Jan 26, 2010

Sepetang berhujan


Hujan - ada yang lebat, ada yang renyai, ada juga yang datang dengan guruh dan kilat sekali

Sewaktu kecil, aku disogokkan dengan cerita kononnya hujan terjadi disebabkan awan menangis lalu tertumpahlah hujan. tidak pula aku bertanya lanjut mengapa awan menangis. bagi kanak-kanak sebesar aku ketika itu, jawapan yang diberikan sudah cukup memuaskan hati.

tapi biarlah aku tetap berfikir sebegitu walaupun sudah besar seperti sekarang ini


Ada yang suka kehadirannya, tidak kurang pula yang kurang senang dengan kehadirannya. mungkin ya, tapi hanya pada awalnya tetapi ada nikmat menanti dipenghujungnya
alasan yang selalu diberikan seperti tidak membawa payung ketika hujan, leceh, kerja terbantut dan sebagainya. terlalu banyak sangat complaint selagi mereka yang bergelar manusia yang tidak pernah kenal erti berpuas hati.

Cuba perhatikan, hujan sebenarnya memberi banyak ruang dan peluang untuk kita untuk banyak perkara. Ruang untuk kita mencipta alasan untuk bermalas-malasan (betul bukan?) dan juga peluang seperti melihat pelangi selepas hujan. itupun jika kita bernasib baik lah
Muthu Jual Kacang Hijau Balik India Utara
m-merah, j-jingga, k-kuning, h-hijau, b-biru, i-indigo, u-ungu adalah turutan warna pelangi yang aku pelajari sewaktu sekolah rendah dan tetap diingat sehingga ke hari ini. terima kasih cikgu! selepas ni rakan-rakan, sila warnakan pelangi mengikut urutan ya! :D

-sambung balik-

jika kita benci pada hujan yang turun pada waktu yang bukan kita harapkan, ketahuilah oleh kau bahawa berapa banyak pula mereka-mereka yang mengharapkan hujan di tanah mereka.
air yang mereka sangat dambakan,
tekak sangat dahaga,
air untuk tanaman,
untuk binatang peliharaan,
untuk pengairan,
untuk kumbahan
dan banyak lagi yang kau pun tahu. jadi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. kerana mereka-mereka itu sangat mencemburui apa yang kita ada

nota kaki: Gambar yang dilampirkan bukanlah ditangkap ketika hujan. tetapi adalah gambar sebuah jambatan yang sangat penting dimana menghubungkan dua tempat yang digunakan oleh jutaan manusia pada saban hari.

1 comment:

  1. terlintas pada ku pagi ini...cerita tentang kemarau...dimana manusia begitu dahagakan air sehingga mereka menunggu lembu untuk berkencing untuk meminum seteguk air masing-masing darinya....maka bersyukurla..

    ReplyDelete