Jul 25, 2010

Kamu itu SAHABAT


" Takkan terhidu harum mewangi jika tidak dinyalakan setanggi. Takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora".

Terima kasih.

Untuk kamu SAHABAT,
Ya,aku sedang bertarung di dalam yuda yang aku bikin sendiri. Boleh kata terjang demi terjang sentiasa menyogok aku. Aku pernah tersungkur,perlahan-lahan berdiri,berjalan setapak dan mula berlari semula berdikit-dikit. Demi tidak mahu menghampiri zulmat atau terjerumus sedalam-dalamnya, aku bertiwikrama dalam khudu dan khuluk supaya aku sentiasa dalam moderat untuk aku dan untuk kau pastinya. Sebab aku tidak tahu apa akan aku bikin lagi esok kerana yojana antara hari ini dan hari esok aku tak akan mampu congak.

2 comments:

  1. ada beberapa perkataan kita tak tahu.. mcm mne ni???
    yuda [kuda?], zulmat. bertiwikrama, khudu, khuluk, yojana

    ReplyDelete
  2. hahaha!! (maaf tergelak kuat pula yuda=kuda)
    apa kata dik cardas rujuk kepada kamus dewan edisi keempat sbb tibatiba kekda malu nak terangkan :P

    ReplyDelete