Dec 8, 2009
jawab sendiri
kalau orang lain benci kat kau?
tak apa sebab aku tetap suka kat kau.
kalau orang lain rasa kau ni melecehkan?
aku rasa aku senang dengan kau.
kalau orang lain rasa sedih disebabkan kau?
tak apa sebab aku rasa kau buat benda yang betul.
kalau orang lain tak nak bersama kau?
aku ada untuk temankan kau.
kalau orang lain benci kewujudan kau?
kata kat mereka kau adalah juara.
kalau orang lain rasa kau menjengkelkan?
biarlah sebab itu memang sikap kau.
kalau orang lain rasa kau penyebab semuanya?
kata kat mereka bila semua ni bermula.
kalau orang lain rasa kau adalah penamat semuanya?
kau boleh kata dengan bangganya kau buat sesuatu yang bagus.
kalau orang lain betul-betul sakit disebabkan kau?
maksudnya kau sudah bagi pengajaran kat mereka.
kalau semuanya tak henti-henti?
kau kena datang dengan konklusi.
kalau orang lain tak berharap kat kau lagi?
aku ada untuk berharap bersama kau.
kalau orang lain tak perasan dengan adanya kau?
tak apa sebab aku rasa yang kau ada.
kalau orang lain tanya siapa kau sebenarnya?
aku suruh mereka fikir sendiri - sebab aku pun dah pening ni.. hehe :P
Nov 17, 2009
play-pause-back-play
kalau la hidup ni boleh play-pause-play-back-play balik
kan senang. MEMANG SENANG!
hidup pastinya jadi lebih menarik,
gempak,
teruja,
ceria,
bewarna-warni,
bergelak ketawa,
hati senang,
mudah,
jiwa yang tenang,
jadi lebih ringan tulang,
mesra (=
jadi tak akan ada hari-hari yang boleh membuatkan antara kita
menangis,
benci,
marah,
meluat,
sakit hati,
takut,
resah,
pendam rasa,
menggigil,
terketar-ketar/shaking
mana mungkin. kita mana mungkin dapat semua-semua yang diinginkan.
mana ada perkara yang semudah macam tu,
kalau ada aku pun nak!
kalau ada yang indah-indah tu semua dalam drama korea aje.. hahaha (=
tapi sebenarnya hidup ini sangat hebat. sukati la kita nak jadi macam manapun.
hidup kau,kau lukis la macam mana pun kau suka.
sebab tu kita kena hargai
masa-masa hidup kita. (pandai pulak aku bagi ucapan ni :p)
setiap antara kita ada cerita yang lain-lain.
jadi ada beragam-ragam dan macam-macam perkara. tu sebab Tuhan jadikan kita manusia,
untuk saling kenal-kenal,berkawan-kawan dan berkongsi pengalaman.
macam tu juga rasanya antara aku dan kau.. hehe :p
Nov 12, 2009
tujuan yang TAK pasti
Khamis:11/12/2009 Hmm.. macam mana nak mulakan ni? tak mampu nak menaburkan kata-kata. tapi nak taip juga. Begini, biar aku jelaskan satu persatu. Aku dalam percubaan membuat blog. sebabnya hanya satu, orang lain ada,aku pun nak. apa la aku ni, sudah menjadi mangsa dalam permainan ni. tujuan aku juga adalah untuk meluahkan rasa. blog ni tiada apa-apa tujuan/goal. lebih kepada penulisan tentang sendiri, aku yang merepek-repek ingin menaip entah apa-apa yang aku lihat,nampak,rasai,alami,ingati dan keinginan itu sendiri. Biar aku tambah lagi, kan aku dah cakap. aku nak taip apa-apa aja. :D semalam aku keluar bersama 2 orang rakan yang lain. aku diajak untuk mencuba makan sushi. kami ke sushi king. aku memang teruja dengan makanan ni sebab aku suka tengok cerita-cerita jepun
Nov 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)