Feb 7, 2012

Kembar 3



Semalam, aku, kakak dan anak buah telah pergi ke Mekdi. Kesian Naurah cuti sekolah tak pergi mana pun, duduk rumah Atok je, takpun pergi rumah jiran sebelah ( Cik Pidah). Boring je budak tu. Pergi Mekdi pun jadi la kan.

Semalam juga aku telah tambah lagi permainan anak patung dia. Minggu ni beli Happy Meals dapat anak patung Alice in Wonderland. Anak buah dah ada 2 ekor, jadi aku dah tambah kan lagi sekor jadi dia ada 3 anak kembar! Hurreh !!

Naurah kata kat ibu dia 'ibu, muka dia 3 semua sama ibu'. Naurah teruja dengan 3 anak patung sama dia. Kemain suka dia. Kelakar kot dia rasa sebab ada 3 anak patung yang muka sama. Aku menyibuk dengan mengatakan mereka kembar tu sebab muka sama. Beliau terus tuduh yang dia sendiri adalah ibu kepada anak-anak kembar dia tu. Suka hati kau lah budak! Dia tanya aku lagi apa nama anak-anak kembar dia. Dia yang jadi ibu lepas tu suruh aku bagi nama pulak eh. Takpa, aku dah bagi nama anak-anak dia tu. Nama mereka Doralina, Doraliza dan Dorayaki. Comel kan nama-nama tu (:

Nota: Doralina, Doraliza, Dorayaki. Tepi kanan sekali tu Naurah sebab tu Puteli yang dah besar macam dia, katanya. Sekarang ni anak-anak patung tidur mata tutup. Kalau berdiri kan mata semua tu celik. Seram je.

Feb 2, 2012

Saya nak jadi penulis!!

Nekad - aku ingin jadi penulis. Eh, bukankah sekarang ni pun dah di kira menulis? Ya.. betul. Tapi aku nak jadi penulis, yang betul-betul penulis. Jadi, tolong jangan gelak kan aku.

Selamat menulis, penulis. Go go!

Jan 24, 2012

Cameron Highlands


Ini ladang teh tau.

Sabtu lepas (21/01/2012) aku dan rakan-rakan telah pergi ke Cameron Highlands. Padan muka kami sebab tersekat jem selama 8 jam sebelum sampai di sana. Argh. Pandang kiri kanan kereta sama je kat sebelah. Rasa macam nak buka tingkap borak-borak dengan kereta sebelah je. Takpalah, pengalaman ni. Sekurang-kurangnya setiap kali raya cina akan ingat peristiwa berdarah ni.

Kami sampai malam. Dah la malam, hujan pula tu. Sejukkkkkk~~ Kesejukan sampai rasa nak baling diri dalam unggun api je. Tapi tempat penginapan kami takda unggun api. Kaki walaupun pakai stokin tapi bila berjalan kat lantai tu macam pijak ais je rasa. Mungkin sebab hujan maka suhu bertambah-tambah sejuk. Kalau tak hujan takdalah rasa amat sejuk macam tu kot. Bila ke pasar malam terasa bahagia bila berdiri depan orang kipas jagung bakar. Panas la sikit. Eh, sedapnya makan jagung bakar butter lebih !! Yummeh yummeh yummeh!

Esoknya kami telah ke ladang teh dan kebun bunga walaupun aku tak suka bunga. Aku ada ambil 2 keping gambar bunga yang terpilih. Oh ya, selain jagung bakar yang enak, brokoli goreng pun enak juga. Strawberry salut coklat memang lazat dan pastinya yang paling sedap sekali ialah aiskrim strawberry!!



Warna bunga ni nampak manis jadi aku suka.







Eh, ini bunga ke? Ini macam loceng je bentuk dia. Aku pun tak pasti ni apa.



Suka tengok bunga ni. Dia kecil tapi nampak kuat. Walaupun dia tak besar dan gah macam bunga-bunga yang lain, dia akan tolong cantikkan bunga yang lain bila letak bunga ni dengan bunga besar yang lain. Rasanya bunga ni suka menolong bunga yang lain lah. Eh, apa aku merepek ni. Apa-apalah.




Nota: Tak ambil gambar banyak sebab konon-konon nak menghayati keindahan alam lah. Konon.

Jan 14, 2012

Ha Wau Ha Wau



Ini adalah 2 helai tiset kool. Ada warna putih dan hitam. Katanya yang hitam tu salah buat. Apa yang salahnya pun tak tahulah. Menarik je. Terima kasih!









Sebenarnya part yang paling kool dekat tiset ni adalah tulisan jawi berkenaan. Ha wau ha wau, HUHU maksudnya. Maksudnya ini adalah tiset kumpulan. Hurreh!











Ingatkan tiset ni ada tulisan ha wau ha wau je rupanya disertakan sekali dengan gambar akak ni. Akak pun akaklah. Layankan aje.





Siapa-siapa nak tiset wajah sendiri angkat tangan!

Jan 13, 2012

Buku Baru



Hari yang ke 13 dalam bulan pertama di tahun baru. Rasanya sempat lagi aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kamu. Ya, kamulah yang sedang membaca ini! Semoga tahun ni lebih membawa makna, lebih produktif, lebih bersemangat, lebih kuat, lebih hangat dari biasa dan lebih segala-galanya dari tahun lepas. Eceh! :D

Topik pada pagi ini ialah tentang buku baru. Sebenarnya buku ni taklah berapa baru, cuma lambat dihebahkan menjadi entry je. Apa-pun aku dah khatam buku ni. Buku yang sangat menarik! Terima kasih sejuta kepada sahabat Seroja dan Lala kerana membelikan buku ni. Bertuah ada kawan yang pergi bercuti ni, bila pergi tak lupa belikan hadiah. Ewah! Mari selidik sikit tentang buku ni.

Puisi Perempuan
Perempuan Puisi


Tajuk pun dah kool kan? Apatah lagi baca dalam dia, lagi kool. Haha. Sebenarnya banyak je perkataan jawa yang digunakan dan pastinya aku memang aku tak faham. Sebab buku ni dari Jogjakarta,Indonesia jadi bahasa yang digunakan sudah pastilah bahasa Indonesia. Aku juga amat malas nak google mencari maksud sebenar. Aku cuma faham sendiri je dan kaitakan dengan situasi ayat. Rasanya maksud yang disampaikan aku boleh agak. Agaknya lah.

Menarik tentang buku Jurnal Sajak ini ialah segala sajak dan puisi dari pemuisi-pemuisi perempuan. Seperti yang tertera di muka hadapan, Puisi perempuan Perempuan puisi makanya karya-karya dari golongan wanita. Hebat! Pemuisi dari negara barat dan juga dari Indonesia sendiri. Ada yang aku tahu pemuisi tersebut dan banyak juga aku tak tahu. Takpa, dengan bantuan buku ni, aku telah mengenalpasti beberapa nama pemuisi.

Puisi yang disajikan juga sangat apa ya, sangat realistik. Maksudnya, penggunaan ayat yang digunakan begitu dekat-perkataan sehari-harian. Penceritaan dalam puisi dan sajak sangat dekat dengan diri kita sendiri. Ya, yang ini aku pasti. Kerana segala yang kita buat sebenarnya, apabila diterjemahkan melalui kata-kata akan membentuk satu penceritaan yang menarik. Struktur ayat yang digunakan membuatkan aku berfikir yang luasnya maksud puisi dan sajak itu sendiri. Sebab boleh jadi ayat yang kita bina boleh menjadi maksud yang mudah difahami tanpa perlu kata apa-apa. Argh, aku semakin keliru dengan struktur ayat sendiri ni. Hehe.

Mungkin bagi sesetengah orang buku macam ni sangatlah membosakan. Ya, aku boleh faham sebab aku sudah jumpa dengan golongan tersebut. Contoh paling baik adalah aku. Dalam rumah ni aku je yang suka buku begini, orang lain semua tak ambil peduli. Oh, aku dan orang lain memang tak sama! Sudah pasti dalam kehidupan ini, apa yang kita suka tak semestinya orang lain suka. Apa yang orang lain tak suka mungkin boleh jadi kesukaan bagi kita. Hidup ni kelakar kan? (:

Disudut kiri bawah buku tertera 'Nomor 1 Tahun 2011'. Maksudnya buku ni best-seller la ni tahun lepas. Bertuah la aku sebab dah dapatkan buku ni. Yeay!

p/s: Teringin juga jadi si pemuisi seperti akak-akak ni semua. Suka betul berangan aku ni.

Dec 25, 2011

25 Disember 2011

Hari ini memang hari krismas tapi yang lebih penting dari itu, hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa. Hurrehh.. tepuk! tepuk!

Ibubapa telah berkahwin selama 33 tahun. Mak aku cakap berbagai pengalaman telah beliau tempuh seperti manis,pahit,masam,masin,payau semua ada. Kau ada? Dia cakap lagi. Memang la aku takda mak!! Tapi ayah aku cakap yang banyak manis je. Amboi ayah!

Jadi tahun ni kami meraikan mereka dengan pergi makan di restoran arab. Pertama, sebab mak aku ingin sangat makan makanan arab. Kedua, sebab aku pun nak makan juga. Hehe. Jadi kami telah ke Alrawsha di Kg. Pandan kot. Entahla, mungkin aku berangan semasa dalam kereta tadi jadi aku tak pasti mana lokasi restoran tu. Turun-turun kereta je dah sampai. Cis.

Tempat makan tu menarik, bangunan tu sendiri dah menarik. Patutlah, Alrawsha tu nama batu di tengah lautan di Labenon, patut seni bina dia macam dalam gua je konon-konon. Aku tahu ni pun sebab aku baca di menu makanan. Ada cerita sekali pasal asal usul nama kedai ni.

Masa sesi menganalisa makanan, aku pun tak tahu nak order apa sebab aku tau tujuan datang sini nak makan nasi mandy, jadi nasi mandy la yang perlu di order. Diingatkan, aku bukan sengaja mengada eja mandy ni mandy bukan mandi sebab aku tiru dalam menu tu eja macam ni. Okay? Tapi aku tertarik dengan satu menu ni yang bernama Tabbouleh. Ada kisah disebalik nama Tabbouleh ni. Begini kisahnya.

Masa sedang mencari-cari makanan yang bersesuaian dengan tekak, aku terserempak dengan nama Tabbouleh ni, kebetulan si pengambil order ni ada di sebelah. Aku bercakap la 'Tabbouleh' sambil membaca menu tu, rupa-rupanya beliau dengar dan dengan tiba-tiba dia menyahut 'boleh'. Aku agak hairan sebenarnya. Tapi aku tersedar yang dia tengah buat cubaan melucu, sebab dia cakap 'boleh' sambil senyum-senyum. Jadi aku pun cakap la kat dia 'boleh ke tak boleh?'. Dia jawab 'bolehhhh..bolehhh order'. Ewah!! Berani dia main boleh-tak boleh dengan aku ye! Haipp!



No.7 - Tabbouleh

Aku give up dengan sesi memilih makanan. Aku serahkan kepada kakak dan abang ipar je memilih. Aku makan je apa-apa yang mereka order nanti. Tuan ayah pula kelihatan dah tak senang dengan menu makanan sebab tiba-tiba beliau minta sambal ikan. Takda kot ayah! Berani minta sambal ikan kat kedai arab! Kari ikan aku boleh terima lagi. Tapi kari ikan pun takda disini. Arab makan ayam dan daging je kot. Agaknyalah sebab si pengambil order pun cakap takda. Puan emak dari mula sesi asyik menyeru nasi mandy. Adik aku pula dengan tak malunya oder sandwich daging. Kau memang makan banyak!

Si pengambil order cuba berjenaka manja dengan aku dengan mengatakan mahu Tabbouleh tu ke tidak. Okay lah, aku order juga Tabbouleh tu. Nak juga rasa apa si Tabbouleh ni. Masa ni mata aku meliar mencari tandas. Aku tiba-tiba teringat perkataan 'hamam' yang bermaksud tandas dalam bahasa arab. Ini pun aku ingat akibat aku melawat mak kawan aku yang baru pulang haji tempoh hari. Mak dia bercerita pasal tandas dan beliau menyebut hamam. Jadi aku dapat idea nak menyoal si pengambil order sebab aku memang nak pergi hamam pun. Heh. Jadi dialog aku dengan beliau lebih kurang macam ni:

Aku: Where is hamam?
Si pengambil order: Oh! you can speak arabic! (nada dia memang teruja masa ni). Hamam bla..bla..bla.. (cakap arab) sambil menunjuk ke sebelah kanan.
Aku: No. I only know hamam and syukran!
Si pengambil order: bla..bla..bla.. (cakap arab).


Dia teruja pula sambil cakap arab tu. Aku dah cakap aku tahu dua perkataan tu aje berani dia buat ayat panjang dekat aku! Tapi aku agak dipandang tinggi oleh keluarga ketika itu sebab mereka tanya aku apa itu hamam. Aku pun cakap la hamam tu tandas dengan nada ada sedikit riak macam konon arif perkataan arab la. Hehe!

Kakak aku adalah bekas pelajar sekolah agama. Jadi dia memang belajar bahasa arab dan tahu berbahasa arab. Sedikit katanya. Tapi aku tengok dia tahu je. Jadi dia suruh aku tanya kat si pengambil order apa nama beliau. Dan aku tak faham kenapa dia suruh aku yang bertanya sedangkan patutnya orang yang lancar berbahasa arablah kena soal. Berani suruh aku. Mesti si pengambil order tu tuduh aku nak mengurat beliau. Jadi, aku dalam keterpaksaan menyoal beliau (poyo). Tapi sebelum tu aku tanya kakak macam mana nak soal. Beliau cakap tanya dia 'Ma Ismuki' sebab dia lelaki. Kalau perempuan 'Ma Ismuka'. Okay jadi sesi dialog kami seterusnya macam ni:

Aku: Ma Ismuki?
Si pengambil oder: Muhammad. Bla..bla..bla .. (sambung cakap arab)
Aku: La understand you!!


Entahla, tiba-tiba je aku cakap 'La understand you'. Masa cakap aku tak rasa lucu, tapi sebab tengok orang lain gelak-gelak selepas itu, aku rasa aku dah buat perkara lucu ni. Si Muhammad ni pun satu, tadi kan aku dah bagitahu tak reti berbahasa arab lagi mau berkomunikasi arab dengan aku. Terus beliau dapat jawapan 'La understand you' daripada aku. Hahaha!! Bila diingat balik kelakar pula. Patut cakap jelah 'I don't understand you' ni aku nak rojak arab dengan english pula. Sebab 'la' adalah tidak dalam melayu. Aku bajet Muhammad boleh tangkap apa yang aku cakap kat dia kan. Adoi. Aku sampai sekarang masih tak faham dengan tindakan aku tadi. Malunya kat Muhammad!!

Tidak lama selepas itu makanan pun sampai. Sedapnya!! Ada roti, sandwich dan Tabbouleh yang jadi isu tadi tu pun sedap. Watak utama, nasi mandy amatlah lazat. Nasi ni kami minta untuk 2 orang punya makan, tapi boleh makan 5 orang. Pinggan dia macam dulang je, atas dia terbentang ayam tu tutupkan nasi. Memang terbaik. Rasa macam nak minta mak aku masak hari-hari je! Kalau aku suarakan kat mak aku ni mesti dia ketuk aku sebab beras digunakan mestilah mahal kan. Alaa!




Sebelah kiri itu Tabbouleh dan sebelah kanan tu roti yang tahu nama.


Watak utama: Nasi Mandy yang menjadi idaman qalbu.

Tuan ayah yang masa mula-mula tadi macam tak keruan nak makan apa menambah-nambah nasi. Siap order nasi tambah lagi. Sedap kan ayah?! Ayah mengakui kesedapan nasi tersebut dengan mengatakan boleh datang sini lagi lain kali. Hurreh..!!

Puan emak pun berselera. Mak cakap dapat juga dia makan nasi mandy ni akhirnya selepas dia tak dapat makan masa di Mekah dulu akibat dah habis. Adik aku yang diam je makan tapi tangan dia tak henti mencedok-cedok nasi. Macamlah aku tak nampak! Semua orang nampaknya bahagia makan nasi arab melainkan anak buah aku yang takda perasaan. Beliau memang tak suka makan nasi sebab dia suka makan mee lagi. Aneh kan budak tu? Tapi dia nak aiskrim. Aiskrim yang diorder amatlah manis. Kalau makan ni tiap minggu pasti bakal kena potong kaki tak lama selepas tu. Komfem!

Akhirnya licin kami makan. Semua orang puas hati dan bergembira dengan hidangan tengah hari tadi. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan majlis tadi. Terharunya! (tak faham kenapa aku yang nak terharu ni).


Bukti kami kesedapan makan.

Aku berdoa supaya ibu bapaku memperoleh perkahwinan dan kehidupan yang dirahmati Allah SWT dan dipanjangkan usia dalam keadaan berkat dan beramal soleh. Semoga cinta mereka kerana Allah SWT, sampai ke syurga dan aku boleh menjadi anak yang membahagiakan mereka.

Nota: Aku pun nak jadi seperti mereka juga!

Sayang mak dan ayah selama-lamanya, tiada penghujung. (:

Dec 24, 2011

LP 3 : Lisa Mitchell - Coin Laundry



Pagi yang nyaman kena la dengar lagu yang relax-relax.

Lagu ni bukan setakat sedap didengar halwa telinga (easy listening), malahan clip video ni sungguh kool. Rupanya akak ni hantu. Hantu yang terperangkap dalam mesin basuh.

*Kalau The Ring hantu dia keluar dari tv, akak ni pulak keluar dari mesin basuh. Macam-macam!

Nota: Kalau la aku muat masuk dalam mesin basuh macam akak ni macam syok je. Apa perasaan duduk dalam mesin basuh tu agaknya ya?? Jawapannya mesti mati lemas la kan kena pusing dengan air. Haihh!