Dec 25, 2011

25 Disember 2011

Hari ini memang hari krismas tapi yang lebih penting dari itu, hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa. Hurrehh.. tepuk! tepuk!

Ibubapa telah berkahwin selama 33 tahun. Mak aku cakap berbagai pengalaman telah beliau tempuh seperti manis,pahit,masam,masin,payau semua ada. Kau ada? Dia cakap lagi. Memang la aku takda mak!! Tapi ayah aku cakap yang banyak manis je. Amboi ayah!

Jadi tahun ni kami meraikan mereka dengan pergi makan di restoran arab. Pertama, sebab mak aku ingin sangat makan makanan arab. Kedua, sebab aku pun nak makan juga. Hehe. Jadi kami telah ke Alrawsha di Kg. Pandan kot. Entahla, mungkin aku berangan semasa dalam kereta tadi jadi aku tak pasti mana lokasi restoran tu. Turun-turun kereta je dah sampai. Cis.

Tempat makan tu menarik, bangunan tu sendiri dah menarik. Patutlah, Alrawsha tu nama batu di tengah lautan di Labenon, patut seni bina dia macam dalam gua je konon-konon. Aku tahu ni pun sebab aku baca di menu makanan. Ada cerita sekali pasal asal usul nama kedai ni.

Masa sesi menganalisa makanan, aku pun tak tahu nak order apa sebab aku tau tujuan datang sini nak makan nasi mandy, jadi nasi mandy la yang perlu di order. Diingatkan, aku bukan sengaja mengada eja mandy ni mandy bukan mandi sebab aku tiru dalam menu tu eja macam ni. Okay? Tapi aku tertarik dengan satu menu ni yang bernama Tabbouleh. Ada kisah disebalik nama Tabbouleh ni. Begini kisahnya.

Masa sedang mencari-cari makanan yang bersesuaian dengan tekak, aku terserempak dengan nama Tabbouleh ni, kebetulan si pengambil order ni ada di sebelah. Aku bercakap la 'Tabbouleh' sambil membaca menu tu, rupa-rupanya beliau dengar dan dengan tiba-tiba dia menyahut 'boleh'. Aku agak hairan sebenarnya. Tapi aku tersedar yang dia tengah buat cubaan melucu, sebab dia cakap 'boleh' sambil senyum-senyum. Jadi aku pun cakap la kat dia 'boleh ke tak boleh?'. Dia jawab 'bolehhhh..bolehhh order'. Ewah!! Berani dia main boleh-tak boleh dengan aku ye! Haipp!



No.7 - Tabbouleh

Aku give up dengan sesi memilih makanan. Aku serahkan kepada kakak dan abang ipar je memilih. Aku makan je apa-apa yang mereka order nanti. Tuan ayah pula kelihatan dah tak senang dengan menu makanan sebab tiba-tiba beliau minta sambal ikan. Takda kot ayah! Berani minta sambal ikan kat kedai arab! Kari ikan aku boleh terima lagi. Tapi kari ikan pun takda disini. Arab makan ayam dan daging je kot. Agaknyalah sebab si pengambil order pun cakap takda. Puan emak dari mula sesi asyik menyeru nasi mandy. Adik aku pula dengan tak malunya oder sandwich daging. Kau memang makan banyak!

Si pengambil order cuba berjenaka manja dengan aku dengan mengatakan mahu Tabbouleh tu ke tidak. Okay lah, aku order juga Tabbouleh tu. Nak juga rasa apa si Tabbouleh ni. Masa ni mata aku meliar mencari tandas. Aku tiba-tiba teringat perkataan 'hamam' yang bermaksud tandas dalam bahasa arab. Ini pun aku ingat akibat aku melawat mak kawan aku yang baru pulang haji tempoh hari. Mak dia bercerita pasal tandas dan beliau menyebut hamam. Jadi aku dapat idea nak menyoal si pengambil order sebab aku memang nak pergi hamam pun. Heh. Jadi dialog aku dengan beliau lebih kurang macam ni:

Aku: Where is hamam?
Si pengambil order: Oh! you can speak arabic! (nada dia memang teruja masa ni). Hamam bla..bla..bla.. (cakap arab) sambil menunjuk ke sebelah kanan.
Aku: No. I only know hamam and syukran!
Si pengambil order: bla..bla..bla.. (cakap arab).


Dia teruja pula sambil cakap arab tu. Aku dah cakap aku tahu dua perkataan tu aje berani dia buat ayat panjang dekat aku! Tapi aku agak dipandang tinggi oleh keluarga ketika itu sebab mereka tanya aku apa itu hamam. Aku pun cakap la hamam tu tandas dengan nada ada sedikit riak macam konon arif perkataan arab la. Hehe!

Kakak aku adalah bekas pelajar sekolah agama. Jadi dia memang belajar bahasa arab dan tahu berbahasa arab. Sedikit katanya. Tapi aku tengok dia tahu je. Jadi dia suruh aku tanya kat si pengambil order apa nama beliau. Dan aku tak faham kenapa dia suruh aku yang bertanya sedangkan patutnya orang yang lancar berbahasa arablah kena soal. Berani suruh aku. Mesti si pengambil order tu tuduh aku nak mengurat beliau. Jadi, aku dalam keterpaksaan menyoal beliau (poyo). Tapi sebelum tu aku tanya kakak macam mana nak soal. Beliau cakap tanya dia 'Ma Ismuki' sebab dia lelaki. Kalau perempuan 'Ma Ismuka'. Okay jadi sesi dialog kami seterusnya macam ni:

Aku: Ma Ismuki?
Si pengambil oder: Muhammad. Bla..bla..bla .. (sambung cakap arab)
Aku: La understand you!!


Entahla, tiba-tiba je aku cakap 'La understand you'. Masa cakap aku tak rasa lucu, tapi sebab tengok orang lain gelak-gelak selepas itu, aku rasa aku dah buat perkara lucu ni. Si Muhammad ni pun satu, tadi kan aku dah bagitahu tak reti berbahasa arab lagi mau berkomunikasi arab dengan aku. Terus beliau dapat jawapan 'La understand you' daripada aku. Hahaha!! Bila diingat balik kelakar pula. Patut cakap jelah 'I don't understand you' ni aku nak rojak arab dengan english pula. Sebab 'la' adalah tidak dalam melayu. Aku bajet Muhammad boleh tangkap apa yang aku cakap kat dia kan. Adoi. Aku sampai sekarang masih tak faham dengan tindakan aku tadi. Malunya kat Muhammad!!

Tidak lama selepas itu makanan pun sampai. Sedapnya!! Ada roti, sandwich dan Tabbouleh yang jadi isu tadi tu pun sedap. Watak utama, nasi mandy amatlah lazat. Nasi ni kami minta untuk 2 orang punya makan, tapi boleh makan 5 orang. Pinggan dia macam dulang je, atas dia terbentang ayam tu tutupkan nasi. Memang terbaik. Rasa macam nak minta mak aku masak hari-hari je! Kalau aku suarakan kat mak aku ni mesti dia ketuk aku sebab beras digunakan mestilah mahal kan. Alaa!




Sebelah kiri itu Tabbouleh dan sebelah kanan tu roti yang tahu nama.


Watak utama: Nasi Mandy yang menjadi idaman qalbu.

Tuan ayah yang masa mula-mula tadi macam tak keruan nak makan apa menambah-nambah nasi. Siap order nasi tambah lagi. Sedap kan ayah?! Ayah mengakui kesedapan nasi tersebut dengan mengatakan boleh datang sini lagi lain kali. Hurreh..!!

Puan emak pun berselera. Mak cakap dapat juga dia makan nasi mandy ni akhirnya selepas dia tak dapat makan masa di Mekah dulu akibat dah habis. Adik aku yang diam je makan tapi tangan dia tak henti mencedok-cedok nasi. Macamlah aku tak nampak! Semua orang nampaknya bahagia makan nasi arab melainkan anak buah aku yang takda perasaan. Beliau memang tak suka makan nasi sebab dia suka makan mee lagi. Aneh kan budak tu? Tapi dia nak aiskrim. Aiskrim yang diorder amatlah manis. Kalau makan ni tiap minggu pasti bakal kena potong kaki tak lama selepas tu. Komfem!

Akhirnya licin kami makan. Semua orang puas hati dan bergembira dengan hidangan tengah hari tadi. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan majlis tadi. Terharunya! (tak faham kenapa aku yang nak terharu ni).


Bukti kami kesedapan makan.

Aku berdoa supaya ibu bapaku memperoleh perkahwinan dan kehidupan yang dirahmati Allah SWT dan dipanjangkan usia dalam keadaan berkat dan beramal soleh. Semoga cinta mereka kerana Allah SWT, sampai ke syurga dan aku boleh menjadi anak yang membahagiakan mereka.

Nota: Aku pun nak jadi seperti mereka juga!

Sayang mak dan ayah selama-lamanya, tiada penghujung. (:

Dec 24, 2011

LP 3 : Lisa Mitchell - Coin Laundry



Pagi yang nyaman kena la dengar lagu yang relax-relax.

Lagu ni bukan setakat sedap didengar halwa telinga (easy listening), malahan clip video ni sungguh kool. Rupanya akak ni hantu. Hantu yang terperangkap dalam mesin basuh.

*Kalau The Ring hantu dia keluar dari tv, akak ni pulak keluar dari mesin basuh. Macam-macam!

Nota: Kalau la aku muat masuk dalam mesin basuh macam akak ni macam syok je. Apa perasaan duduk dalam mesin basuh tu agaknya ya?? Jawapannya mesti mati lemas la kan kena pusing dengan air. Haihh!

Dec 22, 2011

LP 2 : Dear God - Avenged Sevenfold



Memang suka lagu ni. Tak tahu nak tulis apa dah. Layan~

Sob.. sob.. sob.. ;(

Dec 19, 2011

Gula-gula kapas



Awan macam gula - gula kapas kan?

Dulu masa kecil-kecil selalu rasa yang awan ni seperti gula-gula kapas, boleh tarik sikit dan makan. Nak lagi tarik sikit-sikit dan terus makan lagi. Haihhh!

Dan juga rasa awan ni boleh lompat dari satu awan ke awan yang lain sebab awan ni macam keras je, macam manusia boleh berdiri atas awan, bila jatuh boleh terapung atas dia.

Dan juga selalu rasa ajaib bila tengok awan bergerak-gerak. Awan memang bergerak pun kan.

Awan juga sangat manis sebab dia tolong tampung hujan.

Dec 14, 2011

Lagu Pilihan 1: Foo Fighters- Learn to Fly



Nak adakan satu segmen kat blog ni la. Segmen 'Lagu Pilihan'. Sebab tak tahu nak tulis/merepek apa. Jadi dengar je lagu-lagu yang selalu aku dengar. Disebabkan lagu pilihan ni adalah lagu yang aku pilih, suka hati aku la nak dengar lagu apa kan. Haha!

Lagu pilihan pada pagi ni dari band kegemaran sepanjang tahun, Foo Fighters.. Yeahhh!! Teringat zaman persekolahan bila dengar lagu ni.

Mari kita belajar terbang macam Yaya dalam Boboiboy!! :p


Nota: Terima kasih kepada Wak Pur sebab ajar macam mana nak bubuh lagu dalam blog. Kau memang teknologi.

Dec 9, 2011

Kad Kahwin

Tadi puan mak telah memanggil aku. Gempar katanya! Laju-laju aku lari untuk mendapatkan beliau. Ada sesuatu yang menarik nak ditunjukkan, kata beliau lagi. Aku fikir aku mesti dapat hadiah ni!! (konfiden).

Tapi bukan hadiah. Cis! Puan mak nak menunjukkan kad kahwin yang sangat unik baru dia dapat tadi. Ya...!!! Memang amat unik pun! Berkenan aku menengoknya. Rasa macam nak simpan pulak. Sebab begitu kool. Tak tipu! Moh tengok kalau tak percaya.

Taraaa..!~


Nice bukan??

Kreatif betul la. Kan? Ke aku yang baru tengok ni. Sebab ni kali pertama jumpa kad kahwin sebegini. Selalu tengok yang keras-keras punya tu,katun-katun la dan riben besar-besar tu la. Kad ni pulak mengingatkan zaman sekolah rendah buku kulit kayu balak tu. Sebab kad ni pun guna kertas kayu balak tu jugak. Suka!( mood:teruja)

Okay, jom tengok macam mana lagi kad ni punya design.


Haa.. kat belakang ni ada kalendar tahun depan. Bolehlah aku bulatkan tarikh lahir ahli keluarga nanti. (:


Atau bila dikepakkan kad ni, maka ianya jadi macam ni



Lepas tu dekat depan bawah perkara tu tulis '08 Muka Termasuk Kulit'. Eh, apa daa comel sangat!

Nota Kaki: Tak dapat kahwin tengok kad kahwin pun jadi la. Hahaha!! Nanti aku nak buat kad kahwin macam report card sekolah. Jangan tiru! (banyak berangan.. haiihh..!)

Dec 5, 2011

Konfius (-_-)

2 3 4 5 hari ni selesema menyerang. Okay, tak perlu komplen sebab sepanjang tahun pun aku selalu dihinggap selsema yang menyesakkan. Kita perlu merasai bagaimananya bila susah bernafas. Sebab ada orang lain yang hidup bertahankan alat bantuan pernafasan. Aku yang baru selesama sikit ni berani pula nak komplen-komplen. Eh, tak. Aku tak komplen. Mana ada. Sekurang-kurangnya Tuhan bagi aku kesempatan untuk hidup hari ini, untuk memohon kemaafan atas dosa-dosa dan noda semalam. Fuhh~

Bukan fasal selesama nak cerita kat sini.

Perkara ni aku selalu fikir. Dari dulu sampai sekarang. Sebab dua-dua amat penting. Dan dua-dua amat diperlukan. Bagi kamu, apakah yang lebih penting?

Jujur atau Ikhlas ?

Kejujuran atau keihlasan? Mana satu yang datang dulu ya?

Bagi aku, aku percaya kepada keikhlasan datang dulu. Sebab dengan adanya keikhlasan barulah datang kejujuran. Keikhlasan ni bagi aku macam sebiji buah yang hampir busuk. Walaupun isinya hampir busuk, tapi mesti ada part yang elok lagi dan boleh makan. Pasti kita dapat rasai nikmat walaupun buah tu hampir tak elok lagi. Erk.. berani aku samakan keikhlasan dengan buah yang hampir busuk ya? Tak patut! Tapi aku selalu berfikir begini. Tak pedulilah kalau kamu tak setuju. Wekk..!

Keihlasan adalah sifat dimana bukan sahaja perkara baik yang kita kongsikan, tapi perkara yang tak baik juga. Tak kisah lah ianya berkaitan diri sendiri ke, apa ke, tapi kita kongsi banyak kelemahan dari kehebatan kita. Barulah kita tidak kufur nikmat Tuhan kan? Oh, yang ni aku memang pandai-pandai mereka ayat. Macam mana nak cakap ye, aku ni dah lah tak reti cakap direct-direct, nak tulis pun aku tak mampu nak cari/gunakan perkataan yang sesuai. Tapi aku harap maksud aku dapat disampaikan.

Tiba-tiba rasa ni tengah tulis satu catatan yang serius pulak.

Sebab aku rasa, jujur sangat pun tak elok juga (apa daa khurafat ni!). Sebab jika kamu terlalu nak menunjukkan kejujuran kamu, kamu tak ada keihlasan terhadap orang lain. Ni bukan bermaksud aku mengajar kamu orang menipu, tidak. Kejujuran itu sama penting dengan keikhlasan. Dan disebabkan kejujuran kamu itu kadang kala kamu terlupa yang hidup ni bukan hanya ada kamu saja. Ada aku dan ada orang lain juga. Jadi, setelah kamu betul-betul ikhlas, kejujuran itu akan datang dengan sendiri, bukan? Ya, yang ni aku yakin. Erk, berapa banyak jujur dan ikhlas daa.

Walaupun aku suka menipu secara kecil-kecilan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat aku, aku menipu atas dasar gurauan berkasih je. Eceh! Macam baru-baru ni, aku tipu mak aku dengan mengatakan yang aku dah kurus sikit akibat seluar jeans dah longgar walhal aku main cakap je, seluar tu dah basuh banyak kali tu yang dah longgar. Lagian, timbang badan pun tak, ada hati menipu mak sendiri. Maaf mak! Hehe. Juga, aku telah menipu Tina dengan mengatakan Amun dah putus tunang dengan Bawang. Hahaha!! Kalau awak baca ni Tina, kita tak salah tau! Amun yang tipu dulu, kita tukang tambah perasa aje! Berani awak percaya betul-betul ek! Apa daa lucu! Maaf maaf!! (:

Ehem.. Bebalik semula kepada kejujuran dan keihlasan.

Walaupun keiklasan aku tulis selepas kejujuran pada semua ayat, tapi di hati aku keihlasan la yang berada di carta teratas sekali. Eceh! Dah macam lagu Najwa Latif Carta Hati pulak. Tak kisahla, lagu tu pun nice jugak. Wee~ Jadi, aku amat berharap pada keluarga dan semua orang yang aku kenal dan aku kawan, mereka akan ikhlas seperti mana aku ikhlas kepada mereka. Ececeh! Sebab.. sebab jika mereka tak ikhlas, aku nak tumbuk perut mereka masing-masing. Hahaha! Ehh.. tapi rasanya keikhlasan tak perlu dinyatakan bukan? woppss... aku terlebih sudah! :P

Rasanya aku sudah merungkai permasalahan kejujuran dan keihlasan ni setelah sekian lama berfikir. Walaupun aku tak sertakan dengan dalil-dalil yang menyokong, tapi aku tetap akan setia kepada keikhlasan. Kamu macam mana?

Nota Kaki: Masa darjah 6 dulu, nama kelas aku 6 Jujur. Hekhek (:

Dec 1, 2011

Hilang


Hilang kata bukan hilang suara
Hilang rasa tapi bukan hilang jiwa

Oct 11, 2011

6hari bermotorsikal

Eceh.. tajuk macam la aku yang menunggang motorsikal. Sebenarnya,aku ni tahap pembonceng je. Lesen pun tak ada. Bukan takat lesen takda, bawa motor pun tak reti. Leceh betul.

Minggu lepas (2minggu lepas lebih tepat), aku telah menghadiri seminar selama 7hari. Seminar berkaitan Halalan Toyyiban. Sungguh menarik,tertarik dan teh tarik. Eh,apa ni? Abaikan sebab seminar itu memang berguna untuk kehidupan. Disebabkan lokasi seminar ialah di Bandar Utama,jadi aku dan rakan,Tina (nama popular)berkeputusan menaikki motor sahaja untuk cepat dan mudah sampai. Pastinya Tina yang tunggang dan aku yang bonceng, kan. Aku dan Tina sekampung,dari Kajang jadi Tina merasa sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk hangkot aku sekali ke seminar (pandai-pandai je). Dua rakan lain kami yang terlibat ialah Nadi dan Fada (juga nama popular) beralamat di Ampang. Jadi kami berjumpa mereka di tempat kejadian terus sebab mereka menaikki kereta.

Pada hari pertama seminar,kami je yang seperti wanita muda mudi. Ya,ni betul-betul,kami tak perasan. Sebabnya peserta yang lain kelihatan professional,bertali leher dan berkasut kilat. Mana mungkin kami nak bertali leher pula kan tapi gambaran adalah seperti itulah-kami seperti budak-budak sahaja. Pada masa ni,kami semua terfikir yang kami ni dah macam salah sertai seminar tapi tak kan nak berlalu pergi macam tu sahaja kan,sebab Puan Mak aku pernah pesan,buat kerja habiskan,jangan separuh-separuh. Jadi dengan perasaan yang bercampur baur,kami harungi hari pertama dengan mood gemuruh.

Sejak hari pertama hingga habis seminar,makanan yang dihidangkan di pusat berkenaan amatlah lazat ya, lazat. Adakah lazat sebab kami:
1) terlalu lapar sebab duduk dalam bilik berhawa dingin
2) makan ramai-ramai setelah sekian lama tak berjumpa
3) makanan yang disediakan itu memang lazat

Tak kisah la apa jawapan sekalipun yang pasti memang sangat lazat hidangan yang disediakan. Waktu membaham makanan adalah pada jam 10 pagi, 1 petang dan 4 petang. Kelihatan kami macam asyik makan saja kan? Tapi memang betul pun kami asyik makan je. Mesti berat badan aku dah naik ni! Tak nak la aku timbang berat sebab tak nak terima kenyataan. Baik, abaikan saja.

Sebenarnya,bukanlah kisah seminar aku nak ceritakan disini,tapi kisah menaikki motor. Sebab apa aku nak cerita kisah motor ni,sebab Tina yang paksa sebab tu motor dia katanya (sekali lagi aku pandai-pandai reka ayat). Tapi,jauh di lubuk hati aku paling dalam,aku nak mengucapkan jutaan terima kasih aku kat beliau yang sudi menumpangkan aku selama 6 hari menaikki motor. Tanpa beliau mungkin aku hilang arah. Memang boleh meminjam kereta dari Tuan Ayah, tapi jam berapa pula aku nak keluar rumah? Adakah subuh di jalanan? Dah la masuk seminar jam 9 pagi. Aku tak sudi bangun amat awal untuk bersiap-siap. Tak rela okay!

Sehari sebelum ke seminar,aku bercerita bersama Puan Mak dan kakak tentang hal aku yang menumpang Tina esok. Antara isi perbualan kami adalah:

Puan Mak : Kau esok tak payah pakai kain dulu,dah sampai nanti baru pakai kain. Pakai
je seluar tu dulu.
Aku : Eh,yeke mak? Tak kelakar ke? Mak biar betul!
Kakak : Yelah,ramai je budak opis aku buat macam tu. Memang la.
Puan Mak : Ya,apa yang kelakar pulak. Berkain lagi susah kau nak naik motor.

Okay,kisahnya mudah je. Rupanya naik motor ni tak payah pakai kain dulu kalau pakai baju kurung,pakai je seluar trek dah sampai nanti baru pakai kain. Baru aku tau. Selama ni aku pergi kelas naik bas atau jalan kaki, jadi aku tak berapa nak tau lah tentang hal yang satu tu. Jadinya,esok pagi-pagi aku dah ceria tunggu Tina kutip kat rumah dengan baju kurung seluar trek (nak gelak la tu). Rupanya Tina pun buat hal yang sama,tapi ada sikit perbezaan sebab beliau pakai jubah jadi beliau gulung-gulung kan je jubah beliau hingga ke atas. Amatlah pro okay!

Mari selang cerita dengan perihal motorsikal Tina pula. Motorsikal beliau ni sangat hebat okay. Gerenti bro-bro kat traffic light masa merah cemburu dengan motor beliau bila jeling kat sebelah tengok. Warna merah menyala, ditunggang oleh awek pulak tu,mesti makan hati punya tengok (lagi sekali aku pandai-pandai je). Kalau aku ada lesen motor dan wang lebihan, mesti aku nak motor ni juga. Ini adalah gambar hasil google aku sebagai bukti. Gambar motor sebenar beliau yang dipanggil Unta tu tak dapat aku nak mengambil gambarnya disebabkan keadaan telefon bimbit aku yang tiada menyediakan perkhidmatan kamera. Sedih.



Nice bukan?





Aku nak ucap jutaan terima kasih kat Unta yang sudi menanggung aku yang berat ni. Beliau banyak buat kelakar kat aku. Ada satu kali tu tiba-tiba termati pula si Unta ni di simpang nak masuk ke lokasi kejadian tu. Terpaksa Tina kayuh dengan kaki perlahan-lahan hingga ke tepi jalan. Aku tak dapat nak bantu beliau sebab aku pun terkial-kial tak tahu nak buat apa. Jahanam betul! Kami gelak dulu tepi jalan, cakap baik-baik dengan Unta lepas tu Tina cuba hidupkan Unta dan jeng.. ! Beliau hidup semula. Buat suspen betul la si Unta ni! Apa - apa pun terima kasih kat Unta sebab masa duduk tepi jalan tu sempat la mata kami merliar tengok kot-kot ada artis ke keluar masuk kat Tv3 tu. Tapi apa pun tak nampak. Cis!

Kisah seterusnya bersama Unta ialah sewaktu aku dan Tina keluar waktu rehat pada hari Jumaat yang rehat lama tu sebab nak cari kedai photostat. Amatlah sukar nak cari kedai yang menawarkan caj yang berpatutan memandangkan sehelai kertas RM 0.20 dan sudah tentu aku dan Tina menolak keras apabila caj RM 0.40 dikenakan depan belakang photostat! Kami nak photostat beratus-ratus helai kertas kot, jawapannya kami kena bayar ratus-ratus ringgit ke untuk caj photostat berkenaan?? Memang kami tak mampu la kan! Cari punya cari, akhirnya kami ke satu gedung mana tak pasti, di tepi jalan. Niat kami nak tanya kepada dua orang gadis India muda ni tentang kedai photostat tapi ada sedikit aksi kecil telah berlaku. Sewaktu kejadian,kami di atas motor,aku berkata kepada Tina supaya bertanya kepada 2 orang gadis berkenaan. Tina terus hon dan ke kiri hingga ke seorang gadis yang sedang nak tutup pintu kereta. Beliau terus menarik handbag sendiri dan bermuka sungguh takut,cuak seolah-olah kami mahu merentap handbag berkenaan dari beliau. Tina terus angkat tangan dan mengaku 'kami bukan peragut' dan aku dibelakang Tina ni pun dengan tindakan refleks terus melakukan perkara yang sama! Kami Bukan Peragut !! Setelah itu, gadis berkenaan barulah tersenyum setelah dibagitahu hal yang sebenar kami datang nak cari kedai photostat dan beliau menunjuk kat dalam gedung berkenaan ada kedai yang menawarkan servis tersebut. Isk,tindakan gadis itu memang betul. Beliau pantas menyorokkan handbag tapi masalahnya ada mata-mata memandang di seberang jalan. Pastinya mereka menuduh kami peragut juga! Isk.. sungguh kejam jika cerita sebegitu disampaikan dari mulut ke mulut! Tak rela!


Kedai tersebut menawarkan harga yang kami tak mahu bayar. Kemudian,kami ke tempat lain pula. Tempat yang caj RM 0.40 rasa-nak-maki-hamun tu. Lalu,dengan pantas kami beredar dan ke tempat lain pula. Puas mencari dan hampir putus asa,aku ternampak sebuah kedai photostat(khas photostat) tapi di seberang jalan. Jadi Tina kena buat u-turn haram untuk menyingkatkan waktu perjalanan ditambah pula gerimis mula mengudang. Mencabar betul! Akhirnya kami masuk kedalam dan berbincang dengan puan tokey. Beliau bersetuju dengan harga RM 0.10 depan belakang tapi tak stapler. Tak kisah la,janji murah sebab wang yang kami ada pun tak membenarkan kami nak bayar lebih. Jumlah cetakan sebanyak 588 helai kalau aku tak silap. Masa menunggu kertas dicetak,hujan selebat-lebatnya mencurah. Aku kini dah tiada perasaan lain selain pasrah menunggu hujan reda. Tadi,aku nak cepat sangat balik sebab takut hujan. Sekarang,aku dah tak kisah pun sebab aku lebih suka hujan memuntahkan airnya dahulu. Kami tunggu pun tak lama,hujan lebat hanya sekejap seolah-olah memahami perjalanan kami yang berbaki lagi 3 jam untuk tamat seminar. Kami pulang dalam renyai-renyai hujan yang nikmat (:

*Banyak lagi kisah Unta. Tapi mengantuk pula mata. Mari bersambung kemudian atau tak sambung-sambung lagi. Haha!

Oct 9, 2011

Coret kosong

Penantian itu satu penyiksaan? Betul ke?

Penantian.. hmm.. ikut suka pentafsir bagaimana penantian/menanti/ itu diterjemahkan. Atau mungkin contoh penantian seperti :-

1) menanti kedatangan hidangan yang dipesan di kedai makan yang tak sampai-sampai lagi
2) menanti keputusan peperiksaan
3) menanti tren komuter yang menguji kesabaran ketepatan waktu kehadirannya
4) menanti entry terbaru (ehem)
5) menanti cili masak dalam kuali
6) menanti jodoh

atau

macam-macam jenis penantian lagi la. Yang pasti sekarang ni aku tak sabar nak menanti kepulangan ayahnda dari surau untuk pergi makan char kuew tiaw(tak reti eja). Hurreh!

*Lepas makan char kuew tiaw(tak reti eja) baru la ada tenaga nak meneruskan penulisan. ( ye-ye je)


Sila teka apakah ini?

Aug 23, 2011

Campur+Campur

Lamanya dah tak menaip kat sini. Sebelum ni banyak benda nak dituliskan tapi pemalas. Menyesalnya sebab sekarang dah lupa nak cerita apa. Ceh.

Kejapnya dah masuk hari ke 23 puasa. Cepat betul Ramadan berlalu. Tak pasti Ramadan seterusnya dapat jumpa lagi ke tidak.

Okay,puasa kali ni tak jejak langsung ke Bazar Ramadan. Takda nak beli air tebu ke,ayam percik ke mahupun jalan-jalan cuci mata. Tak best kan kehidupan aku?

Oh ya,24 Juli hari tu aku pergi tengok game Malaysia lawan Chelsea. Aku mati-mati ingat ada Kapten Safik game tu,rupanya salah. Beliau takda. Memang kecewa tapi takpa,dah tengok rimau-rimau lain terubat sikit hati ni. Eceh!

Lagi apa ya.. ha.. sebelum tu masa berapa hari bulan entah aku pergi main ATV di Kemensah. Memang TERBAIK WOK! Sungguh seronok ya membonceng (membonceng ke memandu ya?) ATV tu. Track dia pun ganas dan berliku. Ada lumpur-lumpur serta buluh-buluh yang menyukarkan pemanduan. Menarik! Kalau aku kaya lagi tahun depan,nak main pula yang sesi 3 hingga 4 jam tu. Mesti rasa macam nak beli satu dan bawa balik rumah nanti.

Setakat ni dulu. Otak dah tepu tak ingat apa-apa kejadian sebelum ni. Perlu dirujuk kepada sang diari. Nanti kemudian boleh edit balik entry ni.

Nota: Sebarang bukti gambar pun tak dapat nak dilampirkan di sini. Baru beli notebook baru sayang pula nak masukkan pendrive yang super-duper bervirus tu. Apa boleh buat, pc dan lappy sebelum ni dah jahanam. Dah mati. Terpaksa keluarkan wang untuk membeli yang ini pula. Nampaknya raya tahun ni tak meriah tanpa kehadiran baju baru. T_T

Jun 26, 2011

Biskut



Disebabkan esok (tapi sebenar macam hari ni je sebab dah masuk tarikh baru) ada sambutan majlis kelahiran anak buah tersayang, makanya aku ditugaskan memasak cookies untuk diserahkan kepada kanak-kanak yang bakal datang meraikan beliau. Kanak-kanak memang suka makan coklat la,gula la,benda manis-manis semua ini kan, jadi aku dan ibunda serta ibunda kepada anak buah bersepakat untuk membuat cookies ajaib ini. Kenapa ajaib? Sebab bila tengok cookies ni nampak biasa je kan, sebenarnya kan ada biskut Oreo dalam dia. Haa.. magik kan?! Sila bagi tepukan kalau setuju ini adalah sebuah magik (:
Gambar diatas adalah bukti hasil selepas dikeluarkan dalam peti sejuk sebelum dimasukkan kedalam kotak-kotak kecil yang istimewa untuk diedarkan kepada kanak-kanak riang nanti.


Jom tengok dengan lebih dekat. Kot-kot ternampak kutu lalu ke.. heh









Mari letak cookies dalam kotak kecil. Ianya bertujuan untuk menipu kanak-kanak bahawasanya ini adalah hadiah kecil yang khas diberikan untuk mereka.



Apa ni??! Aku tak faham kenapa gambar ni senget. Teleng kepala macam ni kot nak tengok. Dah 4 kali aku betulkan. Aku dah give up. Lantak la. Anggap je la style senget-senget ni. Lagi, aku malas nak lekat-lekat ribbon ke apa bagai. Biar je togel macam ni. Cara juga ni. *konon*

Oh ya,anak buah nak pelekat gambar Barbie juga. Tak nak gambar lain sebab beliau selalu rasa yang beliau ni adalah seorang Princess, mak beliau adalah Ibu Princess dan nenek beliau adalah seorang Queen. Bagaimana pula dengan nasib mak cik dia ni? Makcik dia pula seorang Princess Fiona katanya (kau jangan bagi Princess Fiona semasa beliau berwajah Shrek pula ya budak! Siap la!)

Kepada kanak-kanak lelaki memang tak ada pelekat Ben 10. Terpaksa la makan Barbie ni.

Jun 17, 2011

Cantik II

Rasa bahagia pula tengok background gambar macam ni. Dengan warna yang lembut dan menarik. Rasa tenang sikit tatkala keluar dari kepompong emosi warna hitam sebelum ni. Ececeh.

Jun 16, 2011

Cantik

Macam mana dikira cantik?
Cantik rupa atau cantik kata?
Cantik satu, satunya lagi mana?
Cantik dua itu memang cantik.
Cantik biar kau sendiri rasa,
Kau timbang dan kau sukat,
Kau kira dengan cermat.
Jangan kau cepat-cepat nak menjawab,
Nanti kau lupa sebenarnya cantik itu macam mana!


Beliau ni memang suka berangan cantik. (=

May 22, 2011

Baju dah terbakar

Hari ni aku dah buat satu kesalahan yang besar. Ya,amat besar. Sampai sekarang pun aku tak minta keampunan lagi.

Aku dah bakar kan baju kurung mak aku.

-Aku tak sengaja-

Semalam beliau dah pesan, 'nanti gosok baju ni hati-hati tau jangan sampai terbakar pula'. Aku amat marah dengan kenyataan mak aku lalu menjawab 'mak ingat orang budak-budak ke mestilah nak gosok elok-elok'.

Padan muka aku durhaka dengan kata-kata sang ibu. Pagi tadi aku gosok baju beliau yang dimaksudkan. Sebenarnya ini semua salah baju beliau yang amat licin tu. Aku baru letak nombor 2 dah terbakar. Nombor 2 kira mana lah panas sangat kan. Baju tu yang sensitif. Baju tu yang salah!

Sebenarnya selepas aku terperasan kain baju tu terbakar (ada lobang kecil) aku terus cuak. Aku terus try. Hati aku berbisik 'eh,kalau tutup dengan baju ni okay ni.. tak nampak terbakar sebab ni kain'. Tapi apa-apa pun aku lagi risau reaksi yang bakal aku dapat. Aku gagahkan diri pergi bagi tahu. Ternyata respon yang aku dapat - 'Kan mak dah cakap semalam, gosok elok-elok, jangan sampai terbakar. Masin kan mulut mak?!'

Sebenanrya aku rasa mak aku tak perlu lah mengeluarkan statement 'terbakar' tu semalam, kalau tak mesti tak terbakar pagi ni. Aku tak tahu nak buat apa sambil tersekat-sekat suara menahan ketakutan. Macam nak kata 'mak nak pukul orang pun pukul lah mak, orang yang salah' tapi tak terluah.

Untuk lebih sadis lagi, mak aku terus letak baju dekat atas kerusi sebagai tanda tunjuk dia tak nak pakai lagi baju tu selamanya. Aku rasa la. Lagipun sepanjang hari ni aku tak bercakap pun dengan beliau. Yalah, aku dah bakarkan baju beliau kot. Lagian, aku memang layak kena marah sebab baju tu baru beliau tempah jahit manik. Arghh.. berdosanya aku!

Mak, orang minta maaf!! Dapat gaji nanti belikan mak kain yang lebih kurang serupa ya!

Apr 1, 2011

Kau selalu ada

Kamu selalu ada.. pastikan??

Feb 15, 2011

Rejeki


Alhamdulillah, berkat Maulidur Rasul, aku telah diberi upah untuk membuat kuih di majlis pertunangan sahabat aku. Kuih.. kuih..~ (:

Majlis pada 18 February ni. Jadi Jumaat ni boleh la membuat aktiviti memasak kuih. Mungkin kena hangkut dapur letak kat belakang biar api marak sikit. Barulah apam akan mengembang dengan megah dan jaya. Ini kata Mak aku lah. Dia kan pro. Aku ni takat orang kanan dia je. Mak, sila masak kuih dengan sedap tau !

Takdalah, aku tak kejam suruh Mak masak sorang-sorang.

Disebabkan sahabat aku ni suka sangat makan apam yang aku buat sedari sekolah, dia nak juga bagi orang goodies apam. Aku macam pelik dan membuat bantahan dengan menyuruh dia bagi muffin (kan majlis kahwin/tunang orang selalu bagi muffin kan. Macam takda je orang bagi apam). Tapi dia berkeras tak nak. Sebab nak warna sama dengan baju dia katanya. Haish ! Dah tu yang dia nak, kita turutkan je kata customer.

Sahabat aku dengan baik hatinya telah menyerahkan wang dulu. " Eh,apa ni U.. kuih belum masak lagi berani U dah serahkan wang ya..?. Kata aku dengan dialog Melayu yang menolak secara berhemah. Kawan aku, " U.. u kena ambil wang ni sekarang. Kalau tak I akan guna. Gerenti. Ambil cepatt !! ". Nada dia ada kedengaran sedikit memaksa. Dari hari tu lagi dia nak serahkan wang. Mak aku tak setuju tapi dia beriya-iya nak bagi cepat. Okay,ambil je la orang dah bagi kan.

RM 120 semuanya. Alhamdulillah. Aku serahkan berkeping - keping wang kepada Mak. Mak kata, " Bagi Mak RM20 je buat beli barang. Yang lain sila ambil ". Aku mestilah menolak tawaran Mak dengan naif. Aku cakap " Eh,apa ni Mak, kita sama - samalah. 70 - 30. Apa macam ?? ". Mak aku mestilah portion yang besar sebab dia bos. Tapi Mak terus membantah, " Dah,jangan mengada ambil je RM100. Ambil sebelum Mak tukar fikiran ! "


Mak, u are the best !! Keep it up !!

Nota: Wow, kalau hari - hari orang order kuih memang best. Tak lama lagi boleh la naik kapal layar ! (=

Feb 3, 2011

Oh adik-ku!

Walaupun hari ini adalah Chinese New Year,tapi entri ini bukanlah dibuat untuk menceritakan perihal perayaan tersebut walaupun pagi-pagi pukul 7 dah dengar bunyi gendang naga dari rumah. Entri ini dikarang khas untuk adik saya.

M-A-N-I-S!

Selamat Hari Jadi. Hope you will LESS ANNOYING this year!

Dialah satu-satunya adik yang aku ada. Walaupun aku selalu nak angin takpun naik hantu dengan dia,tapi aku tetap sayangkan dia. Yek,geli pula tulis begini. Sudah mencecah 17 tahun,satu frasa usia ke arah gelonjak kekeliruan jati diri,tapi bukan gender - harapnya. Kalau gender,sumpah aku yang pergi belasah dia! Kami beza 8 tahun. Dulu,aku tak berapa mengalu-alukan kelahiran dia sebab entah,takda sebab. Tapi bila dia lahir aku suka pula sebab dia comel. Ya,memang comel. Yang ni je kot aku mampu puji dia. Masa baby dulu,dia si bulat dan putih. Mungkin sebab mak aku suka minum air soya (klise) tapi bila time aku mak aku minum la pulak Cappucino ( saja up sikit dari kopi biasa). Mak ni!!

Aku ingat lagi,masa tu aku darjah 2,pagi tu sedang sarapan pagi sebelum ke sekolah. Mak aku bilang, " tengah hari ni mak nak pergi bersalin..". Mak aku magik! Boleh tahu bila nak bersalin,siap dah settle menyapu rumah dan masak lauk tengah hari. Aku pun "oh,okay..". Seperti yang mak aku bagi tahu pada pagi kejadian,waktu ayah jemput tengah hari dari sekolah bagi tahu aku sudah dapat adik lelaki. Aku pun "oh,okay..". Lagi sekali tiada perasaan. Bila melawat mak,baru lah tengok adik. Itupun tak mesra lagi. Dia dah balik rumah baru lah terima kenyataan dan bermain dengan dia. Kakak aku pula di asrama,dia lagi takda perasaan kot. Masa tu dia tingkatan 3. Adik beradik kami jarak jauh-jauh la.

Bila dia besar sikit,mak aku selalu masukkan dia dalam pertandingan "Bayi Comel Billion..". Ala,gedung beli belah cap "Billion.." tu. Plastik dia tulis huruf B besar warna merah. Sampai umur dia 4 tahun juga adalah. Lepas tu asyik nak pergi Billion tengok gambar adik yang ditampal di board nak naik tangga ke tingkat 2 tu. Ada gambar pakai topi merah, ada yang nampak gigi 2 batang dan ada juga gambar yang air liur meleleh. Kejayaan paling cemerlang dia dapat nombor 3. Pingat gangsa ( takda la dapat medal pun). Okay lah tu,bawa balik hamper besar.

Bila menginjak sekolah rendah, aku tak berapa nak ingat kisah hidup dia sebab aku sibuk dengan kehidupan sendiri. Itu zaman - zaman rebel tak tentu fasal la. Lagipun dia budak-budak lagi, malas la nak kawan dengan dia.

Bila dia dah sekolah menengah baru aku nak kawan dengan dia. Sebab dia boleh fikir secara ala-ala matang. Konon. Menyakitkan hati aku selalu ada lah. Adik aku ni bijak budaknya. Biarlah aku mengaku,memang dia bijak pun. Semenjak peperiksaan besar,semua subjek A. Dia macam tak payah baca buku dah pandai. Tapi aku pula baca buku pun tak pandai-pandai. Baguslah,Tuhan bagi dia kelebihan disitu. Jadi mesti bersyukur.

Amir selalu menghina aku suka tengok drama/show Korea,walhal dia pun suka sama. Dia kenal kebanyakan kumpulan idol negara terbabit melalui aku. Aku selalu paksa dia dengar cerita-cerita aku. Mangsa kedua ialah Mak. Kakak aku jangan haraplah,selain memangkah,dia juga mengutuk keras aku dan minat tersebut. Amir yang selalu tanya apa Music Video baru,show baru bila dia balik rumah. Alah,kau suka kan? Kau tiru fesyen rambut deme kan? Mengaku je lah! Dah la suka SNSD( terdiri daripada 9 wanita). " Kalau girls group orang nak tengok,laki taknak!..". Begitu cepat kau menghukum Mir!



Inilah SNSD yang dimaksudkan. Gee.. Gee.. Gee!






Lepas puji-puji ni kena la mencerca pula ye dak? Barulah dikira adil Yop. Macam udang mesti dekat dengan batu, macam kari mesti ada karipap. Ewah!

Adik aku ni apa yang aku perhatikan dia jenis yang malas-layan. Pemalas senang cerita. Kena suruh baru buat. Tak suruh tak buat. Dulu kan masa tadika, dia langsung tak nak buka pintu kereta bila nak turun. Dia tunggu cikgu dia yang tunggu kat pagar sambut budak-budak tu buka kan pintu untuk dia. Wei,kau ingat kau anak raja ke suruh-suruh orang buka kan pintu?! Mak aku selalu marah dia,tak kan mak aku nak turun kereta buka kan pintu untuk dia pula,dah sah-sah boleh buka sendiri. Ingat mak aku kahwin dengan waris Sultan Melaka ke? Mengada kan!

Aku dengan kakak aku dituduh kaki pukul oleh dia. Padan muka,siapa suruh menyakitkan hati kami kan? Mak aku memang bagi kebenaran. " Mak tak kisah pukul dia janji jangan sampai masuk hospital ataupun mengakibatkan cacat kekal..". Jadi dia memang selalu kena belasah dengan kami disebabkan permission tersebut. Aku pun bukanlah Hitler sangat,pukul dia sesuka hati,sesedap makan cempedak. Aku pukul pun bersebab. Sebagai contoh,aku suruh dia kemas baju dia dalam almari,aku dah lipatkan pun,tinggal susun je. Aku letak atas meja komputer depan bilik dia. Itupun dah baik tau aku siap letak atas meja tersebut,aku tengok,dia tak susun-susun lagi. Dah 2 hari ni,tak susun jugak,memang naik lemak! Aku pun pergi ambil baju dia campak,sepah-sepah kan balik kat bilik dia. Kemas la kau balik! Memang dia mangamuk. Tapi aku lagi mengamuk sebab tak susun-susun,biar je atas meja komputer sampai berhabuk! Aku ugut dia,lagi sekali dia buat aku campak baju dia kat rumah jiran sebelah! Nekad! Aku memang boleh buat tu semua sedangkan aku pernah campak baju dia kat bawah. Kutip la kau balik!

Tapi yang aku marah ni, dia takut dengan kakak aku dengan aku langsung tak takut. Kakak aku suruh sekali je,terus dia buat. Kalau aku suruh,haram lambat buat. Aku tak tahu kenapa dia takut dengan kakak aku. Mungkin sebab dia anak sulung kot. Tuduh. Kakak aku ni pendiam sikit,dia suruh sekali je,tak dengar dia terus belasah. Aku pula suka membebel dulu baru pukul. Aku malas nak pukul-pukul dulu sebab aku mesti kalah tiap kali punya. Aku macam boleh kompromi lagi,tapi dia langsung tak bagi kerjasama. Memang layak kena belasah la kan. Pernah satu kali tu, aku pula kena tolak. Alkisahnya, berpunca dari kakak aku. Kejadiannya begini,aku dan kakak kat depan nak tengok tv. Adik aku kat dapur. Lepas tu kakak aku suruh aku buka kipas ( dia memang suka bagi arahan ), aku tak nak. Sebab macam kena berdiri bangun buka suis, aku malas. Tadi sebelum duduk taknak buka siap-siap. Aku cakap kat kakak. Lepas tu kakak panggil adik aku ( dia ni memang kaki buli,besar punya kaki buli! ),adik aku datang ( sekali panggil je terus datang ),aku dah cuak time ni sebab aku dah agak mesti aku yang kena walaupun tu kesalahan kakak aku. Kakak aku cakap " tolong buka kipas..". Adik aku tak cakap banyak terus buka suis lepas tu tolak aku! Jahanam tak??!!! Kakak aku kot yang panggil dia,perintahkan dia! Aku memang mangsa tau! Setiap kali pun macam ni! BENCI!

Lagi,dia suka membuat sepah dan semak. Menjadi kepantangan aku lah makan depan TV. Aku memang benci sebab Mak aku tak ajar makan depan TV. Tapi dia ingkar,makan. Bila aku makan kerepek atau jajan pun,aku pastikan tak berterabur,menceceh-ceceh sampai semut datang. Ini dengan semut datang,lepas tu air kotak punya pembalut straw merayap terbang,haa... memang menguji kesabaran betul la kan! Dah makan kemas lah balik,ni sepahkan. Ingat depan TV tu padang tong sampah ke buang-buang macam tu je?! Lepas tu aku suruh dia kutip,aku tengok je,dia cakap ya,tapi tak gerak lagi ni,buat-buat pekak badak (kesian badak terlibat dalam hal ni), aku suruh lagi, "jap la..". Kejap-kejap sampai kesudah tak. Aku pun pergi pukul-pukul badan dia. Libas je dengan apa yang dapat capai. Kalau ada remote,remote, tapi selalu aku guna tangan je sebab nak cepat. Lepas tu boleh melawan balik. Aku tak tahu lah dia kuat sikit dari aku,aku cepat lari mengadu dengan Mak,Mak aku datang pergi belasah dia pula dengan combo siap bebelan yang amat lama sampai ke petang. Padan muka!!

Dia ni anak emas ayah aku. Mak,kakak dan aku selalu panggil dia anak emas. Yalah,diakan sorang je anak lelaki. Ni bukan bermakna kau terlepas dari membuat kerja-kerja rumah seperti basuh pinggan dan angkat kain ya! Dia marah bila kami tuduh dia manja. Memang pun,dia manja dengan ayah aku. Eh tak,ayah aku yang manjakan dia. Dia tu takda perasaan. Kalau Amir semua takpa. Ni bukanlah bermaksud aku jeles,tapi aku marah sebab kan hal ni lah buat dia naik lemak. Aku tak peduli,salah tetap salah! Seorang datuk pun kalau bersalah tetap salah. Aku dengan kakak selalu hasut mak aku marahkan dia. Contoh pengaduan macam tak kemas katil,baju kotor tak letak dalam bakul,stokin tinggal kat luar,tak susun baju/selipar dan lain-lain kesalahan. Kalau nak tahu, almari dia kalau buka muntahkan baju! Haha!

Adik aku suka bagi arahan kat aku, sebelum balik asrama itu hari, " Kak,basuh motor orang,lap-lap sikit tau..". Berani arahkan aku! Memang tak la aku buat. Umur 16 dah dapat motor sebiji. Ni lagi satu,kalau bawa motor laju betul. Bahaya tahu tak. Aku dengan kakak mesti membebel tiap kali naik motor dengan dia. Budak jiran sebelah tak nak naik motor pergi solat Jumaat dengan dia sebab dia cakap Amir bawa motor laju. Punyalah nightmare bagi dia.

Ada satu hari masa cuti sekolah yang panjang,dia pergi gunting rambut. Balik-balik dia buat line tepi rambut macam artis Korea tu. Tak tahu lah dia tiru rambut cerita Jepun Crows Zero tu ataupun artis Korea. Tuduh! Rambut tu fesyen sekarang kot. Entah. Sebab aku tengok ramai orang buat gaya sedemikian. Ayah aku terus naik angin, " Ayah tak suka Amir potong rambut macam ni! ". Wajar berang kot,berani betul. Macan samseng! Samseng pun botak je. Lepas dah kena bebel dia buat tak tahu ajelah. Dah rasa buat sekali, lepas ni jangan buat lagi la. Tunggu habis sekolah,kau nak tocang,blow,botak lantak hang la!

Inilah line rambut yang dimaksudkan. Ini!
Jay Park, awak sangat comel!



Macam dah banyak je aku mengumpat dia. Aku bukan mengumpat la,aku meluah perasaan semperna hari lahir dia yang ke tujuh belas. Tak ke sweet tu? Heh. Kalau kau baca Mir,kau peminat blog ni! Diakhir kata, Amir ni adik yang malas, sebab dia selalu buat kerja nak upah seperti buat Milo Ais. Penatlah, asyik-asyik kena buat air untuk kau. Lepas ni buat sendiri!

Jan 28, 2011

Selingan



Kehidupan itu indah.
Tapi bukan setiap hari itu indah.


atau

Bukan setiap hari adalah indah.
Tetapi ada sesuatu yang indah dalam setiap hari.

Jan 20, 2011

Nampak sedap tak?

Hari ni mood mahu makan apam bewarna-warni. Sebelum ni nak masak tapi air aiskrim soda takda. Kalau takda air tersebut apam ni tak jadi. Sebab air tersebut adalah bahan wajib. Semalam akhirnya beli juga air aiskrim soda setelah sekian lama tak beli. Alah,air aiskrim soda yang botol warna biru tu. Ha,itulah. Jadi hari ni masak kuih apam yang diidam-idamkan.

Masak kuih ni senang je cuma kena tunggu mesin pukul adunan sampai kembang la. Itupun bukannya lama pun. Lepas tu asingkan sama rata 3 bahagian supaya boleh bubuh pewarna. Terpulanglah sebenarnya nak buat 3 warna ke,2 warna ke hatta 1 warna pun takpa. Ikut kesukaan individu. Warna tu hanya sebagai penyeri je. Barulah meriah. Kononnya kalau budak kecil tengok mesti suka ni. Eh,tak payah budak kecil,orang tua pun boleh jatuh hati. Ececeh. Kukus selama 15 minit sahaja. Memang mudah.

Tadi aku berkeputusan nak buat 3 warna - hijau,merah,putih. Nanti kalau kopek kertas balut apam ni akan nampak 3 layer warna. Jadi dari atas nampak 1 warna aje lah. Nah,hasilnya begini.


Okay,esok kena buat lagi sebab dah tinggal sikit. Mungkin boleh buat warna ungu ke kuning ke. Kasi kelainan sikit.

Jan 16, 2011

Naurah dah sekolah

Anak buah kesayangan telah pergi ke sekolah! Wow,macam rasa kau baru lahir semalam je budak, tiba-tiba sekarang dah pergi sekolah pulak!!

Naurah baru berusia 4 tahun. Muda belia lagi ni.

Naurah pergi sekolah mengaji. Hari pertama di sekolah,dah kena pukul dengan budak lelaki yang agak lasak.'Ibu..black color pukul auwah ibu'. Naurah mengadu kat mak dia. Tapi ibu dia dah ajar pukul je balik siapa-siapa yang pukul dia. Haha! Bagus,betul la tu. Kena ajar Naurah pertahankan diri nanti budak black color buli dia lagi.

Hari pertama ke sekolah aku tak dapat nak sertai beliau(menyibuk macam anak aku pula). Jadi,hari kedua aku pergi melawat Naurah. Aku sogokan dia dengan pemberian pensil box Upin&Ipin warna biru. Terus letak pensil,pemadam,pembaris dia kat hadiah yang diberikan. Pensil box yang mak dia belikan dia tak guna. Tolak tepi terus. Yes,aku menang!! Hahaha!!

Naurah cuba praktikan depan aku apa yang beliau belajar di sekolah. Terus berlagak dengan cakap 'ainun mata'. A'ah la 'ainun mata'!!. Aku terus kagum dengan beliau. Betul la tu,dulu pun aku belajar 'ainun mata'. Ni baru seminggu sekolah. Kalau sampai hujung tahun ni berkomunikasi dalam bahasa arab ke? Aku pun nampaknya kena berguru dengan beliau la lepas-lepas ni. Baik,esok dia pulang rumah nak soal siasat dia lagi. Ustazah Naurah!

Adik aku biadab. Dia cakap 'lobang hidung apa Naurah dalam bahasa arab?'. Tak membina kot soalan kau! Budak tu baru belajar takat mata. Dah soal lobang hidung. Wak lu!

* Hari sabtu dan ahad pun nak pergi sekolah. Betul-betul bersemangat budak ni. Naurah,mula-mula sekolah memang la excited,lepas tu lama-lama sekolah takda la best mana pun.


*ni lagu kegemaran Naurah,lollipop!

Jan 4, 2011

Rekaan azam 2011

Wow,sekejap dah hari ke-4 pada bulan pertama di tahun baru ni. Ajaib!

2011.. apa yang kamu ada untuk aku ya??

Okay,bila tahun baru langsung teringat tentang membikin azam baru. Tak kisah la azam tahun 2010 dah dilangsaikan ke belum,azam tahun ni kena buat juga. Baru la bersemangat. Ye ke? Tapi yang penting,sebelum apa-apa,molek lah kalau baki-baki azam tahun 2010 yang tak terlaksana tu dihimpunkan sekali dalam azam 2011. Wow,macam himpunkan 2 solat dalam 1 waktu pula. Aku juga tergolong dalam orang yang merencanakan azam mereka di tahun baru ni (penipu! walhal baru je bikin azam sebab nak tulis entri ni). Sebenarnya tak perlu lah bersuara atau menggemburkan azam sendiri kepada umum tapi tu lah,sebab tak tahu nak tulis apa terpaksa lah aku mereka azam sendiri di entri ni. Supaya aku nampak lebih intelek dan maju fikiran sejajar perkembangan terknologi tahun 2011 ni. Huyo!

Ada beberapa azam yang aku fikirkan patut dilunas pada baki 361 hari ni. Aku rasa tak sabar nak tunggu hujung tahun tengok balik entri ni azam aku berjaya dilaksanakan ke tak (baru start tahun baru dah cerita pasal akhir tahun). Jadi bila dah berjaya dilaksanakan, aku mungkin boleh menarik nafas lega sambil tertawa manja dan kalau tak berjaya boleh bawa ke tahun seterusnya. Eh,tak,aku harus gelak kepada diri sendiri yang tak mampu menzahirkan kata-kata kepada perbuatan yang telah direncanakan. Wow!

Hmm.. sebenarnya aku pun tak tahu nak reka azam apa ni. Takpa,cuba je. Tipu je mana-mana anda bukan tahu pun. Eh,tapi patutnya tak boleh menipu ni di tahun baru! Jadi setelah diambil kira pendapat hati dan perasaan, maka ada 16 perkara utama yang disasarkan untuk tahun ini. Bermula!

1) Sila berfikiran positif. Terima kasih.

Secara jujur,aku anggap aku seorang yang positif tapi sebenarnya bila disiasat dalam-dalam, aku ni dikeliling cas-cas negatif yang banyak sebenarnya. Aku bab menasihati kawan-kawan pandai pula suruh mereka berfikiran positif walhal aku sendiri kurang yakin dengan diri sendiri pada kebanyakkan waktu. Bab tak yakin ni selalu bermula dengan keupayaan sendiri. Macam.. boleh ke aku buat ni? Mampu ke aku buat itu? dan sebagainya. Aku selalu berfikir yang disebalik kata-kata orang kepada aku,mereka seumpama menuju suatu maksud yang tesirat kepada aku. Seram kan pemikiran aku? Tapi inilah yang selalu mengganggu aku. Aku sepertinya bersyakwasangka(tak reti eja) kepada orang. Aku selalu mendakwa diri sendiri kurang sempurna dan menyusahkan orang lain. Tak tahu lah pula apa persepsi orang lain terhadap aku. Betul ke ejaan persepsi ni? Macam pepsi je.

2) Sila makan ikan. Cuba dan cuba!
Aku selalu dimarah oleh keluarga dan rakan-rakan dengan kata umpatan dan kejian seperti '..apa masalahnya nak makan ikan? telan je la. Bukan mati pun..' ataupun macam ni, '..patutlah kau selalu kena gatal-gatal alergi sebab tak makan ikan..' Tapi betul ke semua ni? Aku rasa mereka memandai. Bukan aku seorang dalam dunia ni tak makan ikan. Tak pula orang lain tu kena alergi. Ni dah nasib badan. Ya,binatang bernama ikan tu. Aku tak gemar. Tak kisah la ikan tu sesedap manapun,dibuat steam,cili api,sweet sour hatta digoreng kunyit sekalipun aku tak suka. Mak aku selalu marah yang kata badan tak sihat sebab takda protein dan zat dari ikan tapi aku pantas menjawab dengan mengatakan aku makan telur kira sama juga tu. Ya,yang ini memang aku buat-buat pandai. Jadi,tahun ni aku akan cuba-cuba makan ikan supaya lebih sihat dan menjadi manusia normal. Bukan apa,aku tak boleh terima/telan ikan yang gambar ikan tu,maksudnya ikan yang berwajah ikan. Eh,apa ni?? Sila faham sendiri sebab aku malas nak terangkan. Tapi aku sangat suka ikan masin. Teramat! Jadi dah dikategorikan makan ikan. Okay,settle!


3) Kurangkan mendengar/menonton produk dari Korea.


Hahaha.. boleh ke? Soalan pertama. Takpa,kita kasi set dulu azam,jalan tak jalan hujung tahun nanti kira. Aku rasa seiring dengan peningkatan usia,molek lah aku kurangkan menonton drama dan artis-artis Korea. Zaman aku dah habis,pass kan aje kepada budak-budak sekolah. Aku terpaksa buat azam ni sebab aku dah malas nak dengar mak,kakak dan adik aku mengutuk. Deme selalu tuduh aku berangan nak kahwin dengan artis Korea. (kalau dengan anak raja satu hal lah). Korea konon,Melayu pun belum tentu lagi. Haha! Sukati je tuduh nak kahwin, ingat senang ke? Aku tak kuasa nak masak kimchi kot. Lepas tu makan nasi dalam mangkuk kecil,memang tak puas. Aku mestilah nak makan nasi banyak dalam pinggan dengan tangan. Lebih afdal. Cis! Lepas ni confirm aku mesti jadi rindu dengan GD,TOP,Wonbin oppa,2PM,Beast dan semua idol-idol lelaki - (sekadar menyebutkan beberapa nama yang pasti idol-idol perempuan aku tak nak). Waa.. lepas ni jangan harap nak tengok deme buat acrobatic, b-boy,beatbox,reality show.. 6 pax dan sebagainya. Waaa~~ Tapi kalau sesekali tengok pun apa ada hal kan.

Macam mana tak angau kan. Mak,orang nak dia ni jugak. Tak kira!

4) Menulis di laman blog sendiri.

Disebabkan aku tak suka menulis diari,maka untuk nampak aku lebih up to date,rajin-rajinkan diri menulis di blog supaya blog ni tak berhabuk dan bersawang. Ada idea ke tak belakang kira,janji ada benda boleh diceritakan dan dikongsi bersama. Ada orang baca ke tak belakng kira,ada orang komen ke tak pun belakang kira. Semuanya berlakang kira. Kira.. kira.. berlakang.. berlakang. Eh, macam mana rupa kalau mengira dari belakang? Tak logik aku ni!

5) Sila jangan shaking tak tentu pasal.
Haa.. yang ini memang susah. Sebab? sebabnya aku ni istimewa sikit. Selalu shaking tak tentu pasal. Aku rasa aku ada penyakit la. Darah gemuruh yang melampau. Tapi aku harap melampau ni tak sampai la aku memerlukan ubat penenang. Dengar tajuk 'ubat penenang' pun dah seram. Jadi aku mesti selalu 'lek-lek' dan kool je. Memang susah nak buat ni tapi aku akan usahakan. Tadi pun aku dah pecahkan pinggan sebab tershaking semasa nak angkot dari meja makan ke sinki. Satu hal pula nak kutip pinggan yang berkecai tu. Nak sapu,mop lagi. Haish! Cuba aku kawal sikit,mesti takda masalah. Okay,lepas ni kerapkan tarik nafas dalam-dalam macam nak bersenam tu dan lompat bintang 10x untuk relaks kan diri. Go go!

Sekian azam untuk tahun baru ni. Lagi 11 azam memang aku sengaja tak mahu bagi tahu. Privasi. Nanti orang kata kenapa dia ni banyak sangat azam tapi satu pun tak jalan? Haha! Lagi, azam seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan keluarga,belanja rakan-rakan dan sayangkan binatang memang aku tak nak tulis. Itu klise.

* Aku perlu berjumpa dengan orang yang bernama Azam sebab banyak kali sangat seru nama dia.