Oct 14, 2013

Lumba Motor

Semalam yang hangat. Ya, panas sangat sebab aku ke Litar Sepang tgk MotoGP. Tuan suami kata ini adalah acara tahunan. Aku dah pergi dari hari Sabtu tapi sampai dah pukul 3pm lebih akibat baru pulang dari kerja. Din cakap hari Sabtu lambat tak apa, kalau Ahad yang lambat tu dia akan tinggalkan aku je kat rumah. Uwaakk..! Kat sana semalam tak hujan pulak, panas. Aku dah bawa baju hujan sebagai langkah berjaga-jaga. Warna pink aku punya, Din warna hijau. Macam tahun lepas hujan. Dah lah masa tu di alam pertunangan, kuyup juga lah baju aku masa tu walaupun berpayung. Yelah, takan aku nak peluk peluk pula ketika itu, rapat rapat jalan kan.. haram! huhu. Kalau sekarang ni tak apa lah, agak agak malas jalan kaki tu suruh Din dukungkan aje..kikiki... Semalam yang menang motor color Oren. Aku sebarnya bukan lah kenal pun. Tau nama je lah sebab pernah tengok dalam tv dan keluar paper riders tu semua. Tapi aku kenal Valentino Rossi.. haaa.. minat tu! Dia seperti seorang abang yang sempoi! Niat semalam juga nak jerit jerit sokong Zulfahmi tapi apakah daya beliau tak beraksi berikutan kecederaan yang dialami. Takpe dik.. rehat elok2 ye, awak ada banyak masa lagi (: Walaupun tak dapat jerit jerit sokong Zulfahmi, aku dah jerit jerit lambai tangan siap kat Hafizh Syahrin.. beliau kelihatan kacak semasa menunggang motor! (walhal tak nampak muka pun). Apa apa pun, hujung minggu aku menarik. Keluar dari awal pagi balik malam. Sampai mak aku cakap malam minggu tu.. 'ingat dah sesat jalan nak balik rumah dah'.. pandai mak bergurau ya! Semalam aku ada tangkap gambar motor pelik wooo.. mmg pelik motor tu! Macam nak terbang penunggang tu! Kami jumpa dia di jalanan. Kami syak dia baru balik tengok MotoGP juga.. kelihatan abang penunggang tu macam saintis lah sebab reka motor yang pelik. Mungkin dia jumpa Rossi kot kat Sepang tanya pendapat tentang motor dia tu.. Haha.. Nantilah, kalau ada kesempatan, aku letak gambar motor pelik tu ya! Bye-bye. Esok Raya Aidil Adha.. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Balik keja ni nak kemas kemas, malam ni nak balik Muar. Selamat bercuti! (:

Aug 27, 2013

Kata-kata (satu)

“Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian (Rumah Kaca, h. 138)” Pramoedya Ananta Toer

Jul 6, 2013

Saya dah kahwin!

Assalamualaikum WBT Apa khabar yang sedang membaca? harap semuanya sihat sejahtera. Yakin saja aku kan mengatakan 'yang sedang membaca'..ada ke yg membaca blog ni? ehe. Hari ni 5 Julai 2013. Aku sedang berada di pejabat. Sepatutnya aku sedang bekerja. Eh, memang sedang bekerja pun.. Tapi berehat sebentar sambil menulis blog yang sudah lama tidak mempunyai entry baru.. eceh. Oh, banyak harini banyak hendak diperkatakan dan ditulis. Eleh.. (: Pertama sekali, aku sudah menjadi isteri orang..! Wiwit! tak sangka pula aku boleh berkahwin dan kadang - kadang tak terfikir pun nak kahwin tapi itulah dinamakan 'jodoh rahsia Tuhan' kan.. ewah.. (: aku dah selamat menikah pada 10 Mei 2013. Maksudnya lagi 5 hari genap 2 bulan kami menikah. yayy.. nak minta hadiah dari tuan suami lah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 bulan. hurrehh..! Mungkin entry selanjutnya boleh aku ceritakan perjalanan sepanjang majlis kami tempoh hari. Terima kasih tidak terhingga pada ibu bapa, keluarga, saudara mara kedua-dua belah pihak dan sahabat handai kerana membantu kami menjayakan majlis walimatulurus ini.. hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik kalian (: Sepanjang dua bulan perkahwinan aku ini, apa yang boleh dirumuskan ialah aku sangat bahagia..wink~.. hehe. seronok kahwin ni..ada 'kawan' yang sentiasa ada, boleh bercerita, boleh tolong-tolong, boleh gaduh-gaduh manja, tengok tv/wayang sama-sama, menyanyi sama-sama, makan sama-sama, buat dialog sama-sama, lipat baju sama-sama..alahai..~ banyak benda kami dah buat bersama dan banyak benda juga kami belum buat lagi sebenarnya.. hehe Kami juga sempat pergi honeymoon ke Sabah selama 4 hari. Honeymoon kat sini yang pergi masuk hutan, panjang bukit, melintas jambatan gantung, rendam kaki kat sungai bagi ikan kelah gigit, pergi ladang lembu, ladang teh, tengok bunga refflesia tepi jalan tau.. heh. seronok sangat! terima kasih kepada tuan suami yang bawa aku pergi jalan makan angin ni. Beliau kata next time pergi Taman Negara pulak.. Yeehaaa!!! (lompat tinggi-tinggi) p/s: Tuan suami kata malam ni dating makan kat Humble Chef.. hip..hip..hoorey! (:
Alah.. watermark ni mengacau je!

Apr 17, 2013

Hai!

Lamanya sudah tak menulis! Antara penyumbang mengapa sudah lama tak menulis adalah: 1. Talian internet (broadband) dah dipotong. Alasan: Kena potongkan sebab aku balik rumah dah lambat, pastu terus letih dan mengantuk, pastu penat pastu terus tetidur. Hujung minggu masa pun terhad. Jadi tak relevan lagi untuk teruskan guna broadband tu. Takpun setiap hari tengok internet kt ofis saja. Jadi membazir untuk teruskan penggunaan. Paling penting tak membazir wang nak membayar kepada perkara yang aku tak gunakan. 2. Kekangan masa Ini kisah benar. Masa sangat limit bagi aku. Balik keja dah petang campur tak ada internet. Ya, itu alasannya. Munasabah kan? 3. Nak kahwin. Konon sebab nak kahwin, banyak benda nak buat jadi tak berkesempatan nak update blog. Konon! Eh.. sy nak kawin lah.. yeayy..yeayy.. kahwin!! Nota: Semalam hari jadi saya. Saya dapat bunga yang dihantar oleh penghantar bunga. Kiriman dari Encik Tunang. Oh..sweet nya beliau kerana sudi mengirim bunga di hari jadi sy. Tak sangka sy berpeluang mendapat jambangan bunga di ofis. Terasa ada kebenarannya cerita-cerita drama di kaca tv itu. Wiwit!! (: