Feb 8, 2012

Kepala periuk pecah



Hmm.. ini bukan suatu topik yang baik untuk diceritakan. Tapi takpa, aku ceritakan juga sebab cerita ni melibatkan aku. Ya, sebab aku lah yang memecahkan kepala periuk puan emak tanpa sengaja. Diulangi tanpa sengaja ye.

Kejadian berlaku pada hari Isnin, iaitu kelmarin. Sampai sekarang aku tak beritahu emak aku lagi sebab.. sebab.. takut! Mesti mak aku akan mengamuk dan apabila beliau mengamuk, keadaan itu sangat dasyat. Sebab pertama dia akan mengamuk ialah itu adalah periuk kesayangan beliau. Periuk tanah liat yang sedap memasak dalam dia. Kedua sebab aku tak berhati-hati dan aku lah yang suka merosakan segala barang dia dalam rumah ni. Okay, yang ni aku cerita lebih lanjut dalam perenggan baru.

Dalam rumah ni, aku yang suka ranapkan segala barang-barang mak aku. Seperti kebiasaannya, aku tak sengaja. Ya, tangan aku selalu tak hati-hati, selalu shaking tak tentu fasal dan akibatnya, segala barang yang aku pegang/guna pada waktu itu akan ditimpa berbagai perkara. Seperti sebelum ni yang pernah diceritakan, aku dah bakarkan kain baju kurung mak aku. Ha.. yang ini aku betul-betul tak salah tau. Kain tu yang super sensitif. Baru letak no.2 dah terbakar. Kain tu licin sangat. Aku masih ingat lagi kejadian tu dan akibat yang aku dapat setelah mengaku. Baru-baru ni mak aku ada tunjukkan kain tersebut yang dah ditampal (dijahit semula) untuk cover kesan terbakar tu. Mak aku punya ayat lebih kurang macam ini, "Inilah kain yang kau dah bakarkan itu hari. Kesian mak kena pakai baju compang camping sebab anak dah bakarkan baju mak dia". Mak, minta maaf tau! Memang orang tak sengaja. Takan lah seorang anak dengan riang hati nak bakarkan baju mak dia masa menggosok kan. Kedua, sudah lah aku bakarkan kain mak aku, aku pecahkan iron pulak. Haishhh!! (tengah menampar diri). Yang ini pun aku rasa aku tak salah juga sebab.. sebab.. iron board tu yang ringan, habis terjatuh iron tu dan terus sumbing! Time ni memang takut sebab bunyi dentuman iron jatuh tu sungguh kuat, aku tak kisah lagi kalau iron tu pecah tapi aku lebih risau kalau tiles yang pecah. Nasib baik tak. Fuhh! Perkara tu dah terjadi lama tapi mak aku baru perasan baru-baru ni sebab dia pergi iron baju kat atas. Semua kejadian nak berlaku bertimpa-timpa pula. Mak aku cakap " Mak iron tadi kat atas, tengok iron tu dah pecah ye. Siapa punya kerja tu?". Aku dengan nada paling slow, "orang buat..". Mak aku, " kau lagi?! Apa lagi yang kau dah buat?? ". Aku, " mana ada lagi tu ajelah. Ter la mak. Ter.. Iron board tu ringan sangat. Tergolek iron tu jatuh. Nasib baik iron tu yang pecah sikit dari kena kaki orang kalau tak terbakar terus. ". Mak aku " kalau tak hati-hati tulah yang jadi. Kau ni buat kerja boleh tak hati-hati lebihhh sikit..bla..bla.." . Nasib baik kakak aku tolong aku dengan mengiyakan yang iron board tu ringan dan menyusahkan. Itu sebab iron tak stabil letak atas dia. Terima kasih kakak! Lagi-lagi kejadian, aku juga ada pecahkan tutup kaca mangkuk Pherex (tak reti eja) beliau. Sepatut penutup tu ada dua tapi sekarang tinggal satu walaupun ada dua mangkuk, mereka terpaksa berebut penutup. Haha! Setiap kali mak aku pegang mangkuk tu setiap kali tu jugalah dia ingatkan semua orang yang ada kat dapur masa itu yang aku lah pecahkan penutup tu. Tak perlu kot mak! Waa..!! Selain suka pecahkan penutup mangkuk dan periuk, aku juga pecahkan penimbang tepung mak aku. Tapi kisah pecahkan ni masa aku sekolah rendah la. Kes ni pun beliau akan ungkit setiap kali beliau nak buat kuih masa nak menimbang tepung. Walaupun dah ada mesin penimbang teknologi, mak aku ni nak juga buka cerita yang penimbang dia jahanam sebab aku buat. " Kau ingat tak yang kau pecahkan mak punya penimbang kaler oren tu? Hobi kau pecahkan barang kan? ". Mak aku cakap tu sambil senyum-senyum. Tak pasti pula aku tu senyum kambing, senyum sinis atau senyum simpul. (: <-- senyum macam ni lah.

Berbalik kepada kisah penutup periuk tanah liat tu, kejadian berlaku semasa aku nak panaskan lauk. Dalam periuk tu masak masak lemak cili api. Jadi aku nak panaskan lah lauk tu masa nak makan dengan kakak aku sebab mak aku tidur (nasib baik dia tidur masa ni). Masa aku buka periuk dan nak letak ke bawah, aku terlepas tanpa sengaja dan praapp.. pecah.. ! Dia terbelah dua bahagian tepi tu. Aku terus mengigil takut. " Kak.. nak buat macam mana ni??! " Kakak aku, " Takpa, makan dulu. Dah makan nanti baru fikir ". Aku pun terus makan walaupun hati tak senang, tahap kelaparan lebih menguasai keadaan masa itu. Sambil makan tu termenangis la juga akibat takut kalau mak aku tau. Aku juga fikirkan ayat-ayat yang patut aku cakap kat mak aku masa aku nak buat pengakuan nanti. Jadi, aku pun suruh kakak atau adik aku mengaku sebab mereka anak emas tapi sorang pun tanak tolong mengaku sebab kata diorang tak dapat habuan apa pun. Kejam kot!! Dapat pahala apa kalau membantu orang yang terdesak seperti aku ni. Aku memang anak buluh betunggg..!! :,(

Kakak aku bagi cadangan supaya gamkan aje periuk tu. Aku pun paksa adik aku pergi beli gam dekat kedai sekarang tu juga. Aku tak kira, kena gamkan kepala periuk tu sebelum mak aku bangun tidur. Sementara adik aku pergi beli gam aku pun berkira-kira dengan kakak aku apa lah nasib aku kalau mak aku tau aku lah pecahkan periuk tu. Aku rasa macam nak lari pergi mana-mana je sebab takut. Takpun aku tuduh je abang ipar yang buat. Mesti mak aku tak marah. Tapi tak logik pula sebab abang ipar balik kampung dia hantar opah. Arghh.. kusut! Dan dengan kadar kelajuan Yaya Boboiboy, adik aku pun balik bawa gam cap UHU. Okay, aku pun gamkan dengan penuh hati-hati. Nampaknya ia mau melekat tapi rupa dia comot sikit dan obvious lakaran pecah tu. Itu je aku mampu buat. Bak kata kakak aku, baik bagitahu mak aku lepas dah lekatkan kepala periuk tu. Sekurang-kurangnya tahap kemarahan puan emak berkurang 40%. Yelah, aku cuba.

Setelah berjaya lekatkan, aku rasa ada sedikit kelegaan. Tapi sikit je lah sebab ianya lebih molek dari tadi yang terbelah dua. Kakak dan adik aku membantu, tapi lebih banyak membantu menakutkan dan menggelakkan aku. Mereka cakap aku kalut dan kabut sangat dan sepatutnya aku chill je. Chill apa kejadahnya time-time macam ni! Aku yang pecahkan haruslah aku paling takut sekali kan. Tengah aku basuh pinggan sambil sedih-sedih tu, tiba-tiba dengar bunyi selipar mak aku. Bunyi selipar ni menunjukkan yang mak aku tengah datang ke arah dapur lah. Bunyi selipar ni memang kami kenal sangat dan aku yakin mak aku dah bangun tidur dan terus pergi ke dapur untuk spotcek kot. Kakak aku pula dah bisik-bisik dari meja makan sambil buat gaya ' mak datang.. mak datang..! ' kat aku. Aku pun kabut tak tau nak buat apa dan menyorok kat tepi peti ais. Bila aku fikirkan balik, aku pun tak pasti kenapa aku perlu menyorok dekat peti ais. Sebab orang yang bersembunyi ni nampak sangat dia yang bersalah. Tapi memang betul aku yang bersalah kan. Aku pun intai sikit dari tepi sebab keadaan macam sepi je takda bunyi jadi aku musykil sebab kalau mak aku datang dapur mesti dia menyapa siapa-siapa yang ada kat dapur masa tu. Rupanya bila aku intip nampak kakak sedang gelak golek-golek dengan adik aku sebab rupanya adik aku yang pakai selipar mak aku tu untuk menakutkan aku lah kononya!! Hantu punya budakkk....!!!! Aku kat tepi tu dah geletar kepala lutut kot! Tak kelakar la buat macam tu masa keadaan tertekan ni. Aku pun dengan tak semena-mena terus bergolek kat lantai dan menangis. Aku pun tak faham kenapa nak menangis. Mungkin sebab aku betul-betul takut agaknya. Aku memang rasa nak angkat peti ais dan hempaskan kat adik aku je masa tu! Tak guna punya budak! Berani main-mainkan aku ye!

Diorang gelak-gelak dan aku sikit pun tak pandang sebab aku naik hangin, naik hantu, naik tocang,naik sheh, naik minyak dan semua naik la!! Orang tengah gundah gulana berani-berani bergurau dengan cara macam tu. Ingat sweet ke? Iskk! Akhirnya tuan punya selipar betul-betul datang. Semua orang tergamam. Aku paling tergamam sekali dan terus lari naik bilik. Takutt.. ! Aku dengar dari bilik dia orang ceria-ceria je borak. Mak aku tak perasaan kepala periuk tu sebab aku dah letak bahagian yang nampak retak tu kat belah yang kurang pencahayaan. Seperti kata kakak aku yang melegakan, " Gam je wei takpa. Periuk ni hitam, mak kan rabun jadi mak tak nampak! ". Ya juga. Mak aku rabun sebab tu sampai sekarang dia tak nampak kesan pecah tu. Ataupun dia dah perasan tapi dia tak tergerak hati nak bertanya ke. Hmm, entah la. Aku memang bersalah ni kat mak aku sebab dah masuk hari ke3 tapi aku tak bagitahu beliau lagi perihal penutup periuk. Nasib baik hari ni tak masak dalam periuk tu jadi aku rasa tak perlu la aku mengaku sekarang. Bila masa gunakan periuk tu nanti baru mengaku kot. Aku pun dah reka dialog masa hari pengakuan nanti. Harapan aku sekarang semoga mak aku tak marah, lembut hati dan senyuummm je masa aku mengaku nanti. (Tinggi kan cita-cita aku?). Aku ingat nanti nak bagi mak aku hadis yang anak buah aku selalu sebut bila ibu dia marah dia lah, " Jangan kamu marah bagi kamu syurga.. ". Mesti mak aku tak jadi marah dan terus bertambah-tambah sayang kat aku. Hikhikhik!

Nota: Sikit je kan pecah tu? Kan? Kan? Kan?

7 comments:

  1. abis la..kalau tutup periuk tu panas, abis cair gam tu...baik amik tanah liat, pastu bentukkan dan bakar sampai jadi seramik..go..

    ReplyDelete
  2. halamak... comment nomo same mcm aku nak cakap.... ringkasnye cole copy paste tak comment nomo... cis, camne bole sbijik2 aku pkir nih!!!!

    ReplyDelete
  3. nad, ko nak cakap aku ngan ko sehati sejiwa ke sbb leh fikir sebijik pe yg ko pikir?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko silap la pur. nad nak kata dia bomoh wei boleh baca fikiran ko.. aiyok!

      Delete
  4. aku pon baru nk cakap benda yg sama.. tp nomo da cakap dlu.... hebat... hehehe... ermm.. ngaku je aida.. sebut nama aku.. mesti mak ko xmarah... ajak main bowling lagi ade... heheehhe... kamon!!

    ReplyDelete
  5. mengaku jela depan mak ang cepat2..
    sesal dahulu pendapatan..
    kali ni mesti beliau mengamuk kaw2..
    haha

    ReplyDelete
  6. emmm mak kekda tau tak kekda ada blog? klu tak tau kita mcm nak bg tau ni. *oh ayt apakah ini? o_o

    ReplyDelete