Jul 18, 2010

Cerita 4 hari



Pada tarikh ini,dengan sokongan kewangan dari ibu bapa,aku telah pergi ke Ho Chi Minh,Vietnam(adakala dieja seperti ini - Viet Nam). Terima kasih daun keladi kepada ayah dan mak ye! Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Cik Yah (ibunda) kerana sudi membawa aku berjalan-jalan. Alasan mak siapa yang tak kahwin lagi je mak bawa. PS: Minta maaf kakak,suruh abang ipar bawa kamu bercuti disana ye. Hehe (bersedia dari fizikal dan mental jika kakak baca ni. Tentu ada tindakan balas dari dia. Cet) Ala, mak sebenarnya nak suruh orang angkat luggage dan barang-barang yang dibeli kan?? Hahaha. Secara am, Vietnam terletak di kejiranan Kemboja,Thailand dan juga Laos. Populasi penduduk seramai 86juta orang menjadikan Vietnam negara ke-13 mempunyai penduduk terpadat di dunia. Huyoo!! Perjalanan menaiki belon udara mengambil masa lagi 5 minit nak 2 jam. Masa sampai airport terdapat banyak orang-orang menunggu sambil membawa sepanduk. Ingatkan nak menyambut mak dan aku,rupanya aku berangan. Dikhabarkan ada artis yang datang sana disebabkan itu ramai peminat yang sudah beratur menunggu. Nasib baik aku tak lambai-lambai tangan. Aiseh :p

Perbezaan waktu lewat sejam di Vietnam. Contohnya,sekarang jam 9 malam. Disana sekarang pukul 8 malam. Baik teruskan, aku cerita yang penting-penting dan yang paling aku ingat la ya. Sebab kalau cerita secara halus dan tulus,mesti macam menjengkelkan saja. Haha


Sebelum tu,wayar mereka berselirat kan.

Sepanjang disana,aku telah berpeluang melayari kapal selama lebih kurang 1 jam sambil menikmati hidangan makan malam(ceh,makan malam konon walhal makan buah-buahan dan air mineral saja) sambil menyusuri Sungai Mekong. Kapal tersebut menarik,semua pekerja berpakaian ala navy. Disebabkan waktu itu malam,maka aku pun tak dapat nak menikmati keindahan Sungai Mekong. Dengan tak bawa spek mata (sebab hilang tak tahu letak mana) jadi aku hanya nampak bayang-bayang kapal lain saja. Walaupun sungai ini macam gah saja tetapi apa yang aku nampak sungai tersebut telah dicemari dengan sampah sarap. Sayangnya keadaan macam itu kena lihat sedangkan sepatutnya ia terjaga bersih. Tetapi nak menjaga sungai yang sebesar itu pun suatu yang mustahil juga. Tapi kalau kita semua ada kesedaran sivik tentu tiada masalah. 'Cintailah sungai kita', memang betul kata papan tanda di sungai sebelah medan satay di Kajang ni.


Jalan memang pening. Pandai-pandai sendiri nak hidup.

Keadaan jalan raya disana sangat sesak. Kenderaan yang digunakan ialah motosikal. Jarang-jarang dapat melihat kereta di Ho Chi Minh City itu melainkan teksi ataupun kereta membawa pelancong. Semua penduduk dia menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Topi keledar dijual di tepi-tepi jalan yang menawarkan pelbagai rekaan bentuk dan warna. Ada yang stylo,ada seperti helmet gayung dan ada juga berbentuk LadyBird untuk kanak-kanak. Apa yang menarik disini,orang-orangya badan kecil sahaja. Kurus. Jarang-jarang nampak yang gemuk. Berisi pun jarang. Maklumlah,disini mereka makan makanan yang tidak berminyak,stim sahaja dan sup. Lepas tu bekerja kuat pula. Memang la tak naik badan. Kira kalau baju di Malaysia saiz S,S disana seperti XS di Malaysia (menurut firasat aku la).



Dalam perjalanan ke Pulau Kelapa.

Seterusnya mari bergerak ke Coconut Island pula. Ya,pulau ini dinamakan Coconut Island disebabkan pulau ini penuh dengan kelapa. Dengan sebiji kelapa macam-macam boleh buat. Boleh buat sikat,cermin,beg tangan,kuih pun boleh dan sabut kelapa pun boleh digunakan untuk dibakar. Hehe. Masa pergi ke pulau tersebut dengan bot juga dihidangkan air kelapa. Syok betul tapi sayang tak dapat nak korek isi kelapa sebab tak dibekalkan dengan sudu. Dah buat macam-macam cara memang tak dapat korek isi itu. Adoi, terliur la pula kalau diingatkan balik. Pemandu pelancong pun cerita la macam-macam perihal pulau ini. Aku dengar tapi aku lebih fokus nak korek isi kelapa. Akhirnya dah sampai pulau tersubut. Macam-macam cenderamata yang dijual diperbuat dari kelapa. Pulau ini bukan setakat banyak buah kelapa,macam-macam buah lain pun ada. Contohnya buah mata kucing (sangat manis dan besar,memang giant!), rambutan, nangka,nenas dan banyak lagi. Tapi disini makan nenas dicecah kacang tumbuk digaul dengan garam dan serbuk masin yang kalau kat sini kita makan dengan jambu tu. Haa..pelik tak pelik rasanya. Tapi makan aja lah. Adat lah di tempat orang kan. Sambil makan dihiburkan dengan dendangan nyanyian dan mainan muzik rakyat. Disana juga banyak lebah makanya madu pun banyak dijual beserta halia salai dan kacang yang tak pasti namanya untuk minum bersama air madu yang dicampur teh. Macam-macam! Untuk balik,kami harus menaiki sampan yang didayung oleh 2 makcik Vietnam. Bersusah payah dia mendayung membawa kami yang berat-berat ini. Laluan ini kecil saja maka akan berselisih dengan sampan yang dari arah bertentangan. Hebat sungguh makcik-makcik ini,boleh pusing dan mendayung dengan kadar laju sepanjang 2km itu. Aku pun adalah cuba-cuba mendayung tapi terpercik-percik air kat makcik pendayung itu. Mesti dia menyumpah dalam hati. Minta maaf la,tak sengaja tau makcik. Apa-apapun memang seronok mendayung nak-nak lagi sambil pakai topi macam tudung saji tu. Oh ya,laluan sungai itu macam dalam cerita Long Khong,kiri kanan ada rumah-rumah usang dan kayu bakau (eh yeke kayu bakau? lebih kurang la) macam seram aja kan. Hahaha~


Inilah makcik yang dimaksudkan. Sorang lagi ada kat belakang. Makcik baju ungu.

Mari ke Qu Chi Tunnel pula. Haa.. yang ini adalah kebanggan Vietnam sebab ini adalah peperangan diantara Amerika dan Vietnam dimana Vietnam telah menang dalam peperangan tersebut. Terowong ini sangat ajaib! Memang hebat orang-orang vietnam ini buat terowong sambil buat trap-trap yang begitu licik. Bukan itu saja,selipar getah yang dipakai mereka pun boleh mengelirukan pihak lawan. Untuk lebih up, panjang terowong ini boleh tembus sampai ke Sungai Mekong! Tepuk ! Tepuk! Aku pun mengambil peluang masuk ke dalam terowong. Disebabkan keterujaan yang melonjak,aku dan 3 orang lagi tak sabar-sabar nak turun ke bawah. Memang gelap kat bawah ini dan kami dibekalkan dengan lampu suluh kepada orang depan. Orang depan tak boleh la menonong jalan laju-laju,suluh-suluh sikit la kat orang belakang. Aku terus cop jadi peserta kedua. Tak nak aku jadi peserta paling belakang. Haha! Laluan kena merukuk jalan. Kelebaran muat-muat badan. Gerenti mat salih tak boleh masuk terowong ini sebab saiz terowong ini saiz badan orang Vietnam. Jadi orang Malaysia kan dengan Vietnam serumpun,jadi saiz lebih kurang saja. Cewah. Setiap 20 meter akan ada lobang untuk naik. Itupun kita tak boleh tertipu sebab nampak memang ada lobang tapi sebenarnya jalan mati. Ini adalah trick untuk askar Amerika dulu la. Jadi aku dan mereka yang 3 lagi meneruskan perjalanan hingga 100 meter. memang teruja dan tak nak keluar kalau boleh nak teruskan tapi masalahnya tak tahu jalan silap-silap nanti sampai Sungai Mekong pula. Selepas penat singgah makan ubi kayu cicah kacang tumbuk campur garam dan perasa macam cicah jambu tu (orang sini memang suka makan ni kot!) dengan teh cina. Esoknya,baru sengal-sengal kaki. Naik tangga pun susah jalan pun terkial-kial akibat merukuk dalam terowong la ni!


Pakcik kalau taknak tertembak jauh sikit.

Oh ya, aku sempat menembak 5 peluru menggunakan AK 47. ( kongsi dengan seorang lagi 5 peluru sorang, 5+5=10 ). Memang syok habis! kalau letak gajah pasti dah mati kena tembak. Berkat tunjuk ajar askar Vietnam tu, boleh tahan juga aku menembak (puji diri sendiri sebab askar tu cakap 'good..good'. Entah-entah dia tahu perkataan tu je kot?? Haha!) Tapi aku tak puas hati tak sempat mencuba M16. Sebab pelancong yang lain nak bergerak ke tempat lain pula. Ala kacau daun betul!!

Dah panjang taip ini. Lain kali la sambung ataupun tak sambung-sambung lagi. Haha!

3 comments:

  1. awak,apsal tak letak gambar??kite pon nak tengok camne gayenye awk kat sane!!!

    ReplyDelete
  2. ayu!
    pc kita ni takleh upload gmbr. teknologi tak sampai sini lagi. sabar aje la. haha! :p

    ReplyDelete
  3. nak tengok gmbr kak aida pkai topi mcm tudung saji tu...

    ReplyDelete