Mar 6, 2012

Kek ala-ala eskrem



Marilah kita makan eskrem nak? sebab eskrem sangat lazat/enak/sedap/menyelerakan jadi sangat suka eskrem. kali ini menu adalah kek ala-ala eskrem.

Buat kek eskrem ni sangat mudah. tutup mata pun boleh. tipulah tu kan tutup mata pun boleh. meraban nanti nak bubuh bahan-bahan. cet. kek eskrem enak ni nanti boleh lah dijamah di waktu petang hari-panas-panas-tu ataupun masa tengah menonton tv ke bersama keluarga. ataupun, kalau biasanya di hari jadi kita makan kek, apa kata buat kelainan dengan membuat kek eskrem pula. selain nampak up dan menarik, mesti orang yang makan nanti tuduh kita beli eskrem tu di Baskin Robin. chewah!

Barang-barang yang diperlukan pertama ialah biskut untuk base eskrem ni. tak kisahlah nak biskut cap apa, Marie ke Oreo ke, Mcvities ke, terpulang. dalam kes gambar diatas, aku guna oreo sebab adik aku paksa buat oreo. (tapi oreo sangat manis kan!) tumbuk-tumbuk si oreo ni hingga hancur, gaulkan bersama 2 sudu butter yang telah dicairkan dan ratakan di atas dulang. dalam kes diatas, aku lapikkan dengan plastik dahulu di loyang ini supaya mudah nak keluarkan eskrem ni nanti. kemudian, sila gaul dan padatkan hancuran oreo tadi di sekeliling loyang. berkenaan loyang tu, terpulang anda nak pakai loyang apa. nak empat segi, bulat, bujur, love atau apa-apa dulang yang ada di dapur anda lah.

barang kedua ialah eskrem. kedengaran tadi seumpama aku buat eskrem ni sendiri kan? idok le jawapannya yong oii. mana la reti nak buat eskrem sendiri. beli je sudah memadai. jadi untuk kes gambar diatas, aku beli eskrem cap Wall's Paddle Pop. konon-konon warna pelangi kan cantik, jadi pastinya eskrem tu pun nampak nyum-nyum gitu. sila beli satu tupperware eskrem tu tau. nanti biarkan cair sedikit eskrem tu dan selepas itu tuangkan di atas base biskut tadi. kasi sapu rata di semua bahagian. sila ratakan dengan cantik-cantik ok.

barang ketiga yang diperlukan adalah coklat cip/coklat rice/kekacang atau apa-apa lah kegemaran kamu. boleh jadi nak potong kecil-kecil buah-buahan ke, letak biskut love letter ke, letak biskut kecil-kecil yang gambar teddy bear tu ke, sumi ke, terpulang. seperti mana kes di atas, aku letak coklat cip dan juga badam. taburkan dengan suka hatinya di atas eskrem tu. selepas sudah siap menghias, sila simpan eskrem di dalam chiller. untuk mereka yang freezer sekali letak dengan bahan-bahan makan mentah seperti ikan,ayam,daging dan sebagainya, sila tutupkan eskrem dengan plastik agar bau hanyir bahan mentah tu tak terserap dek eskrem ini. jadi kesedapan dan keenakan eskrem paddle pop boleh terus sampai ke tekak anda.

mudah kan? kan kan? selamat membuat dan selamat makan eskrem ya!

2 comments: