Dec 30, 2010

Se kawin



26 Disember 2010 (Ahad)
Batang Kali,Selangor.
Nama: Serin/Se

Se dah selamat bernikah! Hebat sekali!


Disember 25,2010
Se dah selamat bernikah. Tahniah diucapkan! Dalam geng,Se lah peserta pertama yang berjaya mengalahkan 7 orang yang lain dalam acara berkahwin. (geng ada 8 orang ahli). Mula-mula mengetahui Se nak bernikah,tak sangka pula Se nak langsungkan tahun ni juga. Ingatkan tahun depan. Itulah,perkara baik seperti membina masjid ni memang elok disegera. Jalannya pun mudah aje. Cewah! Jadi kami sebagai kawan-kawan baik ni berpakat untuk membantu beliau dalam membuat persiapan terakhir. Bukan tak tanya Se sebelum ni,beliau kata semua yang besar dah diurusakan,tinggal yang kecil-kecil je nak buat. Jadi kami pun berpakat untuk datang pada hari Sabtu.

Petang sabtu


Sampai je di kediaman Se,5 orang rakan yang lain dah sedia menunggu aku dan lala(salah seorang ahli kumpulan). Se pun ada. Eh,mestilah Se ada,kan tu rumah dia. Ceh! Se kelihatan berseri. Mesti Se berseri sebab nak kahwin kan. Kan. Kan. Se berseri macam kuih seri ayu. Tapi,masa aku baru duduk tu ada adengan kurang best sikit, Oja(salah seorang ahli) berbisik kepada aku. Dialog beliau lebih kurang macam ni. '..Da,siapa kahwin last memang malang weh. Takda sapa nak datang tolong! Semua orang dah kahwin. Buat sendiri!..' Aku terus naik hantu dengan Oja, aku reply '.. Jadi ko nak kata aku la yang last kahwin tu kan jah?!!..' Oja terus tepis kata-kata aku tapi aku tak peduli. Jaga kau Jah! Nanti aku show off kat ko bila kahwin nanti. Haha!! Nak dipendekan cerita,kami pun minum petang dulu sebelum memulakan tugas. Selesai minum petang dan bergosip, kami pun memulakan kerja. Kerja ada dua:-
1) Lap daun pisang depan,belakang dan dipotong kecil-kecil nak buat balut tapai
2) Cucuk bungga manggar

Aku pilih lap daun pisang sebab aku yakin aku mampu lap daun tersebut dengan laju. Amboi! Tapi kan,daun pisang amatlah banyak. Selambak! Bertimbun! Lap-lap,potong-potong masih tak habis juga! Sampai Maghrib juga lah dok mengelap. Sesudah yang demikian,kami pun solat Maghrib (saja nak cerita kat sini bersolat supaya nampak lebih alim) dan memulakan aktiviti seterusnya. Ada tiga aktiviti iaitu :-
1) Hias bilik pengantin
2) Bungkus tapai
3) Pakaikan inai kat pengantin

Aku dengan tak syak lagi pilih bungkus tapai. Walaupun tak pernah umur membungkus tapai,makan tapai pun bila pergi kenduri orang kahwin (tu pun tapai dalam bekas) aku yakinkan diri juga nak membuatnya. Sebab aku amatlah tak tahu macam mana nak menghias bilik pengantin. Bagi je dekat orang yang lebih kreatif dan berbunga-bunga. Nak memakaikan inai pula,kang comot-comot jari pengantin. Satu hal nanti. So takpayah,bungkus je tapai! Jadi setelah diadili secara saksama,akhirnya 3 orang hias bilik pengantin,3 orang bungkus tapai dan seorang pakaikan inai kat pengantin. Photographer siapa-siapa yang bawa kamera boleh curi-curi tulang sekejap pergi ambil gambar. Maka bermulalah edisi membungkus tapai yang amat banyak. Sungguh!

Tapai oh tapai


Tapai ni rupa je kecil tapi leceh! Kakak ipar Se,Kak Min punya mak (faham kan?) yang ajar macam mana nak membungkus tapai. Makcik ni pro dalam membikin tapai dan kuih-kuih traditional. Datuk-datuk,orang ramai hatta Sultan pun menempah kat Mak Kak Min. Mak Kak Min dengan tabah mengajar kami membungkus tapai. Langkah-langkahnya:-
1) Cari daun pisang yang dah dipotong satu besar satu kecil. Tepek kan yang kecil di atas yang besar.
2) Bubuh 1 sudu tapai. Agak-agak,jangan banyak sangat nanti mulut daun pisang tak boleh tutup.
3) Kepitkan kanan dan kiri daun pisang ke tengah. Kelepetkan ke depan dan stapler (afdal 1x stapler,dah 2 3 4 kali nanti buruk tapai,bukan takat buruk boleh mengakibatkan rabak kulit pisang).
4) Okay siap!

Okay,ada 3 balang besar menanti untuk disettle kan! Korek punya korek tapai,tak habis-habis pun! Sementara geng yang tengah hias bilik pengantin pun tak siap-siap lagi. Lepas dah bungkus tapai tu kena gunting pula hujung daun tu baru lah nampak cantik dan berdisiplin. ARGH! Memang sengsara tapi akhirnya berjaya juga siapkan. Pengajaran dalam kes ni,molek lah kalau sang tapai diletakkan dalam container kecil supaya tak berair-air. Tapi nak bungkus dengan daun pisang pun tak jadi masalah. Barulah nampak traditional sikit. (walhal lepas ni tanak terlibat dalam acara bungkus tapai dengan daun pisang lagi).

Aku pun tak sempat nak menyiasat geng hias bilik buat apa,tapi mereka pun penat lelah lepas siapkan semua. Jadi lepas dah siap mereka pun tolong bungkus tapai. Jadi kami semua bau tapai. Haha,nasiblah! Cerita ni takda la sadis sangat,ada je kami break makan malam sambil rehat-rehatkan tulang belukang. Ececeh. Lepas siap tapai,hias bilik pengantin dan menginai pengantin,sekarang ni masa untuk masukkan bungga telur pula dalam goodies bag. Okay,kerja ni kena buat lewat sebab pihak lelaki hantar lewat telur rebus. Nasib baik dah ikat kan telur dekat bungga paha tu kalau tak,kalau tak.. takmau fikir!!(mestilah tak tidur malam kena ikatkan barang satu persatu telur dekat bunga tersebut,T-I-D-A-K!). Nasib hanya perlu masukkan dalam beg je. Taklah susah mana pun. Sambil tutup mata tidur pun boleh buat. Lagi,kami ada beli tau kek untuk Se. Konon-konon, sebelum dia kahwin malam tu macam ada pesta kecil la. Tapi tak sempat sebab dah tengah malam. Takda makna la kan nak berpesta ria pula!

Jadi kami pun balik ke rumah yang Se sediakan untuk aktiviti mengcas tenaga. Esoknya pagi-pagi kena siap ni sebab Se nikah jam 9.30 pagi di masjid.

Disember 26,2010

Se selamat bernikah.

Okay,kami semua terus menuju ke masjid. Tengok pengantin lelaki pun dah sampai,Tok kadi pun dah ready,sekarang ni tinggal edisi akad nikah pula. Sesi membaca taklik dimulakan. Antara dengar dan tak tak dengar sebab mengantuk. Maaflah,tak sengaja. Nasib baik tak buat perangai tidur dalam masjid. Tup tup dah di ijabkabulkan,Alhamdulillah(tadah tangan sekarang). Sedih bercampur gembira. Sedih sebab sendiri tak kahwin lagi (tipu je) sedih sebab Se dah ada keluarga sendiri dan gembira sebab Se dah ada keluarga sendiri. Erkk.. ehm.. tskk..tskk. ;(

Mari pulang ke rumah Se pula sebelum ke dewan saksi persandingan beliau dan pasangan. Ewah! Sekarang ni kami semua minum pagi sebab sebelum pergi masjid tadi kami sempat menelan tapi tak kunyah makanan. Dalam jam 12 tengah hari kami bergerak ke lokasi dewan. Kawan-kawan sekuliah pun dah sampai. Pengantin biar je dulu sebab deme tak habis mekap lagi. Pandailah deme pergi nanti. Sampai dewan,serang lagi makan. Sambil menyerang makanan tunggu pengantin tiba. Oh,pengantin dah sampai! Nampak Se dan pasangan melangkah masuk ke dewan. Cantik dan hebat! Tapi tiba-tiba tersedih pula. Macam tak percaya je kawan yang dulu basuh kain,pergi dewan makan,pergi meronggeng bersama dah kahwin. Lepas ni.. ah!..tanak fikir lepas ni Se boleh bergembira macam kami dulu lagi ke tak sama-sama. ;(
Lagi satu,tak fasal-fasal aku pergi merenjis pengantin! Tak pernah hidup buat ni. Sebab tak tahu baling beras putih ke.. kuning ke.., aku baling-baling je kat wajah pengantin! Rasakan! Entah-entah masuk dalam mata pengantin, ayok! Haha! Takpa,ni la gunanya pengapit. Bersih-bersihkan pengantin. Selepas tamat kami merenjis-renjis dipilis,kami pun berangkat pulang sambil membawa ingatan bersama Se. Ececeh. Diucapkan kepada Se dan pasangan,semoga kekal hingga akhir hayat. Apa-apa,call me!

* 7 orang lagi baki ni, Go!


Kawan-kawan saya semua sangat cantik!

4 comments: