Jan 20, 2011

Nampak sedap tak?

Hari ni mood mahu makan apam bewarna-warni. Sebelum ni nak masak tapi air aiskrim soda takda. Kalau takda air tersebut apam ni tak jadi. Sebab air tersebut adalah bahan wajib. Semalam akhirnya beli juga air aiskrim soda setelah sekian lama tak beli. Alah,air aiskrim soda yang botol warna biru tu. Ha,itulah. Jadi hari ni masak kuih apam yang diidam-idamkan.

Masak kuih ni senang je cuma kena tunggu mesin pukul adunan sampai kembang la. Itupun bukannya lama pun. Lepas tu asingkan sama rata 3 bahagian supaya boleh bubuh pewarna. Terpulanglah sebenarnya nak buat 3 warna ke,2 warna ke hatta 1 warna pun takpa. Ikut kesukaan individu. Warna tu hanya sebagai penyeri je. Barulah meriah. Kononnya kalau budak kecil tengok mesti suka ni. Eh,tak payah budak kecil,orang tua pun boleh jatuh hati. Ececeh. Kukus selama 15 minit sahaja. Memang mudah.

Tadi aku berkeputusan nak buat 3 warna - hijau,merah,putih. Nanti kalau kopek kertas balut apam ni akan nampak 3 layer warna. Jadi dari atas nampak 1 warna aje lah. Nah,hasilnya begini.


Okay,esok kena buat lagi sebab dah tinggal sikit. Mungkin boleh buat warna ungu ke kuning ke. Kasi kelainan sikit.

5 comments:

  1. serius mmg nmpk sedap..bg la sket apam ko ni wei..kempunan aku...mungkin ko leh letak resepi apam ni kat n3 seterusnya...wei, hantar kat aku sket.....

    ReplyDelete
  2. ha'a..letak resepi aida su.. nak try gakk... nant entry kite ade apam jugak...

    ReplyDelete
  3. wow,nampaknya kuih ni dpt sambutan. wei korang ingat free ke recipe ni? sedangkan masuk toilet pun berbayar. ececeh.

    pur-menjelang tunggu pos sampai kat ko dah basi kot.

    nad- takpayah entry nak apam jugak! kelakar la kamu!

    dekfiz- ok hari ni kekda wt color purple. tadi dah beli aiskrim soda lagi.

    ReplyDelete
  4. tgk rekahannye pun mmg nmpk sedap..ko ni hantar la kat umah aku..bukan jauh pun..emm, reunion pasni jamuan apam..ko wat..xkira..

    ReplyDelete