo.. mmg pelik motor tu! Macam nak terbang penunggang tu! Kami jumpa dia di jalanan. Kami syak dia baru balik tengok MotoGP juga.. kelihatan abang penunggang tu macam saintis lah sebab reka motor yang pelik. Mungkin dia jumpa Rossi kot kat Sepang tanya pendapat tentang motor dia tu.. Haha.. Nantilah, kalau ada kesempatan, aku letak gambar motor pelik tu ya!
Bye-bye. Esok Raya Aidil Adha.. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Balik keja ni nak kemas kemas, malam ni nak balik Muar. Selamat bercuti! (:
Subscribe to:
Posts (Atom)