- Sambungan -
Kehidupan di hutan sangat mencabar tau. Bukan aku nak komplen panas,tapi memang ya pun. Kulit mestilah bertukar warna. Aku bertambah-tambah menjadi gelap. Apa boleh buat,pasrah saja la. Nasib baik dapat RM100 sebulan,boleh la beli produk memulihkan apa-apa yang patut. Lepas tu ditambah pula dengan aktiviti yang panjang dari pagi ke petang,petang ke malam membuatkan masa-masa diisi dengan baik. Selalu juga ada rehat. Tapi bila rehat nak beraktiviti pula. Macam-macam!
Sebenarnya aku suka duduk dalam hutan tu. Tak tahu kenapa sebulan saja duduk dalam hutan, baki 2 bulan lagi di IPT. Kat sini aktiviti hebat sikit. Ada ikhtiar hidup,flying fox,abceiling,menjelajah sungai,berakit,menembak je tak (marah ni budak-budak sekarang dapat memegang senjata!). Memang la penat tapi seronok tau. Ada sekali tu kami pergi ke Taman Rekreasi Sekayu (tuduh je Taman Rekreasi), Subhanallah.. cantik ya pemandangan disitu! Redup,hijau,air jernih,memang terbaik! Sebab tak ada kamera aja masa tu,kalau tidak tentu-tentu aku dah amik gambar lalu diletakkan disini sebagai bahan bukti. Kalau ada rejeki,aku teringin nak pergi balik ke sungai Sekayu tu. Di situ kami kena merentasi sungai menggunakan tali yang telah dibentangkan. Seram kot! Mula-mula kaki cecah lagi dalam sungai tu. Lama-lama makin kedalam,apa lagi terkuak-kuak la semua orang. Nasib baik aku dapat merentasi sungai dengan selamat. Tapi ada je budak yang dibawa arus,tapi Encik Jurulatih dah standby kat depan tu kutip balik sesiapa yang terbabas tu. Lepas tu,kami dibahagikan kepada kumpulan kecil-kecil seramai 8 orang ahli setiap kumpulan. Tajuk task ialah membuat rakit lalu menyeberang sungai (berlumba dengan kumpulan lain). Oh,seronok betul ini!! Sebabnya mestilah kumpulan aku menang,itu yang seronok tu! Berbaloi jari luka-luka berdarah masa membuat rakit. Bila menang masa berakit tu terus sihat semuanya. Nikmat! Ada rakit yang dah terbarai masa mengayuh,tapi tak apa,ciri-ciri keselamatan tetap diutamakan,dah pakai life-jacket siap-siap.
Kami berjalan kaki menuju ke tempat sungai ni dari tempat parking bas. Rasanya berkilometer jugalah dah berjalan. Tak sedar pun tiba-tiba dah jauh kami berjalan. Sebab mungkin jalan ramai-ramai,berbual-bual jadi penat pun tak terasa. Kami balik ke khemah dengan wajah puas dapat mandi sungai. Disertakan pula dengan kemenangan berakit membuatkan aku mendapat pujian dari ahli khemah. Hahaha!
Cerita kedua berkenan ikhtiar hidup di hutan. Kami dibahagikan kepada sub kumpulan untuk senang dikawal. Sebelum bertolak,segala peralatan harus disediakan. Kami tak tidur dalam hutan tetapi akan berehat di sana. Jadi bahan makanan dan peralatan memasak kami bawa siap-siap. Sepanjang perjalanan,Encik Jurulatih memperkenalkan kami dengan nama-nama pokok,daun-daun herba,kegunaannya,serangga dan macam-macam lagi. Banyak ilmu/info yang kami dapat. Aku rasa sepanjang sesi masuk ke hutan tu,aku banyak melopong dengan kekaguman tumbuhan yang terdapat dalam hutan tersebut. Ajaib! Macam-macam pokok ada,saiz,pelik-pelik pun ada. Menakjubkan bukan? Kalau aku tak sertai PLKN,aku tak rasa aku sendiri pergi hutan,tengok apa ada dalam dia. Haha.
Oh ya,ada satu kali itu,kami berhenti di sungai,nak berehat. Tiba -tiba Encik Jurulatih panggil aku. Dialog kami lebih kurang macam ini :-
Encik Jurulatih : Kamu! Sini sekejap. ( Sambil menunding jari ke arah aku )
Aku : Saya? Oh,saya rupanya! ( Sambil menunjukkan diri sendiri untuk confirmation )
Encik Jurulatih : Awak ada rasa sakit ke sekarang?
Aku : Hah,sakit? Tak pula. Tapi penat la Encik.
Encik Jurulatih : Oh. Memang jauh kita berjalan dah. Awak pusing belakang sekarang.
Aku : ( Walaupun aku macam takut dan confuse,tapi aku buat aja la seperti disuruh )
Encik Jurulatih: Awak lipat sikit seluar tu.
Aku : ( Mula naik angin ) Kenapa Encik? Apasal saya kena sensengkan seluar pula?!
Encik Jurulatih : Kamu ni,kang saya cakap awal-awal kamu pengsan pula. Dah,angkat seluar sikit ada pacat dah berdarah-darah kat seluar kamu!
Ceh! Encik Jurulatih ni bikin suspen aja. Sebab aku ingat dia nak kata ada ular kat kat kaki ke. Mau tak seram!! Eh,tapi memang cuak masa ni sebabnya Encik Jurulatih suka hati dia buang pacat dengan parang panjang yang dia pegang sejak awal penggembaraan . Korek pula tu kat kaki. Guna la pisau pendek sikit ke,kayu ke, ni parang terus! Aku tengok pacat tu ada 2 ekor,gemuk-gemuk pula tu. Lepas tu Encik Jurulatih cakap, mesti pacat tu dah pengsan kekenyangan sebab overdose minum darah. Tak lucu la Encik! Menggigil-gigil kot masa ni. Oi pacat,kau suka la tu kenyang kan!! Seluar dah berdarah-darah. Macam pendarahan tu teruk sangat la pula. Tiba-tiba rasa macam nak pitam sebab tengok darah yang banyak sangat. Ececeh..over ya!
Itulah antara pengalaman di dalam hutan. Sepanjang masuk hutan,ada 2 kali kena serang pacat. Memang lah pacat aja,tapi pacat tetap la pacat. Minum darah beb! Walaupun kami dah dibekalkan dengan stoking tebal masuk hutan tu,siap boot bagai,boleh tembus pula sang pacat ni. Ajaib sungguh! Antara lain,tergolek-golek jatuh ketika turun bukit atau tiba-tiba jalan tersadung kaki lalu terjatuh adalah perkara biasa. Aku dah tak ada perasaan nak malu dah,kena gelak ke, apa ke, lantak!
Masuk bulan kedua,kami ditempatkan di UiTM Dungun. MasyaAllah..cantik ya sini. Mengadap pantai. Seronok betul. Terus nak tuduh macam kat Hawaii! ( Macam la pernah pergi Hawaii ). Cet! Kat sini aktiviti dia aku tak berapa nak suka,sebab tak ada aktiviti outdoor. Ada pun aktiviti makan kuih akok petang-petang bawah pokok. Itu aja la. Oh ya,bila dekat sini hari-hari makan Nasi Dagang. Lazat. Disini,aktiviti yang membabitkan self-confidence diketengahkan. Kena buat kumpulan,bentangkan,sesi soal jawab dan nak kena menjawab dan sebagainya. Bagus,boleh meningkatkan keyakinan diri. Aku cuba bermonolog sendiri.
Peserta PLKN yang lelaki disini agak nakal. Sampai tak boleh nak cakap apa kadang-kadang tu. Ada satu kali itu,tengah pagi aku tak tengok pula pukul berapa. Tapi aku mesti pergi tandas juga masa tu. Aku duduk di level ketiga,tandas di hujung level. Depan tak jauh tu hostel lelaki. Ya,dalam pukul 2 atau 3 pagi kot masa tu,aku keluar ke tandas tanpa mengajak rakan untuk meneman. Sebab aku tak terfikir pun nak bawa teman. Jadi aku pergi je la. Masa aku nak ke tandas tu,nampak banyak 'orang pakai telekung' bertenggek di hostel yang depan tak jauh tu. Aku tengok eh,ini macam hantu?! Lepas tu aku fikir kenapa hantu lambai-lambai pula?? Ceh!! Rupanya ni budak-budak punya kerja. Aku fikirkan itu telekung tapi rupanya tu cadar mereka buat macam jadi hantu la ( esoknya tanya seorang rakan ). Tak lucu la untuk pukul 2, 3 pagi buat macam tu!! Nasib baik aku mamai, kalau tak mesti dah pengsan. Cis!!
Walau apa pun,semuanya seronok di PLKN. Tak akan jumpa lagi keadaan macam ini lepas-lepas ini. Aku selalu berharap boleh ulang semua ni,tapi harap tetap menjadi harapan. Teringat masa nak ambil cek wang RM300,semua orang berebut-rebut,bertolak-tolak nak ambil wang. Walhal setiap orang pun akan dapat. Biasalah,budak-budak kan memang seronok dapat duit. Macam dapat duit raya. Kan seronok tu. Aku rasa mereka yang sertai PLKN saja boleh rasa bagaimana seronoknya disini dan apa yang diperoleh disini. Jangan difikir yang negatif,cuba fikirkan apa impak positif yang para pelatih dapat. Memang setiap yang berlaku itu ada tujuannya.
Jangan kita tanya apa negara sudah lakukan kepada kita,tapi tanya diri sendiri apa yang telah kita sumbangkan kepada negara.
Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-53!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
hebat la encik jurulatih tu nmpk pacat! gemuk2 pula tu...
ReplyDelete